Monday, October 20, 2008

mama tinggal aghis ker?

semenjak dapat transfer dan bertugas di kelantan dalam 3 minggu kebelakangan ni,perkara yang satu ini membuatkan hati dan perasaan aku menjadi tak tenang.Alhamdulillah,dalam minggu ni nampak semuanya berjalan dengan baik.

Aku melapor diri di pejabat baru pd 28 sept 2008. 3 hari sebelum raya.masa aku datang melapor diri,dah ramai officer dan staff yang dah bercuti.nampak gayanya aku tak dapat ambil cutila sebelum raya.tapi aku tak kesah pon sebab dah dok kat kampungkan (aku kan dok ngan ma n abah aku),so takyah susah-susah nak balik kampung lagi.makanya aku tak dapat la cuti. dalam tiga hari aku bekerja tu, haris dan hanis dijaga oleh wan mereka (mak aku la) since sekolah dah cuti minggu raya tu. (mak aku cikgu). semuanya ok.hanis pon tak meragam, tido jerk sepanjang hari.haris pon seronok kat rumah wan,tok ayah pon dah cuti.makcik2 n pakcik2 semua ada,semua dah cuti.aku cuba survey taska pon,semua taska dah tutup untuk cuti hari raya.

Lepas raya,aku sambung cuti hari ahad dan isnin..mula-mula mintak tolong makcik aku jaga sementara aku nak cari tempat/taska yang sesuai untuk letak budak berdua tu.tup tup makcik aku demam so takleh la nak jaga haris dan hanis. fikir punya fikir,aku pon merayu la ngan sepupu aku mintak tolong dia jagakan hanis.itupun start kul 12pm, sbb ma aku ngajar petang.dia tak berapa nak sebab dia dok jahit baju.bila aku dah merayu,dia sanggupla.aku kata ngan dia sebulan setengah jerk, sampai cuti sekolah.bila dah sekolah cuti,mak aku boleh jaga sepenuhnya.Alhamdulillah sampai hari ni,hanis ok jer dok ngan cik rose.cuma nyer aku kena survey lagi tempat yang seswai untuk hanis bila sekolah dah bukak tahun depan.

Haris pulak, aku mintak tolong sepupu aku yang sorang lagi tengokkan,since dia ada anak yang sebaya ngan haris.hari pertama ok lagi,hari kedua tu asik gaduh jerk.mak aku call la bagitau.sesak lagi aku rasa,manala aku nak cari taska,beberapa taska yang aku dah pi tengok,semuanya tak memenuhi kriteria.tiba-tiba tergerak hati nak tengok taska yang kat belakang pejabat aku.officer kat sini dah bitau pasal taska tu,tapi aku macam tak berminat sebab jauh dari rumah. In case aku kena outstation,susah lak nak anta haris.aku pergila tengok hari rabu minggu lepas raya tu,aku rasa macam taska tu ok,selesa,cikgu pon ok dan budak2 tak ramai. Janji ngan cikgu dia nak bawak haris hari ahad depan tu.

Esoknya,masa aku nak datang kerja,haris punyala melalak nak ikut aku.dia kata taknak duk ngan wan.aku plak time tu dah lewat,terus masuk kemas2 barang dia,bawa skali terus pi anta taska tu.melalak pulak dia time kena tinggal tu.tengahari aku call cikgu, cikgu kata lama jugak nangis,sampai teresak-esak.tapi bila cikgu pujuk, ok.

Haris ahad tu,aku dah siap kemas-kemas baju dia,dia taknak ikut pulak.dia kata
"aghis taknak kolah,aghis nak dok ngan wan'
puasla aku pujuk,taknak ikut jugak.okaylah,kalau taknak ikut mama, kena dok ngan wan,petang nanti kawan ngan muslim (anak sepupu aku tu la).dia cakap ok. tup tup pukul 12 mak aku call,bitau haris taknak dok umah muslim.nak ikut wan gi kolah.haru sungguh anak teruna aku.mak aku takder cara lain,hantar haris kat ofis aku la (sekolah mak aku dekat dengan rumah ok).aku hantar dia pi taska la tengahari tu.

Masa petang aku ambik tu, dia tanya aku
"mama tinggal aghis ker?"
aku jawabla
mama bukan saja2 tinggal haris .mama kena kerja.nak cari duit
dia sambung
"oooo.mama kerja.abahhh pon keje.aghis taknak kolah,aghis nak dok ngan wan"
aku cakap lagi,
mama tinggal haris kejap jer,nanti petang mama ambik la haris.

Esoknya dengan senang hati,dia cari beg dia nak gi sekolah.tapi.....bila nampak sekolah,terus nangis tapi sempat cakap ngan aku,
"nanti petang mama ambik aghis kan?'. takut sangat orang tinggal dia
yerla sayang,mama sayang haris.petang mama ambikla haris.mama bukan nak tinggal haris sampai malam kat sekolah.
dia terus diam,turun dari kereta terus menonong masuk sekolah dia.

Alhamdulillah sampai hari ni dia dah ok,nak pegi sekolah.cuma,tiap kali turun kereta mesti dia tanya "nanti petang mama ambikkan?"

Apa-apa ajela anak teruna aku ni.

Thursday, October 9, 2008

Selamat Hari Lahir Putera Puteriku

Selamat hari lahir yang KETIGA untuk Muhammad Haris Ikram
sekejap jer masa berlalu.aku rasa macam baru jer kahwin dan mengandungkan haris:)
rupanya dah besar anak teruna aku ni.acelly b'day haris jatuh pada 8 Okt (4 ramadhan).so kira posting dah terlambat skitla.makin besar,makin panjang akal si haris ni.tapi kenakalan dia yang buat aku sentiasa tersenyum dan naik geram.heheehhehe.

Untuk Muhammad Haris Ikram
Selamat Hari Lahir
Semoga Panjang Umur dan Murah Rezeki
Semoga Jadi Anak Soleh dan Berjaya Dunia Akhirat..Insyaallah
Mama sayang haris...haris jangan nakal-nakal sangat tau:)

Selamat Hari Lahir yang PERTAMA untuk puteri kesayangan Nurhanis Imtiaz
b'day hanis pulak jatuh pada 14 Okt (2 syawal).mama buat posting 2 dalam 1 sebab skang ni mama takder masa nak blogging sangat.keadaan tidak mengizinkan.dah lama tak update perkembangan hanis.hanis sekarang ni:
1.dah pandai berdiri tapi masih takut2 untuk menapak
2.gigi belom ada..tapi yg bawah nampak macam dah nak keluar
3.dah clear sangat perkataan maammmmaaa & abbbahhh...dah sangat cam abah n mama.skang abah dok jauh.pagi tadi ambil abah dia kat bus station (naik bas malam tadi) tengok abah dia terus terkam.aku panggil buat tak layan jerk.walhal kalau ada aku,memang tak pandang org lain.rindu sangatla tu.
4.dah pandai gaduh ngan abang.kalau tak puas hati ngan abang, selamba jerk dok tarik-tarik rambut ngan abang.

Buat puteri Nurhanis Imtiaz
Selamat Hari Lahir
Kehadiran hanis membuatkan hidup mama terasa lengkap
semoga menjadi anak yang solehah dan juga berjaya di dunia dan akhirat
i love ue so much my dear..
jangan gaduh2 ngan abang tau:)

acelly hari ni kitaorang celebrate birthday haris n hanis.majlis pon mama buat 2 dalam 1.jimat mama,sbb birthday haris n hanis jatuh dalam bulan yang sama.heheeheheh.gambar nanti upload kat fotopages ok.

Wednesday, September 24, 2008

FAKTA-FAKTA MENGENAI SUSU & HASILAN SUSU DARI NEGERA CHINA

1. Apakah Melamine?
Jawapan :
Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lainlain. Melamine adalah bahan yang tidak dibenarkan di dalam semua makanan.

2. Mengapa Melamine dikesan di dalam susu dan hasilan susu?
Jawapan :
Ia ditambah secara sengaja untuk meningkatkan tahap nitrogen bagi mematuhi standard kandungan protein dalam susu. Penambahan Melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

3. Apakah kesan Melamine kepada manusia?
Jawapan :
Kesan melamine secara langsung mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Pengambilan melamine melalui makanan boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan pembentukkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing. Ini boleh mengakibatkan kegagalan ginjal terutamanya kepada bayi. Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan ingin menasihati semua pakar perubatan dan pegawai perubatan agar sentiasa berjaga-jaga dan memantau gejala masalah buah pinggang seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah, dan tekanan darah tinggi pada bayi. Keadaan ini jarang
berlaku dan sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanak-kanak perlulah melaporkan kepada KKM dengan segera.

4. Adakah susu tepung formula bayi, dan susu dari Negara China di bawa masuk ke Malaysia?
Jawapan :
Malaysia tidak mengimport sebarang susu tepung formula bayi dan susu dari Negara China.

5. Adakah hasilan susu dari Negara China di bawa masuk ke Malaysia?
Malaysia ada mengimport hasilan susu dari Negara China, walaubagaimanapun, bekalan susu diimport dari Australia, New Zealand, Nertherland dan Amerika Syarikat. Ini merupakan syarat
oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengeluarkan permit bagi hasilan susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.

6. Apakah yang dimaksudkan susu dan hasilan susu?
Jawapan :
Merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, susu didefinisikan sebagai susu biasa yang bersih dan segar daripada lembu, kerbau, kambing atau biri-biri.
Hasilan susu didefinisikan sebagai apa-apa produk yang dihasilkan atau disediakan daripada susu. Contohnya:
i. Susu skim (susu tanpa lemak)
ii. Susu pasteur
iii. Susu UHT
iv. Susu berperisa
v. Susu tepung krim
vi. Susu tepung skim
vii. Susu sejat
viii. Susu pekat manis
ix. Mentega
x. Keju
xi. Ais krim
xii. Yogurt
xiii. Ghee (minyak sapi)

7. Apakah peranan anda sebagai pengguna dalam hal ini?
Jawapan :
Pengguna diminta mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (website/telefon/kenyataan akhbar). Pengguna dinasihatkan membaca label makanan sebelum membeli. Sekiranya pengguna masih ragu-ragu, sila hubungi Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03- 88833655/0388833503 untuk membuat aduan dan mendapatkan maklumat lanjut.

Senarai produk yang tidak terlibat dengan pencemaran melamine

Pihak KKM telah mengeluarkan senarai produk susu yang didapati TIDAK terlibat dengan pencemaran melamine. so kengkawan, boleh check kat sini list nyer. http://fsq.moh.gov.my/uploads/senaraiproduk.pdf

Tuesday, September 23, 2008

Updates on dairy products contaminated with melamine

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak mengimport sebarang susu dan susu tepung formula bayi dari China. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Pejabat Kedutaan China di Kuala Lumpur dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia yang mengeluarkan permit import untuk semuaproduk berasaskan haiwan.
Malaysia juga mengimport hasilan susu dari Negara China yang dihasilkan dari bekalan susu diimport dari Australia dan New Zealand. Ini merupakan syarat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengeluarkan permit bagi hasilan susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, di peringkat permulaan, KKM telah mengenakan larangan mengimport iaitu tindakan Pemeriksaan Tahap 6 (Auto Rejection) melalui Sistem Maklumat KeselamatanMakanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia –FoSIM) kepada semua susu tepung formula bayi, susu dan hasilansusu.

Berdasarkan maklumat terkini daripada pihak Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) Singapura bahawa gula-gula “White Rabbit Creamy Candy” yang diimport dari China didapati dikesan mengandungi melamine, KKM telah memperluaskan larangan mengimport untuk merangkumi konfeksi yang mengandungi susu;coklat, coklat susu dan coklat putih; dan makanan lain yang mengandungi susu yang diimport dari Negara China. Konfeksi meliputi konfeksi gula termasuk gula-gula “White Rabbit Creamy Candy” dan konfeksi tepung seperti biskut. Manakala di pasaran tempatan, KKM telah menjalankan tindakan penyitaan terhadap
kesemua produk tersebut.

KKM juga menjalankan aktiviti pemantauan di seluruh negara dengan mengambil sampel untuk dianalisa kehadiran melamine. Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 apabila melamine dikesan di dalam makanan dan mana-mana pihak yang terlibat di dalam rantaian makanan yang mengandungi melamine jika bersabit kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. KKM ingin menasihati pengguna agar tidak membeli produk-produk yang dinyatakan tersebut dan jika sudah dibeli, ianya hendaklah dilupuskan. Para penjual dinasihatkan supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat sekiranya produk seperti tersenarai di atas terdapat di premis
mereka. Pengimport atau agen yang mengimport produk terlibat diminta menghentikan pengedaran dan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dengan segera. KKM akan sentiasa memaklumkan pengguna akan status terkini
berkaitan isu ini dari semasa ke semasa.

Pengguna bolehmenghubungi KKM melalui talian 03-88833503 bagi mendapatkan
maklumat lanjut berkenaan status semasa isu ini.

Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
22 September 2008

Monday, September 22, 2008

SUSU & PRODUK SUSU DARI CHINA DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE- part 2

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Melamine biasanya dicampur dalam makanan haiwan seperti kucing dan anjing supaya kandungan proteinnya lebih tinggi.Kesan ketoksikan akut akibat pendedahan terhadap melaminesecara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Manakala kesan ketoksikan
kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine adalah boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.
Kesan melamine kepada manusia adalah kurang berbanding dengan haiwan kerana jangka hayat melamine adalah 3 jam dan ianya tidak berkumpul di dalam badan dan dikeluarkan melalui perkumuhan buah pinggang sebagai air kencing.

ni nak update jugak simptom bb yang suffer akibat minum susu yang tercemar dengan melamine.sebagai langkah berjaga-jaga walaupun KKM telah mengeluarkan kenyataan susu formula yg dijual di Malaysia adalah selamat.


Clinical description:
The following symptoms have been observed in infants affected by the melamine-contaminated
infant formula in China:
1. Unexplained crying in infants, especially when urinating, possible vomiting
2. Naked eye visible or microscopic hematuria
3. Acute obstructive renal failure: oliguria or anuria
4. Stones discharged while passing urine. For example, a baby boy with urethral obstruction
with stones normally has dysuria
5. High blood pressure, edema, painful when knocked on kidney area

SUSU & PRODUK SUSU DARI CHINA DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE

petikan ini diambil dari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

KENYATAAN AKHBAR SUSU DAN PRODUK SUSU DARI CHINA DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE
Merujuk kepada laporan akhbar yang berikut :-
i. The Star (Checking For Kidney Stones & China Milk Scandal
Spills Over, 19 September 2008)

ii. The Sun (China Formula Scare Spreads to Ice Cream,
Yoghurt, 19 September 2008)

iii. New Straits Times (12 More Arrested in Tainted Milk
Scandal, 19 September 2008)

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak mengimport sebarang susu dan susu tepung formula bayi dari Negara China.
Berhubung dengan pencemaran melamine di dalam produk susu di Singapura dan Hong Kong, Malaysia mengimport produk susu dari Negara China tetapi bekalan susu diperolehi dari Australia dan New Zealand. Ini merupakan syarat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar
dalam mengeluarkan permit bagi produk susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.

Oleh yang demikian, KKM ingin menegaskan sekali lagi bahawa situasi ini adalah terkawal dan pengguna tidak perlu khuatir akan keselamatan produk makanan yang dijual di negara ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan mengimport iaitu tindakan Pemeriksaan Tahap 6 (Auto Rejection) melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) kepada semua susu tepung formula bayi, susu dan produk susu dari Negara China.

Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan juga ingin menasihat semua pakar perubatan dan pegawai perubatan agar sentiasa berjaga-jaga dan memantau gejala masalah buah pinggang
seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah,dan tekanan darah tinggi pada bayi. Keadaan ini adalah jarangberlaku. Sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanak-kanak perlulah melaporkan kepada KKM dengan segera.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan aktiviti penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan di setiap
pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yangmasuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.


Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
19 September 2008