Monday, January 12, 2009

Tag lagi

cik erna,sorry, dah masam dah mak peram tag hang yang ni.baru sempat nyah.pc kat opis memang mengong sikit ditambah diriku yg bz dalam seminggu dua ni.apapun,jangan marah yer cik erna comey.

The rules: Link to your tagger and post these rules.
List 8 random facts about yourself and tag 8 people.

Tukang bagi tag : cik erna

Tagging: xleh nak tagging sebab semua member kat blog list dah kena tagg.heheheeh.tak tolak markah kan.


8 random facts
->I dont have any facial regime.. (juga ayat meniru cik yan & cik erna. aci dak?heeheheheh)

->Aku tak masak untuk hubby dah 3 bulan lebey semenjak dok berjauhan ni.

->Aku anak ustazah n budak sekolah agama.tapi ramai yg tak percaya.heheeheheheheh.taktau ler naper, adakah aku rock?kuangkuangkuang

->Aku mmg jenis yang panas baran.kalau tak kena sikit mula la nak naik darah.huhhuhuhu.azam thn ni nak kurangkan sikit tahap kepanas baranan (ada ke imbuhan camni weh!) ku itu

->Aku minat jugak main masak-masak & baking-baking ni tapinyer dah dasar tangan keras.mesti payah nak jadik.dahtu aku noticed satu menda,masakan yg aku buat pertama kali mesti jadi,tapi bila diulang2 memang tak jadi dah.aku pon heran naper jadi lagu tu!

->I hate folding clothes sama seperti dirimu wahai cik erna.

-> Aku suka baking daripada masak lauk but again seperti perkara di atas mak memang tangan bangku!

->Aku cepat kesian tengok orang susah.especially time bawak kereta bila hari hujan,selisih ngan orang bawak motor bawak anak kecik pulak tu.tiba2 kereta lalu,memercikkan air pada depa.kesian tengok,dan membuatkan diri aku sentiasa rasa bersyukur dengan nikmat yang ada.

>>part ni dah complete.yeay! terbayor jugak hutang aku.
eh ada sambungan yer???

Myself
First name: Farha***
Name you wish you had: Takder.dah cukup hepi dgn nama yg ada dgn maksud namaku yg sungguh mendalam (Kegembiraan bintangku)
What do people normally your name as: farah
Birthday: 22 Mei
Birthplace: New Castle
Time of birth: tak silap,mak aku cakap di subuh yang dingin
Single or taken: Dah ada yang punya
Zodiac sign: Gemini

My appearance
How tall are you: 150cm,mcm tk berapa tinggi tp dah ok kot
Wish you were taller: tinggi tak der masalah cuma nak berisi jer sikit lagi (mmg dasar tak tau bersyukur sungguh!)
Eye color : hitam kot
Current hair color: black
Short or long hair: Shoulder length (sghopa gak ngn cik erna)
Ever dye your hair a bizarre color: nak mati kena piap ngan ustazah?
Last time you did something dramatic with you hair: tak
Glasses or contacts: Glasses.tapi kan,aku jarang2 pakai.acelly dah dua spek aku patah sebab handbag yang pakai sebab handbag yang rabun.tuan handbag tak rabun.hehehehh
Do you wear make up: pakai pelembap,bedak sikit n lipstick tu dikira pakai mekap ker?
Paint your nails: pakai inai aci dak?kalau aci,pernahla jawapannya
Shy or outgoing: tgk ngan saper.takkan nak redah jerk
Sexy or cute: Both bleh? :P
Serious or fun: Depends on situation..
A turn on: cakes.apa2 jenis kek (bila ntah nak try brownies cik erna)
A turn off: nescafe

This or That
Flowers or chocolates: dua-dua
Pepsi or coke: dua-dua aku tak suka.tambah pulak masuk lam senarai barang kena boikot.
Rap or rock: Balada (x menjawab soalan gitu.heheheh)
Relationship or one night stand: relationship
School or work: work la kot buat masa sekarang.tp ada hati gak nak gi sekolah lagi.
Love or money: dua-dua.ada duit abang sayang,takder der abang melayang!kahkahkah
Movie or music: music.
Country or city: dua-dua aku suker.
Sunny or rainy days: dua-dua
Friends or family: Aku sangat sayangkan sebuah persahabatan tapinyer skrg Family pon penting dalam hidup aku.so balancela kira.
Have youEverlied: hahahaahahh
Stole something: maybe.heheheheeh
Smoked: erna, aku pong pernah hisap rokok daun arwah nenek dulu hahahha..hisap ramai2 ngan sepupu2.tapinyer tak pandai asik hembus jer api pon padam ler!
Hurt someone close to you: Yes
Broke someone’s heart: Yes
Wonder what was wrong with you: ntah ler!!!
Wish you were prince or princess: tak pernah
Like someone who was taken: minat2 jer.tupun masa zaman kecik2 dolu.
Shaved your head: NO.
Used chopstick: Tak pandai.pandai tgk org guna jerk
Sang in the mirror to yourself: I don't sing
Favourites Flower: sunflower
Candy: tak sker
Song: lagu2 fauziah latiff
Color: yg lembut2
Movie: romantic comedy
Singer: fauzziah latiff tp skang tak minat sgt dah.
Junk food: Cheezels & Twisties
Website: blog yang ntahapahapantah ni!
Location: New Castle
Animal : tak suka binatang
Ever cried over someone: Yes.
Is there anything you wish you could change about yourself: lebih berdaya saing n well organised
Do you think you’re attractive: Yes. At least to my hubby
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose: sudah bahagia dgn kehidupan sekarang
Do you play any sports: tak.terukkan.tapi aku minat aerobik

dah abis kan?ker aku yang copy sekerat.hahaahahah.kira complete yer cik erna.

Thursday, January 1, 2009

Jeles Menjeles

Tahap kejelesan antara dua beradik semakin meningkat.

baru-baru ni aku belikan hanis kasut sebab dah pandai jalankan, belikan abang kemeja,bila balik rumah, punyalah abang mengamuk sebab tak belikan kasut untuk dia.siap cakap lagi "aghis taknak baju,aghis nak kasut".pujuk punya pujuk,memang makan pujuk tapi dengan syarat,esok mama bawak abang gi beli kasut.esoknya bawak dia pi beli kasut baru, baru puas hati dia.

kat rumah dah ada satu sippy cup yang haris punya.since adik pon dah pandai guna sippy cup,mama bagi la adik pinjam abang punya.mengamuk lagi tak kasi adik pakai dia punya.last2 aku beli satu lagi menda alah tu.ingatkan settle,rupanya dia nak yang baru,adik kasi yang lama.nasibla dik.adik belom pandai lagi.esok2 dah pandai.taula.....

nota kaki: kalau mama nak beli apa-apa, mama kena beli dua sekali.takleh beli satu.kalau nak beli satu,lebih baik jangan beli!!!

16 Fakta Tentang Diri Saya

Banyak bebenor hutang tag yang aku lom bayar.kali ni aku jawab hutang ngan cik fid aka lovebaby dulu yer.

Syarat dan peraturan:

1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.


2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. ----> sema kengkawan sudah di ditag oleh cik fid.maka sila abaikan soalan ini.


3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal. -----> jawapan seperti para pertama


4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.


1. Saya seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata yang sedang melasak sehinggakan berat saya sekarang berada dalam julat 'underweight'

2. Saya dan suami saya PJJ sekarang ni sebab dia masih bekerja di Johor sedangkan saya sudah transfer balik kelantan.saya sangat rindukan dia.

3. Saya tak pandai hipokrit, kalau ada perangai sesaper yang tak berkenan kat mata dan hati saya,saya tak pandai nak cover-cover dah,ketidaksukaan itu akan jelas terpancar di mata saya

4. Dah lama saya tak update Frenster, Fotopages, Facebook saya

5. Saya dan suami saya memasang impian untuk membina rumah idaman pada tahun ini (2009).Semoga impian kami tercapai

6. Saya mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.saya sayang kawan-kawan saya.saya sangat menghargai ikatan persahabatan.

7. Saya ni agak panas baran.selalunya suami kesayangan saya la yang jadi mangsa.tapi saya sangat sensitif,bila orang meninggi suara ngan saya,saya cepat tersentuh.terukkan saya!!

8. Saya kidal.suami saya jugak kidal.orang kata orang kidal ni kreatif tapi saya sangat heran sebab saya tersangatla TIDAK kreatif.saya rasa urat kreatif saya telah terputus kot.tu pasal saya tak kreatif.


9. Saya juga setia kepada barang2 saya.. ada satu handbag je yg digunapakai setiap hari tapi handbag tu dah hilang kena kebas masa majlis kenduri kawin adik saya minggu lepas.kasut pun macam tu jugak.kalau dah selesa pakai yang satu,yang lain berpasang2 yang baru pun,saya jarang pakai.

10. Saya ada short term loss memory.memang bahaya.bos saya dulu selalu bengang dengan saya,sebab kalau dia tanya apa2,mesti saya jawap' sorry bos,i lupa la letak mana'.heheeheheh.

11. Baju saya banyak warna turqoise.sampaikan kalau nak beli kain baru, saya cakap kat salesgirl, 'awak jangan tunjuk warna turqoise kat saya'.heheeheheeh

12. Saya sangat berkira nak beli pakaian saya.tapi kalau baju anak-anak saya,kalau saya berkenan,saya tak kira dah rege berapa.


13. Saya tak suka tengok cerita seram, cerita ganas dan ada aksi-aksi mendebarkan.saya suka tengok cerita komedi,drama-drama yang penuh unsur kekeluargaan n romantik.adakkah saya berjiwa lembut?perasan!!!

14. Saya suka melancong tapi saya tak banyak duit nak keliling negara/dunia.heheeheeh.

15. Saya pon macam cik yan,sungguh kayu bab2 makeup ni.tapi pakai la jugak lipstick sikit sebab taknak nampak pucat sangat muka.

16.Last but not least...saya sangat penat menjawab tag ini tapi enjoy!!!heheheeheh.


Al-Fatihah

Petang semalam dalam pukul 4.30pm,aku masih kt ofis.adik aku call,bagitau atuk aku dah tenat sangat.acelly atuk aku ni dah lama sakit,sakit tua.tapi start hari sabtu lepas agak tenatla.lepas dapat call,aku bergegas solat asar terus balik.sampai kat rumah atuk dalam kul 5.10 pm.Masa aku sampai tu,mak aku,makcik2 pakcik dah bengkak-bengkak mata,dok ajar atuk aku mengucap.sepupu-sepupu semua pakat dok baca yaasin.

Dalam pukul 5.50pm.keadaan dia makin tenat.akhirnya 6.oo pm 3 Muharam 1430 bersamaan 31 Disember 2008,atuk aku kembali ke rahmatullah. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Damailah bersemadi di sana.

Jenazah selamat dikebumikan malam tadi jam 9.45pm.selepas pengebumian,hujan turun selebat-lebatnya seperti turut memahami kesedihan hati anak cucu Ustaz Muhammad Sibawaih.