Wednesday, April 23, 2008

Nak Naik Keta Abah!

Alkisahnya pagi tadi hubby kata nak pegi keje lambat sikit dari kebiasaan.sebab dah dekat semingu lebih,sejurus lepas subuh dia kelluar pi kerja,sebab ada latihan untuk kejohanan sukan.Ditambah plak aku cakap ngan dia, pagi-pagi haris bangun, cakap nak abah.so terpaksa aku pujuk cakap nak cari abah kat bawah.sah-sahla abah takder kat bawahkan. itula, rasa bersalah macam tipu haris,tapi kalau tak buat cam tu dia kata " mama,tak nak kolah" . haaahhh lagi parah.semalam pon cakap macam tu, puas aku pujuk.pukul 8.15 baru bertolak dari rumah.Kul 8.40 aku sampai ofis.aku dahla masuk 8.30am. haru sungguhlaaaa.nasib bos aku sporting.

Ok,back to the story pagi tadi, haris bangun pukul 7.40pg. tupun puas abah dia pujuk.nasib ok,bangun salin pampers semua so kami berempat pun turun la kat kereta.sampai kat bawah dia cakap, " nak naik keta abah". abah dia jawab " kita gi ngan keta mamala, keta abah rosak" dia jawab "taknak, nak keta abah".so terpaksala kitaorang mengalah.so apabila mengalah, keputusannya kami terpaksa berkonvoila, bawa anak sorang satu sebab abah dia kerja arah utara,aku pulak arah ke selatan.so aku bawak hanis jerla pagi tadi.sampai kat sekolah,pelik cikgu dorang tengok.hehheeheheh.apa kena mak bapak haris ni.datang dua kereta. kih kih kih.dah anak jantan request cam tu, ikutkan jerla.tapi memang aku noticed hubby aku ni memang suka sangat menurut kata haris.apa haris nak,mesti dia kotakan...adoiiilaaa.bila dia takder tu yang aku susah sikit.

Dah sampai tu,aku nengok dia nangis dalam kereta hubby.haris ni memang,semenjak balik dari bercuti kat kampung seminggu hari tu, tiap2 hari nangis,takanak pegi sekolah.pagi-pagi memang kena buat hati keringla aku. dia menangis cakap nak adik,sebab cikgu dah buat masuk adik dia.pastu nak pujuk dia turun dari "keta abah" punyala berchenta,sampaikan bukak empat2 pintu,abah dia,aku, cikgu dia 2 orang kepung nak suh dia turun.aku dapat dukung dia tapi taknak masuk,dok tunjuk jalan keluar dari sekolah cakap nak balik.adooiiilaaaa haris,mama kena kerja la sayang.mama pun tak sampai hati nak tinggalkan haris & adik hanis kat sekolah. last2 "ummi" dia keluar, pujuk2 main gelonsor baru diam.so kami pun cepat2 keluar dari pintu pagar sekolah. sampai kat ofis,aku call taska, ummi cakap "alaaa,sekejap jer,tu ha tengah main lompat-lompat'. tiap2 hari macam tu. so aku kena sabar jerlaaaaaa....

Tuesday, April 15, 2008

First Milestone

erm....bila aku bukak balik blog aku ni, rupanya dah sebulan tak update.heheehehe.2 minggu yg pertama tu memang aku bz memanjang n selalu keluar outstation.minggu pastu plak aku balik kampung seminggu.yeay yeay! last week plak internet down seminggu kat ofis.huhuhuhuhu.

pejam..celik...pejam...celik...sekejappp jerk masa berlalu.anak daraku dah genap 6 bulan. Alhamdulillah dengan pelbagai cabaran yang aku lalui dalam masa 6 bulan ni,akhirnya aku berjaya juga menyusu hanis secara ekslusif. Alhamdulillah, aku panjatkan seribu kesyukuran pada Illahi kerana diberi kekuatan untuk menyempurnakan tuntutan ini. Aku akui, untuk berjaya dalam breastfeeding ni memang memerlukan semangat dan kecekalan dan tuntutan masa yang tinggi. Antara cabaran yang aku hadapi untuk berjaya sampai ke tahap ini:

1.supply ebm yang ada pasang surutnya.ada masa sekali pam blh dapat sampai 6-7 oz.kadang2 nak dapat 2oz pon sangat2 bercinta.tapi aku optimis yang supply itu akan cukup untuk anak kesayangan aku walaupun kadang-kadang aku pun stress dengan keadaan ni.

2. bb hanis minum banyak:) mula2 aku naik keje, dia minum lam 4 botol, kadang 5 botol.stp botol 3-3.5oz. pastu naik 6 botol x 3.5oz. skang ni plak 6 botol x 4 oz.kira-kira mencapai 25 oz satu hari.memang jenuh nak cukupkan bekalan dia.

3. sejak kebelakangan ni, aku memang slalu keje luar, so pumping session tu jadi tak menentu menyebabkan hasil perahan pon tak menentu jugak.huhuhuhuhu.

weekend ritu aku cuba buat bubur sebab lepas nyusu,hanis masih menangis dan takmo tidur.so aku decide nak cuba bagi bubur kat hanis. aku buat bubur kosong.nampak excited jugak dia makan bubur tu.habisla lam 5 sudu KFC.banyak jugak kira sbb baru hari pertama kenal ngn solid food.lepas makan, aku nyusukan dia lagi,terus dia tido dengan lena.rasanya memang dia dah ready dengan solid.

berat hanis sekarang ni 6.5 kg.berat badan takderla naik banyak sangat berbanding bulan lepas.tak padan dengan jumlah susu yang dia consume:)

sekarang dah pandai menyulur,tapi menyulur ke belakang:) kalau letak atas carpet,kalau tak tengok,lama-lama boleh masuk bawak kerusi.heheheheeh. sekali sekala nampak jugak dia angkat punggung dan lutut macam nak merangkak.nampak gaya macam tak lama lagi boleh merangkak la tu.mulut pun dah becok,nak nak time abang haris menegur dia.siap mengekek ngekek ketawa berguarau dengan abang.

pagi-pagi plak skang ni pon dah pandai, mesti cebik bila hulur kat 'cikgu' dia.tau yer mama nak tinggal dia.sabar jerla hanis cayang ni.

nampaknya hujan lebat giler kat luar sana, kena balik dulu ar nanti banjir plak kat wisma ni.nanti nak citer pasal abang haris plak:)