Monday, October 20, 2008

mama tinggal aghis ker?

semenjak dapat transfer dan bertugas di kelantan dalam 3 minggu kebelakangan ni,perkara yang satu ini membuatkan hati dan perasaan aku menjadi tak tenang.Alhamdulillah,dalam minggu ni nampak semuanya berjalan dengan baik.

Aku melapor diri di pejabat baru pd 28 sept 2008. 3 hari sebelum raya.masa aku datang melapor diri,dah ramai officer dan staff yang dah bercuti.nampak gayanya aku tak dapat ambil cutila sebelum raya.tapi aku tak kesah pon sebab dah dok kat kampungkan (aku kan dok ngan ma n abah aku),so takyah susah-susah nak balik kampung lagi.makanya aku tak dapat la cuti. dalam tiga hari aku bekerja tu, haris dan hanis dijaga oleh wan mereka (mak aku la) since sekolah dah cuti minggu raya tu. (mak aku cikgu). semuanya ok.hanis pon tak meragam, tido jerk sepanjang hari.haris pon seronok kat rumah wan,tok ayah pon dah cuti.makcik2 n pakcik2 semua ada,semua dah cuti.aku cuba survey taska pon,semua taska dah tutup untuk cuti hari raya.

Lepas raya,aku sambung cuti hari ahad dan isnin..mula-mula mintak tolong makcik aku jaga sementara aku nak cari tempat/taska yang sesuai untuk letak budak berdua tu.tup tup makcik aku demam so takleh la nak jaga haris dan hanis. fikir punya fikir,aku pon merayu la ngan sepupu aku mintak tolong dia jagakan hanis.itupun start kul 12pm, sbb ma aku ngajar petang.dia tak berapa nak sebab dia dok jahit baju.bila aku dah merayu,dia sanggupla.aku kata ngan dia sebulan setengah jerk, sampai cuti sekolah.bila dah sekolah cuti,mak aku boleh jaga sepenuhnya.Alhamdulillah sampai hari ni,hanis ok jer dok ngan cik rose.cuma nyer aku kena survey lagi tempat yang seswai untuk hanis bila sekolah dah bukak tahun depan.

Haris pulak, aku mintak tolong sepupu aku yang sorang lagi tengokkan,since dia ada anak yang sebaya ngan haris.hari pertama ok lagi,hari kedua tu asik gaduh jerk.mak aku call la bagitau.sesak lagi aku rasa,manala aku nak cari taska,beberapa taska yang aku dah pi tengok,semuanya tak memenuhi kriteria.tiba-tiba tergerak hati nak tengok taska yang kat belakang pejabat aku.officer kat sini dah bitau pasal taska tu,tapi aku macam tak berminat sebab jauh dari rumah. In case aku kena outstation,susah lak nak anta haris.aku pergila tengok hari rabu minggu lepas raya tu,aku rasa macam taska tu ok,selesa,cikgu pon ok dan budak2 tak ramai. Janji ngan cikgu dia nak bawak haris hari ahad depan tu.

Esoknya,masa aku nak datang kerja,haris punyala melalak nak ikut aku.dia kata taknak duk ngan wan.aku plak time tu dah lewat,terus masuk kemas2 barang dia,bawa skali terus pi anta taska tu.melalak pulak dia time kena tinggal tu.tengahari aku call cikgu, cikgu kata lama jugak nangis,sampai teresak-esak.tapi bila cikgu pujuk, ok.

Haris ahad tu,aku dah siap kemas-kemas baju dia,dia taknak ikut pulak.dia kata
"aghis taknak kolah,aghis nak dok ngan wan'
puasla aku pujuk,taknak ikut jugak.okaylah,kalau taknak ikut mama, kena dok ngan wan,petang nanti kawan ngan muslim (anak sepupu aku tu la).dia cakap ok. tup tup pukul 12 mak aku call,bitau haris taknak dok umah muslim.nak ikut wan gi kolah.haru sungguh anak teruna aku.mak aku takder cara lain,hantar haris kat ofis aku la (sekolah mak aku dekat dengan rumah ok).aku hantar dia pi taska la tengahari tu.

Masa petang aku ambik tu, dia tanya aku
"mama tinggal aghis ker?"
aku jawabla
mama bukan saja2 tinggal haris .mama kena kerja.nak cari duit
dia sambung
"oooo.mama kerja.abahhh pon keje.aghis taknak kolah,aghis nak dok ngan wan"
aku cakap lagi,
mama tinggal haris kejap jer,nanti petang mama ambik la haris.

Esoknya dengan senang hati,dia cari beg dia nak gi sekolah.tapi.....bila nampak sekolah,terus nangis tapi sempat cakap ngan aku,
"nanti petang mama ambik aghis kan?'. takut sangat orang tinggal dia
yerla sayang,mama sayang haris.petang mama ambikla haris.mama bukan nak tinggal haris sampai malam kat sekolah.
dia terus diam,turun dari kereta terus menonong masuk sekolah dia.

Alhamdulillah sampai hari ni dia dah ok,nak pegi sekolah.cuma,tiap kali turun kereta mesti dia tanya "nanti petang mama ambikkan?"

Apa-apa ajela anak teruna aku ni.

4 comments:

Ms Lola said...

Alahai.. .risau betul Haris takut kena tinggal.. Adoiii... kesian pulak aku baca. (Emo la aku ni kan..)

farah225 said...

cik lola,
kalau hang emo,aku mamanyer, lagila emo.pg td,aku lama skit kat skoll dia sbb byr yuran,bila tgk aku nak blah terus meraung.huhuhuhu

Mommy Harith Hannah said...

Hakim pon samer tau... Isnin pagi, slalunya saya dpt pi keje dgn aman... Selasa pagi onwards, dia dah alert, mesti tak baper lena mase saya tgh siap2 nak pi keje tue... Nangis2 soh saya tido sblh dia, tak kasi pakai baju kerja, siap cakap, "Akin nak keje ibuuu..." (Hakim nak pegi keje dgn ibu).. Tiap2 minggu 'aktiviti' nie berulang...

ayoyo... sedey kan? tp, nak wat camner... kena kuat semangat laa jd mak orang nih... huhu...

Fid said...

haris
kalau mama nak tinggal bkn lps 3 tahun tau...dah lama dah dia tinggal kalau dia nak...hahahaa