Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Yang Memberansangkan

Semalam haris dah mula 'bersekolah' di Tadika Islam Bakti, Kubang Kerian.
Aku sangat risau + bimbang kejadian tahun lepas berulang lagi.Harap-harap tahun 2010 ni dia nak pergi sekolah hingga ke hujung tahun laa..

Memula sampai dia dah kasi gempak, dia kata ''mama, haris tak nak turun la'. ah sudah belum apa- apa lagi dah tak nak turun. aku cakap "takleh, mama dah park kereta, pakai selipar, amik beg cepat kita turun'. Nasib dia akur. Turun, kereta, pergi kat cikgu dia, salam dan cium pipi aku terus masuk dengan selamba. Fuhhh...lega...Sebenarnya proses memujuk untuk ke sekolah ni memang ambil masa yang lama, start dari bulan 11 hari tu.Macam-macam cara dah kitaorang pujuk, Alhamdulillah berhasil:)

Masa nak pergi amik, aku rasa nervous macam nak pi interview. Takut dia cakap "mama haris taknak pi sekolah esok". Mak aku dok marah kat aku,jangan dok fikir yang negatif, doa dipermudahkan. Betul juga cakap mak aku. Alhamdulillah, masa amik dia, tengok dia sangat positif.Seronok bercerita cikgu tanya besar nanti nak jadi apa, nak main gelongsor kena beratur, makan nasi + jemput2. Dannn yang paling positif, dan paling mak tak tahan dia cakap "mama, haris kawan ngan budak perempuan, tak kawan ngan lelaki, nama kawan haris elly". wah wah wah advance sungguh anak jantan sorang ni.

Hari ni lagi dia teruja nak pergi sekolah sebab mama dah belikan uniform sekolah- baju melayu warna pink. Tak sabar-sabar nak pakai malam tadi. Bagus Muhammad Haris Ikram...semoga semangat ni kekal hingga ke hujung tahun yer sayang!!

3 comments:

maya amir said...

perasaan mak mmg mcm tu.. aku dulu pun pikir camtu..tapi sebenonye it's normal to have that kind of feeling.. cume jgn show dpn die.. budak leh read kitenye feeling, nanti die lagik rase lemah nak gi school.. he'll be fine and terbukti kan?:)

p/s : tapi aku can't help it nak rase risau tang airell ni... die sgttttttttt penakut org! ayo!

nelcyndana said...

haris tak mintak lempeng @ pancake pisang ngan cikgu ke? dah tadika anak farah yer.... icha asyik tanya bila nak g skool.

farah225 said...

maya,
Alhamdulillah, dah seminggu nampak ok,semalam mak dah bayar yuran penuh ok.

nelcy,
hang ingat sampai bila2 yer citer lempeng tu yer.citer 4 thn dulu.huhuhuh.kejap jer masa berlalu.icha lom sekolah ker?tahun 2005 sama haris kan?