Thursday, October 8, 2009

Happy 4th Birthday Muhammad Haris Ikram

Muhammad Haris Ikram, 8 Oktober 2005, 9.33 am @ Hospital Taiping


Hari ni genap 4 tahun usia anak manja kesayangan aku.terasa baru je bawak dia dalam kandungan dan melahirkannya. Sekarang dah besar, dah pandai merajuk. Kalau bercakap, toksah ceritala,macam orang tua. Sangat cerdik, kita cakap apa pun boleh tangkap, cepat ingat.

Buat Muhammad Haris Ikram, selamat hari lahir yang ke-4. mama doakan haris sentiasa sihat,cerdas, cerdik dan ceria. Semoga jadi anak yang soleh dan dapat jadi pelindung kepada adik-adik, sebab tu mama namakan "Haris" yang bermaksud pelindung. Mama juga doakan Haris sentiasa mendapat rahmat dan hidup sentiasa diberkati oleh Allah. Mama sayang haris tapi haris jangan nakal-nakal sangat ok.

Dah besar anak mama:)

nota kaki: Ya Allah kejung tangan menaip kat blog ni, dekat sebulan lebih tak blogging.ingat macam nak close je blog ni sbb tak sempat update,tapi sayang pulak rasanya.

Wednesday, August 26, 2009

Testing- Ayat-ayat dikerat begini

ni nak testing pelajaran baru
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ayat-ayat dikerat begini

terima kasih cik yan di atas tutorial yang sangat berguna.dah lamer nak tanya sebenarnya tapi tak sempat.heheheheheh

Sunday, August 23, 2009

Anak Kita Tanggungjawab Kita!!!!

Sebenarnya dah lama aku nak cerita pasal ni. Hari ni baru berkesempatan sebab aku nyer sampel ops ramdhan belum datang, ditambah pulak hari ahad lunch hour yang panjang (12.15-2.45pm) mcm hari jumaat di negeri luar dari Kelantan. Kalau sampel ops ramadhan dah datang, bertapa semula la aku kat lab tu.

ok, back to the story. Aku sebenarnya nak ngomel kepada MAK BAPAK yang suka nak tinggal ANAK-ANAK depa kat TOK NENEK depa. Alasan:
1) susah nak cari pengasuh
2) kesian kat anak,daripada dok ngan orang lain,baik dok ngan tok nenek.boleh dipercayai
3) anak kecik lagi.dah besar esok kita amik la.tak sesuai kecik2 dok tempat sibuk
dan macam-macam alasan lagi untuk menyokong tindakan mereka.

Bagi aku, mak bapak yang macam ni adalah jenis yang tak amanah ( sorry to say that!). kenapa aku cakap macam tu. Yang pertama, sebab anak adalah amanah dan anugerah Allah kepada kita. Bila kita buat macam tu seolah-olah kita menidakkan kasih sayang di antara anak dengan ibu dan ayah. Dari hari pertama dia lahir, sentuhan dan kasih sayang ibu bapa yang mereka dambakan. Alasan susah nak cari pengasuh adalah alasan yang dangkal. Semalam ada terbaca satu artikel di majalah, "perkahwinan memerlukan suatu perancangan".sekurang-kurangnya 5 tahun mendatang.sebagai contoh: kalau dah mengandung, anak nak minta siapa jaga,susu apa yang nak bagi pada anak, tadika mana nak hantar anak belaja. Jadi, pengasuh anak perkara utama yang perlu difikirkan oleh ibu bapa jika TIDAK MAMPU untuk menjaga anak sebab bekerja. Jangan jadikan alasan bekerja sebab sebab tak boleh menjaga anak dan menyerahkan mereka kepada ibu bapa kita. Duit memang boleh dicari tapi masa2 yang berharga di saat anak membesar itu tak boleh kita cari dan ulang kembali sebab masa itu akan terus bergerak.

Suatu kerugian kan bila kita sebok mencari rezeki, kita tak sedar bila saat pertama anak kita pandai memanggil mama...abah..saat pertama mereka tumbuh gigi...langkahan pertama mereka dan segala yang istimewa yang harus kita lalui sebagai ibubapa. Bila kita meniti usia tua esok,jangan salahkan anak kita kalau dia tak pandai nak jenguk kita sebab kita pun tak pandai nak jenguk mereka masa mereka kecik dulu. Owh, lagi satu perkara, secara automatik juga kita menidakkan anugerah yang tidak ternilai yang Allah bagi untuk anak-anak kita iaiatu SUSU IBU.

Yang kedua, adakah tergamak hati kita masih nak membebankan ibu bapa kita yang sudah berbelas/berpuluh tahun membesarkan kita dan adik beradik.sudahla dari muda lagi mereka bersusah, tak tidur malam dan sebagainya untuk menjaga anak-anak, sekarang giliran cucu pula.tak kesiankah kita pada mereka? sepatutnya masa ni mereka berhak menikmati kebebasan hidup dengan BERGEMBIRA bersama anak dan cucu...bukan bersusah dengan cucu.Fikir-fikirkanlah.

Aku heran juga dengan sekeping hati seorang ibu yang sanggup berjauhan dengan anak.Kalau ada sebab yang memang tak boleh berkomproni, takperla.tapi kalau alasan seperti yang aku nyatakan di atas,memang tak boleh diterima akal aku sebagai seorang ibu. Aku kalau dapat surat kena outsation pun,dah pening giler fikir macam mana nak tinggal anak, sian ma abah nak kena ulang alik antar nursery (kes mak bapak aku kerja lagi), sian ma n abah nak kena bangun malam-malam buat susu. Banyak benda yang kena fikir. Nikan pula yang tinggal anak berbulan-bulan, nak balik sebulan sekali pun payah.

Moralnya,anak kita,kita sendirila jaga dan tanggungjawab MENDIDIK anak tu besar.

PANDAI BUAT ANAK,PANDAILA MEMBESAR DAN MENDIDIKNYA


Friday, August 21, 2009

Ramadhan bertandang lagi

Alhamdulillah....Ramadhan bertandang lagi..syukur masih dipanjangkan usia untuk bertemu dengan Ramadhan 1430H. Semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan bacaan Al-Quran dan amal ibadat di bulan yang penuh barakah ini. Selamat Beramal (style Prof Izi dlm Radio Hot fm)

Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon kemaafan daripada sahabat2 dan teman2 atas segala kekhilafan yang disengajakan atau tidak disengajakan sepanjang aktif dalam arena ini (dah lama tak aktif sebenornya.hehehhe)

Juga nak ingatkan diri sendiri n sabahat2 agar tidak boros sangat di bulan ramadhan ni ,tak kira la time shopping petang2 kat bazaar ramadhan, masa tempah kuih raya, masa shopping baju raya (time beli baju anak memang rambang mata,baju mak tak kesah sangat), masa shopping perabot,langsir dan apa2 yang baru ok!

Wednesday, June 3, 2009

semakin jatuh cinta




Bulan ni, genap bulan ke 9 aku bertugas di tempat baru (9 bulan jugaklah PJJ ngan mr.hb). Alhamdulillah, aku amat menyukai dan jatuh cinta dengan kerja-kerja aku sekarang.Memang totally different dengan kerja dekat johor dulu coz dulu aku buat kerja admin.
Kerja sekarang banyak menggunakan ilmu matematik + statistik + kimia + food science yang aku blaja dari sekolah hinggalah ke universiti.
Mula-mula berasap jugak kepala..mana nak ingat camner nak kira molariti, normaliti dan juga basic2 kimia cam rumus M1V1=M2V2 (yang slalu guna) maklumla dah tak guna hampir 5 tahun. perghhhhhh....tergagap-tergagap.....nak tunjuk taktau sangat pon tak boleh..maklumla, kita officer kan.heheheheheh.
Kerja kat lab jugak banyak involve dengan Quality Managemrnt System macam ISO 9001:2000 dan ISO 17025. Banyak menda baru yang boleh blaja. Cuma satu jer yang kurang seronok,tak sempat dan tak boleh (internet asyik problem) nak bertenet kat ofis.kihkihkih.

berhibernasi

aku sekarang tengah berhibernasi coz internet kat ofis memang wenggggg sesangat.dah dekat tiga minggu lansung tak dapat.panggil vendor, vendor kata ok, mungkin telekom yang problem.telekom pulak kata depa nyer part ok.pastu kat HQ pulak banyak cekadak nak urus prosedur nak betulkan semua masalah ni.
kat rumah ada, tapi..... baru je aku on pc,sebelah abang, sebelah adik datang bertenggek.nak tengok ultramanla, kapal terbangla macam-macam.memang tak sempatlaaa bertenet...

Friday, May 22, 2009

Destinasi mana yang menarik?

Saya dan mr.hb sedang merancang membawa Haris & Hanis untuk cuti-cuti Malaysia.
Antara destinasi yang teringin nak pergi, antara Langkawi dan Kota Kinabalu.
reason kenapa kami memilih dua destinasi tersebut ialah:

1. Kami tak pernah sampai ke KK/Sabah.tu satu2nya negeri dalam Malaysia yang saya tak pernah pergi.

2. Langkawi pulak, kami masing-masing pernah pergi masa zaman-zaman belum akil baligh dulu so macam dah lupa camner ghoper Langkawi tu?

3. Nak bawak Haris n Hanis naik kapal terbang sebab haris selalu komplen,asik mama jerk naik kapaltebang, haris nak naik jugak! (walhal dia naik kapal terbang tiap2 bulan dulu masa dia dalam perut mama sampai umur dia 8 bulan dok ulang alik ke sarawak jumpa abah). tak ingatla kan, kecik lagi masa tu.