Tuesday, September 23, 2008

Updates on dairy products contaminated with melamine

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak mengimport sebarang susu dan susu tepung formula bayi dari China. Perkara ini telah disahkan oleh pihak Pejabat Kedutaan China di Kuala Lumpur dan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Malaysia yang mengeluarkan permit import untuk semuaproduk berasaskan haiwan.
Malaysia juga mengimport hasilan susu dari Negara China yang dihasilkan dari bekalan susu diimport dari Australia dan New Zealand. Ini merupakan syarat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam mengeluarkan permit bagi hasilan susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.
Sebagai langkah berjaga-jaga, di peringkat permulaan, KKM telah mengenakan larangan mengimport iaitu tindakan Pemeriksaan Tahap 6 (Auto Rejection) melalui Sistem Maklumat KeselamatanMakanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia –FoSIM) kepada semua susu tepung formula bayi, susu dan hasilansusu.

Berdasarkan maklumat terkini daripada pihak Agri-Food and Veterinary Authority (AVA) Singapura bahawa gula-gula “White Rabbit Creamy Candy” yang diimport dari China didapati dikesan mengandungi melamine, KKM telah memperluaskan larangan mengimport untuk merangkumi konfeksi yang mengandungi susu;coklat, coklat susu dan coklat putih; dan makanan lain yang mengandungi susu yang diimport dari Negara China. Konfeksi meliputi konfeksi gula termasuk gula-gula “White Rabbit Creamy Candy” dan konfeksi tepung seperti biskut. Manakala di pasaran tempatan, KKM telah menjalankan tindakan penyitaan terhadap
kesemua produk tersebut.

KKM juga menjalankan aktiviti pemantauan di seluruh negara dengan mengambil sampel untuk dianalisa kehadiran melamine. Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 apabila melamine dikesan di dalam makanan dan mana-mana pihak yang terlibat di dalam rantaian makanan yang mengandungi melamine jika bersabit kesalahan di bawah Akta Makanan 1983 boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. KKM ingin menasihati pengguna agar tidak membeli produk-produk yang dinyatakan tersebut dan jika sudah dibeli, ianya hendaklah dilupuskan. Para penjual dinasihatkan supaya melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat sekiranya produk seperti tersenarai di atas terdapat di premis
mereka. Pengimport atau agen yang mengimport produk terlibat diminta menghentikan pengedaran dan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dengan segera. KKM akan sentiasa memaklumkan pengguna akan status terkini
berkaitan isu ini dari semasa ke semasa.

Pengguna bolehmenghubungi KKM melalui talian 03-88833503 bagi mendapatkan
maklumat lanjut berkenaan status semasa isu ini.

Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
22 September 2008

6 comments:

it me said...

Lega rasanya.. TQ farah berkongsi maklumat

Ms Lola said...

OH TIDAK!!!!! Gula-gula WHITE RABBIT itu!!??? Aku makan dulu okay!

cysev3n said...

beb.. aku nak paste kat satu mailing list kau punya content ni ye..

farah225 said...

mama adib
tima kasih
so far infant formula mmg kita tk import dr china

lola,
ko suke ke itu gula-gula nyah?itu memang gula2 beracun.huhhuhuuh.

cik yan
silakan

Ms Lola said...

Beb, dia meracun lagu mano? Ala, seram la aku ni kan...

Mommy Harith Hannah said...

wahh, Thank you!