Friday, May 22, 2009

Destinasi mana yang menarik?

Saya dan mr.hb sedang merancang membawa Haris & Hanis untuk cuti-cuti Malaysia.
Antara destinasi yang teringin nak pergi, antara Langkawi dan Kota Kinabalu.
reason kenapa kami memilih dua destinasi tersebut ialah:

1. Kami tak pernah sampai ke KK/Sabah.tu satu2nya negeri dalam Malaysia yang saya tak pernah pergi.

2. Langkawi pulak, kami masing-masing pernah pergi masa zaman-zaman belum akil baligh dulu so macam dah lupa camner ghoper Langkawi tu?

3. Nak bawak Haris n Hanis naik kapal terbang sebab haris selalu komplen,asik mama jerk naik kapaltebang, haris nak naik jugak! (walhal dia naik kapal terbang tiap2 bulan dulu masa dia dalam perut mama sampai umur dia 8 bulan dok ulang alik ke sarawak jumpa abah). tak ingatla kan, kecik lagi masa tu.









Yang Ke-28



Hari ini usia saya menginjak lagi iaitu bertambah menjadi angka 28.
Apa yang saya harapkan di hari ulangtahun kelahiran saya ialah semoga Allah memberi keberkatan pada umur saya, dan sentiasa berada di bawah rahmatNYA. Saya juga berdoa agar sentiasa dilimpahi kasih sayang dari insan-insan di sekeliling saya terutama ma dan abah saya, suami tercinta, anak-anak tersayang dan kaum kerabat saya.



Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Ibu!

Selamat Hari Ibu untuk semua yang telah bergelar ibu,mama,mak,mommy,ma. Rasanya belum terlambat untuk saya menitipkan ucapan ini kerana bagi saya setiap hari adalah istimewa dan setiap hari adalah hari ibu (cewahh..ayat cover sebab tertinggal keretapi).

Teristimewa untuk MA saya,
Dikaulah RATU di hatiku
Terima Kasih atas KASIH SAYANG dan PENGORBANAN yang dicurahkan
Sesungguhnya DARJAT seorang IBU sangat TINGGI
Bila dah bergelar ibu ni, baru long tahu camner beratnya tanggungjawab itu
tetapi kasih sayang seorang ibu itu IKHLAS dan diberikan tanpa SYARAT.
I LOVE U MA.........

di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian...
walau dimana kita berada terutama yang memang tinggal berjauhan dengan parents, rajin-rajinlah balik kampung menjenguk mereka. Bila meniti penghujung usia, tiada apa lagi yang diharapkan oleh mereka,hanya satu, ingatan dan kasih sayang anak-anak. Adakah kita merasa cukup tanggungjawab kita dengan mengirim RM 200 , RM 500, hatta RM 1000 sebulan? kemudian kita hanya balik menjenguk mereka sekali setahun? tupun masa hari raya.nasib ada hari raya, kalau tak, rindunyerr ibu dan ayah dengan kasih sayang anak cucu.

orang terdekat dengan saya pernah kata macam ni
" aku takper anak tak balik jenguk pun,asal hantar duit cukup bulan-bulan"

kalau diperhalusi, apakah maksudnya jika parents kita mengucapkkan kata2 begitu sedangkan kita tau mereka memang tidak memandang material dan harta mereka pun dah melebih2 malah memang boleh diberikan kepada anak2 sebagai pusaka sekiranya mereka tiada nanti?

Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih dan Penyayang. Kita juga mempunyai anak dan kita adalah sebagai role model mereka. Apa yang anak-anak akan fikir sekiranya mereka melihat ibu bapa mereka amat susah untuk balik kampung? Mesti terfikir di benak mereka yang balik kampung itu tak penting kan? Tidak mustahil bila sampai giliran kita, keadaan sama akan berlaku, kita menghitung bila la anak cucu nak balik jenguk atuk & nenek yang dah tua ni...ke tak panjang umur nak tengok wajah anak cucu yang dirindui.

Walau sesibuk mana pun kita, ingatlah ibu ayah kita di kampung. Inilah masa untuk membalas jasa mereka, ketika mereka masih ada (walaupun jasa itu tak terbalas). Jika mereka telah meninggalkan kita, baru kita tersedar, masa itu sudah terlambat.

Thursday, May 7, 2009

saya juga tengah pulun

Semasa blog tour sebentar tadi saya terjumpa posting ini.
Kebetulan saya juga sedang berbuat perkara yang sama,bukan setakat buat tapi tengah pulun.

Mamadib hang ok lagila,tinggal 5 hari lagi.saya????kedua-dua jari di tangan saya masih tidak cukup lagi untuk menghitung berapa hari lagi saya harus mengganti.kena tambah jari di kaki lagi baru cukup.

Kenapa begitu banyak???

Begini ceritanya. Ditakdirkan Allah saya dijangka bersalin anak sulung saya pada 17 Oktober (lbh kurang 13 ramadhan) pada tahun 2005. Tapi bb comel saya tu excited sangat nak tengok dunia, maka pada 6 Okt 2005 (bersamaan 2 ramadhan) telah keluar tanda-tanda dia nak keluar.maka bermula hari itu saya tidak berpuasa.Walaubagaimanapun, dia kuar pada 4 ramdahan. Bila dihitung, saya kena ganti puasa sebanyak 29 hari. Ditambah pulak puasa tahun 2004 sebanyak 6 hari ( saya berkahwin bulan syawal-nov 2004). Jadi total adalah 35 hari

Pada tahun 2006, saya telah menggantikan 5 hari (kalau tak silap,lupa tapi ada tanda dalam diari). saya tak mampu nak berpuasa lebih sebab saya ni jenis hipo dan ditambah pulak menyusukan anak. Mak memang melepek kalau puasa, memang macam kain buruk nyah!!!

Pada tahun 2007 (awal tahun) saya disahkan mengandung lagi.owhhh saya memang fobia jika terkena bulan ramadhan lagi.bila check,kena akhir ramadhan.ok la jugak.tupun, masih bimbang jika si comel yang kedua ini serupa macam abangnya excited nak tengok dunia jugak.Tahun 2006 saya mampu menggantikan puasa 5 hari jugak (dah kena bayar fidyah). Pada 27 ramdhan saya kena admit sbb bb tak berapa gerak,dah masuk hospital doktor VE maka dengan sendiri terbatalla puasa. Baby hanis kuar pada 2 syawal.tetapi 3 hari terakhir saya memang tidak berpuasa.

Tahun 2008 saya ada 28 hari yang perlu diganti. Situasi 2008 sama seperti 2006.maka tahun ini juga saya tak mampu nak mengganti banyak hari. Saya mampu mengganti 6 hari sahaja. Tahun 2009 saya dah ganti sebanyak 8 hari.Maka saya ada 13 hari lagi yang perlu dihabiskan. Saya perlu pulun walaupun sampai tergolek tahun ni sebelum 22 Ogos sebab tak sanggup nak bertambah lagi tahun. ni

Semalam paling teruk.Pukul 11.30am saya rasa memang tak bermaya.muka pon seposen dah.yang paling terjejas saya lansung tak boleh fokus pada kerja saya,halusinasi,tenggelam dalam dunia sendiri. Nasibla tak masuk lab semalam,kot tak ngan solvent2 kat lab tu saya teguk.saya hampir-hampir nak berbuka (masa tu rasa macam umo 7 tahun masa baru mula-mula belajar puasa).Hanya Allah sahaja yang tahu.Memang rasa macam kain buruk la.Saya tahan juga, kalau tak,sampai bila pun tak habis gantinya.

Saya baru selesai menanak nasi untuk dijadikan bekalan sahur pagi esok.menu biasa sahur saya: nasi putih+telur goreng, milo panas,air suam.semalam saya tak sempat nak jamah kurma sbb dah nak imsak. pagi nanti saya nak telan kurma sebanyak boleh agar boleh bertahan sampai petang. Semoga Allah memeri kekuatan saya untuk mengharungi perkara ini.

Wednesday, May 6, 2009

Bila kena outstation

Haru sungguh bila tiap kali kali dapat surat yang bos minit: "farhatun, sila hadir".
Aku bukanla taknak pegi, tapi tak sanggup nak tinggal buah hati aku yang dua orang. Yang timbul masalah,sebab abah diorang jauh, jadi kesian nak tinggal haris & hanis kat wan dan tok ayah. Kalau sehari dua takper la lagi.tapi kalau sampai seminggu tu berat la jugak rasa hati. Masa kena pi JB last week, abah diorang terpaksa balik, cuti jaga anak.aku baru jer angan-angan nak dating kat sana,tup-tup dia kata kesian kat anak.takperla,yang penting haris & hanis happy. Aku sungguh hairan bin ajaib pada orang yang boleh tinggal anak depa kat tok nenek depa berminggu-minggu atau berbulan-bulan.Macam mana depa handle perasaan depa yer?Saper yang sedang/telah melaluinya,tolongla kongsi ngan aku.

Semenjak transfer balik kelantan ni, aku rasa tiap-tiap bulan aku keluar,kadang-kadang 2 kali sebulan.Perkara ni memang tak boleh dielakkan. Lagipun, alasan aku untuk bertukar lebih kurang camni bunyi nyer:

"Saya amat komited untuk menghadiri kursus atau mesyuarat yang dianjurkan oleh pihak KKM, walaubagaimanapun saya terpkasa menolak kerana suami saya juga sering kerja luar dan saya berjauhan dengan keluarga menyebabkan saya sukar untuk meninggalkan anak-anak saya.....bla bla bla (aku lupa dah ayat selanjutnya:)"

Jadi,sekarang bila dah berdekatan dengan family,aku rasa lega sikit.takder sebab nak tolak.dulu masa kat jb,aku asyik tolak/mengelak jer mana2 kursus atau mesyuarat yang aku kena pergi.nasibla bosss sporting yaamat. Cuma berdoa biar mr.hubby cepat2 dapat transfer,sebab ma & abah aku masih lagi kerja so tak sempat nak handle budak2 pagi2 nak pegi sekolah & taska.

Last week,bos kata aku kena pi PD minggu depan (4 hari). alih-alih pagi tadi kata cancel.dia kata 'sorryla farah sebab bla bla bla". aku dengan spontan jawab 'takperlah bos,saya lagi suka'. hahahahaahahah.selamba jerkkk..