Monday, December 24, 2007

EBMku mencair

malam jumaat tu aku masuk dapur..nak bukak peti ais,tgk2 tempat freezer cam terbuka sikit,terus tergamam..aku pon bukak ler..tengok2 separuh dari sok ebm aku mencair.uwaaaaaaa.memang gabra tahap gaban ler.dah taktau nak cakap apa dah.terkedu..terkedu.aku pon tanyala expert lam laktasi ni, nak tanya pendapat diorang.dia cakap OK takper, LEH REFREEZE.fuhhhh legaaaa.selamat stok aku.tapi heran jugak, yg aku tau teorinya,kalau dah dicairkan, tak boleh refreeze.tapi tula,dah tanya pendapat pakar,dia kata ok,okla.tp tiap kali nak bg bb Hanis, lepas thaw mmg aku cium n rasa dulu ebm,takut berubah bau n rasa.ni pengajaran buat aku ler lepas ni JANGAN CUAI lagi.kena ingat sampai bila2 la.

FRESH vs FROZEN

ermm...pagi tadi masa hantar Haris n Hanis.aku tanyala BS, camner hanis punya patern menyusu.dia kata kalau susu yang fresh dia minum laju jer (fresh ni maksudnya yg belum dibekukan,biasanya yg aku perah the day before ataupun pg sblm pi taska),tapi kalau yg dah dibekukan,mcm hisap main2.lambat nak habis. nampak gaya kena bagi lebih yg fresh ler gamaknya.skang ni aku bagi 50:50 fresh n frozen ebm.

Friday, December 7, 2007

Nak Balik JB dah!!

ermmm....dah kul 4.00 pg,mata tak ngantuk la plak....aku tersedar kul 2.00 td,barang belum habis kemas tu yg terus bangun.
pejam..celik..pejam..celik sekejap jer dah 56 hari aku cuti bersalin.so ada 4 hari lagi nak naik keje.isk isk isk sedihnya nak kena tinggal Haris dan Hanis kat nerseri.taktaula Haris camner nanti time 1st day anta.aku dh blh imagine, mesti melalak giler nak kena tinggal.jangan dengan aku sekali yg melalak dahla.huhuhuhu.maklumla hampir 3 bulan dok berkepitttttttt jerk ngan aku.sampaikan aku pi toilet pon carik macam anak ayam hilang ibu.adoiiiilaaaa anak teruna aku sorang ni.

Hari ni kitaorang nak balik JB.mula2 hb kata dia tak balik amik coz parents aku voluteer nak pi hantar.keta hb abang dia yg pi hantar.tup2 kelmarin dia balik kelate, coz boss dia suh balik beli kain sampin kat pengarah dia nak pencen.hermmm....oklah tu,hb blk senang sikit aku nak uruskan budak2 n nak kemas barang2. Haris ni takleh kalu time dia tido tak rasa orang kat sebelah dia mesti nangis...tu tengah tido ngn abah dia la tu...boleh ler aku ngemas tanpa gangguan..sambil bertenet..heheheeh.Alhamdulillah semua dah beres...tunggu nak angkut lam keta jer.

Bila fikirkan perjalanan jauh JB-KB ni buat aku fikir panjang bila nak balik kampung,bukan apa,penat wooo!! 12 jam tu perjalanan.pastu skang ngn baby lak.harap takder masalah sepanjang perjalanan nanti.Air Asia lak takder direct flight dr KB-JB.dulu ada.naper ntah dah terminate service dia dr KB ni.harus ku utus surat kt Air Asia ni, suh adakan blk perjalanan JB-KB.senang sikit aku nak balik kampung.heheheeh macam ler Air Asia nak layan.so skang aku kena layan keta la dulu.so..layannnnnnnnnnnnn...

Sunday, December 2, 2007

Expressed Breast Milk (EBM)

Alhamdulillah, hari ni genap 50 hari aku menyusukan bb Nurhanis Imtiaz.so ada lagi sepuluh hari jer lagi masa utk spend masa 24 jam sehari ngn bb coz aku dah nak naik keje.huhuhuhuh.
Aku dah buat persediaan kali ni.aku banyak belajar dari pengalaman lalu.masa Haris dulu, lg seminggu nak naik keje baru aku sebok buat stok EBM.bila dah naik keje mmg terkial-kial tetiap hari nak cukupkan bekalan kat nurseri.masa tu ilmu tak baper cukup.mmg aku dah join satu portal ttg penyusuan ibu masa pregnant 7 bulan.ingatkan menyusu anak ni satu perkara mudah,tapi kalau ilmu tak baper cukup memang susah nak berjaya.yerrr ILMU ILMU ILMU.....so bila haris aku hanya berjaya menyusukan sampai umo dia setahun 3 bulan ( susu kurang coz aku pon dah pregnant 2nd baby masa tu),aku ambil tu sbg satu cabaran utk menyusukan 2nd bb ni sampai umo 2 thn, Insyaallah.utk merealisasikan impian aku ni, maka aku sebokla mencedok, menggali ilmu pasal breastfeeding n EBM ni,utk tambah mana lg ilmu yg tak cukup.

Tangan vs Spectra3 vs Avent
Alhamdulillah, sehingga hari ni, aku dh ada 45 pek ebm (3-5 oz) dlm peti ais.mula2 aku perah pakai tangan dapatla lam 3 oz.maksima pon lam 4.5oz.acelly aku dh order pam avent isis set out n about tapi dah mmg takder rezeki aku kot, takder stok ler pulak.sbb dah teruja sangat nak pam avent isis tu, maka aku terlupa kewujudan spectra 3 aku nih. aku beli spectra ni masa nuyusukan haris dulu,tp masa tu macam tak baper sesuai ngn aku.kalau perah pakai tangan lagi laju banyak berbanding spectra, so spectra aku ni,masuk muzium.mula2 ingat nak let go jugak tapi sayang plak so simpan dulu, mana tau berguna utk next project.rupanya memang betul, kali ni spectra memang 'menjadi' ngn aku.sekali pam blh dapat dalam 6-7 oz dalam masa 5-10 minit. best..best...best...memang best.seronok sangat sangat.so aku dah tukar plan, aku akan guna spectra ni kat ofis, nak buat double pumping (tapi kena beli tube dia lagi satu coz dah hilang).aku beli gak avent isis,yg ni plan pakai kat umah n standby kalau aku kena outstation. Avent ni aku belom cuba.

Nak angkut ebm from KB to JB
Buat stok ebm masa lam pantang dah lepas satu fasa.bila dah ada stok ni kena fikir plak camner nak tranport ke Jb.ermmm....susah jugak berpantang jauh dari rumah sendiri.next time punya project,dah decide nak berpantang kt umah sendiri.hubby pon dah stuju (bila tu???).so tanya pendapat forumer2 kat portal feveret aku,so aku dah dapat solution.camni:

kalau travel by car - 10 hours drive at least-
1. sediakan bekas polisterin besar atau peti coleman yg macam kat pasar isiikan tu.
- abah dah beli semalam
2. ebm yg beku atur dlm bekas tupperware atau apa2lah yg boleh kasi ebm stays upright.
- guna playtex liner,rasanya boleh letak cam tu jer kot lam cooler box
3. kalau ada chiller ke atau technique-ice ke, susun selang seli dgn ebm
- chiller dah ada, techni ice pon dah beli,dah siap bekukan lam freezer
4. then beli ice byk2 kat 7-eleven, tuang dlm peti atau biar je dlm paket ,secukup rasa sampai semua ebm tercoverlah dan letak dlm boot kereta.
- ais beli masa hari nak bertolak
5. boleh letak towel dlm peti utk serap air ice yg cair.- insyallah ebm boleh tahan.- kalau rasa2 on the way tercair gitu, u top up lah ice.

Harap-harap takder masalah sepanjang perjalanan dan ebm kekal beku sampai JB.

Saturday, December 1, 2007

My first post

Akhirnya.....i got my own blog.perghhhh... berpeluh-peluh nak create blog aku ni.hehehehh.bukan apa,acelly aku dah ada account google..tapi....aku dah lupa password..huhhuhuhuhu.biasa aku guna password sama utk sema account aku tapi...yg ni siap ada strong n weak password tu pasal aku tukar password lain yg dr kebiasaan. acelly aku slalu (tak ler slalu sangat :) ) dok tulis blog kat frenster aku tu,tapi..semenjak dua menjak ni aku rasa bila time aku nak tulis blog jer, mesti susah nak access, tu aku sign in kat sini plak.
aku sebenarnya takder ler rajin bebenor nak menulis kat blog ni.hehehehe.biasa aku tulis pon citer2 haris,tupun banyak yg terlepas.so kali ni harap aku rajin ler menulis. so tujuan blog ni utk aku jot down pasal perkembangan my hensem boy n my cute girl tu.bukan apa, semua tu adalah kenangan terindah dalam hidup aku as a mother.

btw, my li'l princess dah 49 hari ni n esok genap 50 hari.pejam celik pejam celik sekejap jerk masa berlalu.next week dah nak balik JB.tak sabar dah nak jumpa my dear hubby. rindu banget sama kamu.hehehehe.