Monday, September 22, 2008

SUSU & PRODUK SUSU DARI CHINA DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE

petikan ini diambil dari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

KENYATAAN AKHBAR SUSU DAN PRODUK SUSU DARI CHINA DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE
Merujuk kepada laporan akhbar yang berikut :-
i. The Star (Checking For Kidney Stones & China Milk Scandal
Spills Over, 19 September 2008)

ii. The Sun (China Formula Scare Spreads to Ice Cream,
Yoghurt, 19 September 2008)

iii. New Straits Times (12 More Arrested in Tainted Milk
Scandal, 19 September 2008)

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak mengimport sebarang susu dan susu tepung formula bayi dari Negara China.
Berhubung dengan pencemaran melamine di dalam produk susu di Singapura dan Hong Kong, Malaysia mengimport produk susu dari Negara China tetapi bekalan susu diperolehi dari Australia dan New Zealand. Ini merupakan syarat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar
dalam mengeluarkan permit bagi produk susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.

Oleh yang demikian, KKM ingin menegaskan sekali lagi bahawa situasi ini adalah terkawal dan pengguna tidak perlu khuatir akan keselamatan produk makanan yang dijual di negara ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan mengimport iaitu tindakan Pemeriksaan Tahap 6 (Auto Rejection) melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) kepada semua susu tepung formula bayi, susu dan produk susu dari Negara China.

Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan juga ingin menasihat semua pakar perubatan dan pegawai perubatan agar sentiasa berjaga-jaga dan memantau gejala masalah buah pinggang
seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah,dan tekanan darah tinggi pada bayi. Keadaan ini adalah jarangberlaku. Sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanak-kanak perlulah melaporkan kepada KKM dengan segera.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan aktiviti penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan di setiap
pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yangmasuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.


Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
19 September 2008