Wednesday, July 23, 2008

Bila Allah cepat makbulkan Doamu

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ."

Semoga Sentiasa Mendapat Kasih SayangNYA...aamin

Tuesday, July 15, 2008

Anakku Kaki Buli????

Petang semalam masa ambil Haris & Hanis kat taska, cikgu Haris ada ngadu kat aku

Cikgu: kak, haris suka buli Nabil.budak lain dia tak buat.puas dah larang,tapi kalau hari-hari dah larang,tak larat nak larang dah.

aku: hah?haris buli kawan?naper?ada tak kena ke?jeles ke?

cikgu:Ntahla kak, tula sy tengok jugak kot saya terlepas pandang terlebih layan nabil ke,haris jeles ke,tapi sama jugak.taktau apa yang dia tak puas hati.

aku: ada ke perasan nabil tu pernah pukul dia ke apa sebelum ni?

cikgu: takder pulak

aku: budak tu besar ke kecik?

cikgu: budak tu besar dari haris,tu yang pakai baju coklat (sambil tunjukkan si nabil)

aku: ok,takper nanti balik akak tanya si haris k.

cikgu: ok

Alamak! my haris dah pandai buli orang.kena investigate ni naper anak teruna aku dok buli orang.sebab kalau tengok kat rumah ngan adik,kalau takder sebab dia tak buat adik.kalau aku sebok layan adikkkk jerk,tak layan dia,dia tunjukkan kejelesan dia dgn buat adik dia.bimbang jugak nanti parents Nabil complain, susah pulak kan.

Dalam kereta,aku tanya la dia

aku: kawan haris nama apa?

haris: Naim (bestfren dia ke naim ni?)

aku: kawan haris ada nama Nabil tak?

haris: ada

aku: haris ada pukul nabil tak?

haris: haris wat gini (sambil tunjuk mcm penumbuk)

aku: hah? haris pukul nabil?naper buat nabil?

haris: haris wat gini (sambil mengulang action tadi)

aku: haris jangan main gaduh-gaduh kat sekolah ye! kawan baik2 ngan semua orang k.

haris: angguk (tanda setuju)

Malam tu aku bagitau hb, kata haris buli kawan dia.dia pon tanya haris

hb: haris pukul kawan kat sekolah yer?

haris: haris wat gini (tunjuk action yg sama mcm tunjuk kat aku)

hb: haris jangan buat kawan k.nanti abah panggil polis gari tangan haris (sambil pegang tangan haris dua2 ke belakang - mentang2 dia polis,takutkan anak dengan polis..hinsshhh)

haris: angguk lagi.

pagi tadi pon aku pesan,jangan gaduh-gaduh.main baik-baik ngan kawan-kawan.

Friday, July 4, 2008

Terlupa bawa pam la!

Pagi tadi masa nak pam, aku bukak cooler bag! tiba2 tengok PAM AKU TAKDE! dah gabraaa.SAH AKU TERTINGGAL! dahla stok tak baper banyak.nak taknak kena aku perah pakai tangan.makanya terpaksala aku.acelly dah lama tinggal hand express ni.maka hari kenala mencuba.perah punya perah, Alhamdulillah dapat jugak 4oz,lebih kurang pakai pam tapi amik masa lama skit dalam 20 minit.nampak gaya skill hand express ni aku takleh tinggalkan.kena insiden macam ni,takder pilihan.