Wednesday, April 23, 2008

Nak Naik Keta Abah!

Alkisahnya pagi tadi hubby kata nak pegi keje lambat sikit dari kebiasaan.sebab dah dekat semingu lebih,sejurus lepas subuh dia kelluar pi kerja,sebab ada latihan untuk kejohanan sukan.Ditambah plak aku cakap ngan dia, pagi-pagi haris bangun, cakap nak abah.so terpaksa aku pujuk cakap nak cari abah kat bawah.sah-sahla abah takder kat bawahkan. itula, rasa bersalah macam tipu haris,tapi kalau tak buat cam tu dia kata " mama,tak nak kolah" . haaahhh lagi parah.semalam pon cakap macam tu, puas aku pujuk.pukul 8.15 baru bertolak dari rumah.Kul 8.40 aku sampai ofis.aku dahla masuk 8.30am. haru sungguhlaaaa.nasib bos aku sporting.

Ok,back to the story pagi tadi, haris bangun pukul 7.40pg. tupun puas abah dia pujuk.nasib ok,bangun salin pampers semua so kami berempat pun turun la kat kereta.sampai kat bawah dia cakap, " nak naik keta abah". abah dia jawab " kita gi ngan keta mamala, keta abah rosak" dia jawab "taknak, nak keta abah".so terpaksala kitaorang mengalah.so apabila mengalah, keputusannya kami terpaksa berkonvoila, bawa anak sorang satu sebab abah dia kerja arah utara,aku pulak arah ke selatan.so aku bawak hanis jerla pagi tadi.sampai kat sekolah,pelik cikgu dorang tengok.hehheeheheh.apa kena mak bapak haris ni.datang dua kereta. kih kih kih.dah anak jantan request cam tu, ikutkan jerla.tapi memang aku noticed hubby aku ni memang suka sangat menurut kata haris.apa haris nak,mesti dia kotakan...adoiiilaaa.bila dia takder tu yang aku susah sikit.

Dah sampai tu,aku nengok dia nangis dalam kereta hubby.haris ni memang,semenjak balik dari bercuti kat kampung seminggu hari tu, tiap2 hari nangis,takanak pegi sekolah.pagi-pagi memang kena buat hati keringla aku. dia menangis cakap nak adik,sebab cikgu dah buat masuk adik dia.pastu nak pujuk dia turun dari "keta abah" punyala berchenta,sampaikan bukak empat2 pintu,abah dia,aku, cikgu dia 2 orang kepung nak suh dia turun.aku dapat dukung dia tapi taknak masuk,dok tunjuk jalan keluar dari sekolah cakap nak balik.adooiiilaaaa haris,mama kena kerja la sayang.mama pun tak sampai hati nak tinggalkan haris & adik hanis kat sekolah. last2 "ummi" dia keluar, pujuk2 main gelonsor baru diam.so kami pun cepat2 keluar dari pintu pagar sekolah. sampai kat ofis,aku call taska, ummi cakap "alaaa,sekejap jer,tu ha tengah main lompat-lompat'. tiap2 hari macam tu. so aku kena sabar jerlaaaaaa....

Tuesday, April 15, 2008

First Milestone

erm....bila aku bukak balik blog aku ni, rupanya dah sebulan tak update.heheehehe.2 minggu yg pertama tu memang aku bz memanjang n selalu keluar outstation.minggu pastu plak aku balik kampung seminggu.yeay yeay! last week plak internet down seminggu kat ofis.huhuhuhuhu.

pejam..celik...pejam...celik...sekejappp jerk masa berlalu.anak daraku dah genap 6 bulan. Alhamdulillah dengan pelbagai cabaran yang aku lalui dalam masa 6 bulan ni,akhirnya aku berjaya juga menyusu hanis secara ekslusif. Alhamdulillah, aku panjatkan seribu kesyukuran pada Illahi kerana diberi kekuatan untuk menyempurnakan tuntutan ini. Aku akui, untuk berjaya dalam breastfeeding ni memang memerlukan semangat dan kecekalan dan tuntutan masa yang tinggi. Antara cabaran yang aku hadapi untuk berjaya sampai ke tahap ini:

1.supply ebm yang ada pasang surutnya.ada masa sekali pam blh dapat sampai 6-7 oz.kadang2 nak dapat 2oz pon sangat2 bercinta.tapi aku optimis yang supply itu akan cukup untuk anak kesayangan aku walaupun kadang-kadang aku pun stress dengan keadaan ni.

2. bb hanis minum banyak:) mula2 aku naik keje, dia minum lam 4 botol, kadang 5 botol.stp botol 3-3.5oz. pastu naik 6 botol x 3.5oz. skang ni plak 6 botol x 4 oz.kira-kira mencapai 25 oz satu hari.memang jenuh nak cukupkan bekalan dia.

3. sejak kebelakangan ni, aku memang slalu keje luar, so pumping session tu jadi tak menentu menyebabkan hasil perahan pon tak menentu jugak.huhuhuhuhu.

weekend ritu aku cuba buat bubur sebab lepas nyusu,hanis masih menangis dan takmo tidur.so aku decide nak cuba bagi bubur kat hanis. aku buat bubur kosong.nampak excited jugak dia makan bubur tu.habisla lam 5 sudu KFC.banyak jugak kira sbb baru hari pertama kenal ngn solid food.lepas makan, aku nyusukan dia lagi,terus dia tido dengan lena.rasanya memang dia dah ready dengan solid.

berat hanis sekarang ni 6.5 kg.berat badan takderla naik banyak sangat berbanding bulan lepas.tak padan dengan jumlah susu yang dia consume:)

sekarang dah pandai menyulur,tapi menyulur ke belakang:) kalau letak atas carpet,kalau tak tengok,lama-lama boleh masuk bawak kerusi.heheheheeh. sekali sekala nampak jugak dia angkat punggung dan lutut macam nak merangkak.nampak gaya macam tak lama lagi boleh merangkak la tu.mulut pun dah becok,nak nak time abang haris menegur dia.siap mengekek ngekek ketawa berguarau dengan abang.

pagi-pagi plak skang ni pon dah pandai, mesti cebik bila hulur kat 'cikgu' dia.tau yer mama nak tinggal dia.sabar jerla hanis cayang ni.

nampaknya hujan lebat giler kat luar sana, kena balik dulu ar nanti banjir plak kat wisma ni.nanti nak citer pasal abang haris plak:)

Friday, March 14, 2008

Hanis n Haris



HANIS

ermmm..aku baru balik dari taska,hantar susu hanis. 3 minggu kebelakangan ni hanis minum lebih daripada biasa, 6 botol x 3.5 oz @ 4 oz.memang struggle giler ler aku nak mencukupkan bekalan dia ke taska. di tambah plak memang aku asik keje luar dua minggu ni.so stok lam freezer pon semakin menyusut.takut plak aku.tinggal 3 pek daripada 30 pek.memang amik stok n tak pernah dapat replace.huhuhuhhuhu.minggu ni hari asik hujan,siang malam, cuaca pon seakan faham keadaan politik malaysia:). aku bekalkan 5 x 3.5oz. cukup plak.hari ni pon sama,aku bekalkan 5 botol.kul 12 td, cikgu taska hanis sms, ' kak, susu hanis tinggal satu jer lagi '. aku pon jawab "ok, thari nnti akak hantar". maka thari tadi keluarla aku pi hantar susu.ooppsss,hari ni cuaca panas terik.dahaga la tu.hari ni sampai 6 botol.cuaca pon mempengaruhi yer?hehehehehe.apa apa jerla dik.yang penting adik hanis kenyang k.


hari ni 14 mac 2008. so today genap umur hanis 5 bulan.


so far, perkembangan hanis yang dapat dilihat:

# pantang letak,memang terus meniarap

# dapat grab something especially her rattle

# dah pandai ketawa mengekek ngekek bila abah, mama n abang haris mengagah

# dah pandai cebik pastu nangis uwaaaa bila mama hantar pagi2 kat taska

# dah angkat punggung skit2 lagak macam orang nak merangkak

# pandai dah,,masa mama ada sebelah gelak2 bila mama bangun jer nak wat keje rumah, terus meraung, pandaiii ni! mama babap baru tau.


minggu depan appt for routine checkup.so nak tau berat dia kena tunggu minggu depan la.


HARIS

k citer haris plak,skang dah pandai melalak carik abah.bangun tido, balik taska mesti nak "abe'.wehh, haris kena panggil 'abah'.mama jer yang boleh panggil 'abe' tau.kalau aku cakap 'abah, bukan abe', dia jawab balik 'abeeeee'.yerla yerla abe pon abe laaaa.pagi tadi abah dia gi keje kul 8 sama ngan aku sebab masa dia keluar nak gi keje kul 7,haris amuk nak abah nak abah, aku ingatkan dia dah turun,rupanya bila dengar anak dia nagis dia dok tunggu kat luar,bila makin kuat,tup tup dia bukak pintu.boleh plak masuk balik,layan haris baca buku.terus ok haris.aku plak masa tu dok kalut pam susu.pas aku dah siap,sama turun2,mula refuse gak taknak naik keta aku,nak keta abah dia,pujuk punya pujuk,cakap esok kita pi danga bay naik train baru ok.


sampai kat taska pagi ni ok.tp dua tiga hari lepas memang amuk taknak masuk.cik gu dia kata ' kak, gang dia takderla kak, mak diorang cuti sekolah, dia main sorang2". ooo haris takde kawan yer,patutla taknak pi sekolah. lagi satu aku rasa dia fobia nak gi sekolah.sebabnya skang ni tangan n kaki dia mcm kena eczema.kat umah bila aku nak sapu or bagi makan ubat dia taknak,aku tak paksa, tapi kat taska diorang paksa.maybe sebab tu kot dia beria sangat taknak pi sekolah.semalam n hari ni hubby kata takyah bawa ubat pi taska.takut dia takmo gi sekolah lagi.

Thursday, March 6, 2008

penat tapi bahagia & menghiburkan

lately aku rasa penat sangat.maybe haris pon suka ngamuk n jeles ngan adik.

mana nak layan adik lagi mana nak layan haris lagi. (macam tak caya aku dah ada DUA ANAK.serius!!).pastu malam2 asik mengamuk taktau kenapa.

tu belum masuk bab nak layan abah haris n hanis lagi kan.

kerja plak menimbun2 kat ofis ni.

tapi penat macammana pun, aku bahagia dan terhibur ngan kehidupan aku sekarang.



kenapa aku kata aku bahagia?



# aku bahagia sebab ada husband yg penyayang n very caring

# keletah anak2 yg buat aku selalu ketawa

# hidup aku ada tujuan dan matlamat

# membuatkan aku lebih matang dan lebih memikirkan masa depan

cth: skang aku n hb dok sebok survey nak beli rumah, kalau aku masih bujang menda2 ni mesti tak terfikir/lambat terfikir dek akalku

# hidup aku lebih terurus,kalau masa bujang, asyik makan tido makan tido,skang ni kena atur jadual baik2, bila masa nak basuh baju, nak masak, nak pam susu/cuci botol

# aku lebih menghargai parents aku sbb baru tau betapa susahnya nak bela n didik anak ni.

# ilmu makin bertambah sebab tiap2 hari dok cari ilmu camner nak didik anak, disamping tu dapat ilmu sampingan yang lain.



tu sebahagian perkara yang membahagiakan aku dengan kehadiran hb, haris n hanis.kalau nak list memang banyak lagi.memang betullah kan orang kata anak ni penyeri hidupkan.



A children will make

LOVE STRONGER

DAY SHORTER

NIGHTS LONGER

BANK BALANCE SMALLER

HOME HAPPIER

CLOTHES SHABBIER

THE PAST FORGOTTEN

AND THE FUTURE

WORTH LIVING FOR:)

Friday, February 29, 2008

Mama's New Cooler Bag!





Hari isnin n selasa ritu aku kena keja luar.so usungla peralatan pumping lam cooler bag yg beli kat SI.ni 1st time aku keje luar pas naik dr cuti confinement. cooler bag tu ok tp dia lembik n takder shoulder strap so leceh sikit nak bawak.acelly drpd last month survey for new cooler bag.dah byk website jengah!.tiba2 terjatuh hati ngan MOM Precious Cooler bag at MLO.fikir punya fikir pastu message kak rita tanya size bag tu.dia kata lebih kurang cam saiz Avent O&A nyer cooler bagn ada byk feature berbanding O&A punya bag.wah! lagi aku teruja.maklumla ritu dah frust sbb tak dapat set O&A tu. (cik yan tau le citer O&A ni, sbb masa lam pantang hari2 dok citer pasal ni!hehehhe).pastu aku tanya kak kamariah SI plak, dia kata memang kecik comey la bag nyer.sesuai le kalau kena outstation sbb aku kata ngn dia next week aku kena pi KL ada meeting.so hari rabu aku pon terus decide nak beli.tup tup internet lak down, aku message kak kamariah bitau.dia tanya, aku nak barang apa, aku cakap nak MP cooler bag + membran for spectra (hilang ler pulak menda cinonet tu!).so dia kata ok, petang rabu tu dia kata akan pos.aku pun janji akan bank in duit tu kat dia petang tu gak.dah dekat nak balik,internet ok,aku pon terus transfer kat kak kamariah n sms dia bitau.dia kata dia dah pos.:)

semalam, lam tengahari gitu, kerani yg jaga surat kat tingkat atas call, bitau barang aku dari Susuibu.com dah sampai.yeay! excited gitu aku nak tengok.bukak2 memang comeyla.puas hati sungguh.hari ni aku dah guna, testing.hehehehehe.comey comey comey.tu jerk aku nak cakap.heeheheh.seswaiiii ngan aku yang kecik molek ni.heheheeheheh.

Thursday, February 21, 2008

I was tagged by cik_yan. tima kasih la sebab tag yer.skang kul 1.30pm.lunch hour so boleh le menjawab soalan yang panjang berjela ni.

1. Name one person who made you laugh last night?
>> Malam tadi tido awal sbb hb tadak so tak sempat gelak.pagi tadi adala, on d way gi taska dia nampak playground, dia cakap ma, nak menan,aku ckp weekend ni kita pegi yer! dia angguk pastu, cakap abah? (maksudnya abah pegi jugak yer?),aku cakap yer,pastu dia kata halis,adik,mama, yey pastu tepuk tangan.huhihihhiih.

2. What were you doing at 0800?
>> kat taska, anta si kenit dua orang tu.

3. What were you doing 30 minutes ago?
>> makan, laporrr tak bfast pg tadi

4. What happened to you in 2006?
>> aku beranakkan si harisla

5. What was the last thing you said out loud?
>>haris!!!! ni kes dia nak buat adik dia laaa

6. How many beverages did you have today?
>> 4

7.What color is your hairbrush?
>> blue

8. What was the last thing you paid for?
>> lunch thari td

9. Where were you last night?
>> Kat Umah layan si kenit dua orang without hb

10. What color is your front door?
>> blue

11. Where do you keep your change?
>> dalam kotak syiling lam drawer bawah meja

12. What's the weather like today?
>> tak perasan la

13. What's the best ice-cream flavor?
>> cokolat + vanilla

14. What excites you?
>> keletah Haris n Hanis

15. Do you want to cut your hair?
>> yes!absolutely! sbb rambut aku skang ni luruh bagai musim luruh jerk! tak larat weh nak sapu lantai.

16. Are you over the age of 25?
>> yup

17. Do you talk a lot?
>> Yes

18. Do you watch the O.C ?
>> O.C tu mende?

19. Do you know anyone named Steven?
>> takder

20. Do you make up your own words?
>> tak

21. Are you a jealous person?
>> maybe.. sometimes

22. Name a friend whose name starts with the letter ' A '?
>> ramailaaa

23. Name a friend whose name starts with the letter ' K '?
>> xleh nak recall ler

24. Who's the first person on your received call list?
>> Abah

25. What does the last text message your received say?
>> "Syg, bgnla, dah subuh" from my hb (dia keje malam td)

26. Do you chew on your straw?
>> NO

27. Do you have curly hair?
>> No

28. Where's the next place you're going to?
>> Bilik bos (tumpang solat sbb bos takdak)

29. Who's the rudest person in life?
>> ada sorang officer kat opis aku tu,kalau nak sound saper2 mesti loud speaker nak kasi satu opis dengar.pagi td dia sound anak buah dia,malu kawan tu.

30. What was the last thing you ate?
>> nasi lauk sayur cekur manis masak lemak ngn ikan goreng (sedap weh! sebab aku lapor!)

31. Will you get married in the future?
>> sudah selamat kawin.

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
>>aku jarang tgk movie. percaya tak aku tak penah pi wayang???

33. Is there anyone you like right now?
>>ramai

34. When was the last time you did the last wishes?
>> subuh pagi td

35. Are you currently depressed?
>> No

36. Did you cry today?
>> No

37.Why did you answer and post ni?
>> Sebab cik_yan suh aku jawab tag ni.dia kata sekali sekala jer.heheehheheh.

38. Tag 5 people who would do this survey
>> semua member dah kena tag daaa!!!

lama jugak tu nak siapkan SURVEY ni!!!heheheeheh

Sahabat Maya @ Cyber Friends

Dedication to all cyber friends of mine

Semalam masa tgh drive nak balik umah,tiba 2 aku aku terfikir pasal ni.maybe sebab semalam aku citer masalah aku kat one of my cyber friend ni kot.
apa yang aku nak citer, sebenarnya aku kagum dengan jalinan persahabatan yang terbina ni.walaupun masing2 tak pernah bersua muka (ada jugak yg pernah jumpa) tapi masing2 IKHLAS. mula2 sekadar berkongsi pendapat dalam satu forum. sedar-sedar tak sedar, lama-lama boleh berkongsi rasa dan perasaan mungkin tak keterlaluan aku katakan ada yang berkongsi rahsia. masing-masing tidak lokek nak berkongsi ilmu yang ada. ada kebaikannya berkawan dalam alam cyber ni,sebab masing2 tak prejudis dan menghiraukan status masing-masing.pangkat dan darjat tak menjadi ukuran, tak kisah hang engineer ka, manager ka, lawyer ka, eksekutif ka, housewife ka (KITA SERUPA!!).yang penting we are happy sharing everything (stakat yang boleh share ler!). kita juga saling memberi semangat antara satu sama lain kan!. rasa stress2 jerk, pi jenguk blog hangpa, rasa terhibur hati:)
aku harap persahabatan ni dirahmati Allah dan kekal sampai bila2.

tiba2 masa tengah tulis posting ni,tingat kat lagu ni. (ada kaitan ka? boleh le labu!hehehe)

Cabaran penuh liku
Lazimnya kan berlalu
Bila cinta bersatu
Buang segala prasangka

Yang datang tanpa rela
Diatasi segera

Belum bersemi adanya sangsi
Inilah nyatanya...Walaupun pedih menguris tabah
Harus kita fikirkan
Cinta sebenar ( naluri )...Ada sabar ( serasi )...

Tiada gentar
Luahkanlah hatimu
Inilah buktinyaCinta yang diakhir garisan
Aku rela (sebutlah)...Jangan gentar (buktikan)...

Luahkanlah hatimu
Inilah buktinyaCinta yang di akhir garisan
Setelah dengan ikhlas...Memberi tanpa balas......Usah diam membisu
Kau cari pintu hati....Kau buka dengan janji....Keikhlasan ku nanti
Jangan memendam luahkan rasa....Curahkan semua..

Disitu kau dapat rasakanKebenaran menyala
Cinta sebenar ( naluri )...Ada sabar ( serasi )...

Tiada gentar....Luahkanlah hatimu
Inilah buktinyaCinta yang diakhir garisan
Aku rela (sebutlah)....Jangan gentar (buktikan)....

Luahkanlah hatimu......Inilah buktinyaCinta yang di akhir garisan
Walaupun kau masih mencari cinta....

Jika kau berdusta kata....Hancurlah segalanya
Hatimu yang bersinar mencurah rasa...

Terima semuanya.....Dirimu yang punca bahagia
Cinta sebenar ( naluri )....Ada sabar ( nikmati ).....

Tiada gentar.....Luahkanlah hatimu...
Inilah buktinya...Cinta yang diakhir garisan
Aku rela (sebutlah)....Jangan gentar (buktikan)...

Luahkanlah hatimu.....Inilah buktinya....Cinta yang di akhir garisan
Cinta yang di akhir garisan....Cinta yang di akhir garisan
Cinta.....Cinta yang di akhir garisan


p/s: mcm syahdu plak tulis entry ni.adoiiilaaaa