Tuesday, April 15, 2008

First Milestone

erm....bila aku bukak balik blog aku ni, rupanya dah sebulan tak update.heheehehe.2 minggu yg pertama tu memang aku bz memanjang n selalu keluar outstation.minggu pastu plak aku balik kampung seminggu.yeay yeay! last week plak internet down seminggu kat ofis.huhuhuhuhu.

pejam..celik...pejam...celik...sekejappp jerk masa berlalu.anak daraku dah genap 6 bulan. Alhamdulillah dengan pelbagai cabaran yang aku lalui dalam masa 6 bulan ni,akhirnya aku berjaya juga menyusu hanis secara ekslusif. Alhamdulillah, aku panjatkan seribu kesyukuran pada Illahi kerana diberi kekuatan untuk menyempurnakan tuntutan ini. Aku akui, untuk berjaya dalam breastfeeding ni memang memerlukan semangat dan kecekalan dan tuntutan masa yang tinggi. Antara cabaran yang aku hadapi untuk berjaya sampai ke tahap ini:

1.supply ebm yang ada pasang surutnya.ada masa sekali pam blh dapat sampai 6-7 oz.kadang2 nak dapat 2oz pon sangat2 bercinta.tapi aku optimis yang supply itu akan cukup untuk anak kesayangan aku walaupun kadang-kadang aku pun stress dengan keadaan ni.

2. bb hanis minum banyak:) mula2 aku naik keje, dia minum lam 4 botol, kadang 5 botol.stp botol 3-3.5oz. pastu naik 6 botol x 3.5oz. skang ni plak 6 botol x 4 oz.kira-kira mencapai 25 oz satu hari.memang jenuh nak cukupkan bekalan dia.

3. sejak kebelakangan ni, aku memang slalu keje luar, so pumping session tu jadi tak menentu menyebabkan hasil perahan pon tak menentu jugak.huhuhuhuhu.

weekend ritu aku cuba buat bubur sebab lepas nyusu,hanis masih menangis dan takmo tidur.so aku decide nak cuba bagi bubur kat hanis. aku buat bubur kosong.nampak excited jugak dia makan bubur tu.habisla lam 5 sudu KFC.banyak jugak kira sbb baru hari pertama kenal ngn solid food.lepas makan, aku nyusukan dia lagi,terus dia tido dengan lena.rasanya memang dia dah ready dengan solid.

berat hanis sekarang ni 6.5 kg.berat badan takderla naik banyak sangat berbanding bulan lepas.tak padan dengan jumlah susu yang dia consume:)

sekarang dah pandai menyulur,tapi menyulur ke belakang:) kalau letak atas carpet,kalau tak tengok,lama-lama boleh masuk bawak kerusi.heheheheeh. sekali sekala nampak jugak dia angkat punggung dan lutut macam nak merangkak.nampak gaya macam tak lama lagi boleh merangkak la tu.mulut pun dah becok,nak nak time abang haris menegur dia.siap mengekek ngekek ketawa berguarau dengan abang.

pagi-pagi plak skang ni pon dah pandai, mesti cebik bila hulur kat 'cikgu' dia.tau yer mama nak tinggal dia.sabar jerla hanis cayang ni.

nampaknya hujan lebat giler kat luar sana, kena balik dulu ar nanti banjir plak kat wisma ni.nanti nak citer pasal abang haris plak:)

3 comments:

cysev3n said...

hehehe.. menyulur ke belakang ye.. zeri dah reti dah ke depan.. duduk sendiri pun ala2 dah reti.. tp aku masih tunggu bila dia nak merangkak.. belum le masuk2 gear lagi..

tang nangis tu toksah cakap la.. lagi besar lagi banyak akal, okkay

kuireena said...

cabaran yg no.1 tu mmg dipersetujui sungguh..siang malam pagi petang mmg pening otak memikirkan camne nak bagi cukup susu. Lagi fikir lagi stress, lagi tak keluar susu.. Haru betol!

farah225 said...

cik yan,
hanis dah boleh menyulur ke depan.kadang namnpak gak mcm dh masuk gear satu.heheheh.pastu terus mati enjin sbb tak balance clutch n minyak.kih kih kih

kuireena,
welkem to my blog.hehehhe.memang pening.skang ni lagila,sbb bln depan nak kena pi kursus.stock plak mmg out.kena tmbh sesi mengepam la,tp tula mlm td kunci jam konon,hampeh tido tak sedar diri.adoiiilaaa