Monday, September 22, 2008

SUSU & PRODUK SUSU DARI CHINA DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE- part 2

Melamine adalah bahan organik yang antara kegunaannya ialah dalam bidang pembuatan resin plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Melamine biasanya dicampur dalam makanan haiwan seperti kucing dan anjing supaya kandungan proteinnya lebih tinggi.Kesan ketoksikan akut akibat pendedahan terhadap melaminesecara langsung adalah seperti mengakibatkan iritasi apabila terhidu dan bersentuhan dengan kulit atau mata. Manakala kesan ketoksikan
kronik yang diakibatkan oleh pengambilan melamine adalah boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem pembiakan atau menyebabkan batu karang dalam ginjal dan pundi kencing.
Kesan melamine kepada manusia adalah kurang berbanding dengan haiwan kerana jangka hayat melamine adalah 3 jam dan ianya tidak berkumpul di dalam badan dan dikeluarkan melalui perkumuhan buah pinggang sebagai air kencing.

ni nak update jugak simptom bb yang suffer akibat minum susu yang tercemar dengan melamine.sebagai langkah berjaga-jaga walaupun KKM telah mengeluarkan kenyataan susu formula yg dijual di Malaysia adalah selamat.


Clinical description:
The following symptoms have been observed in infants affected by the melamine-contaminated
infant formula in China:
1. Unexplained crying in infants, especially when urinating, possible vomiting
2. Naked eye visible or microscopic hematuria
3. Acute obstructive renal failure: oliguria or anuria
4. Stones discharged while passing urine. For example, a baby boy with urethral obstruction
with stones normally has dysuria
5. High blood pressure, edema, painful when knocked on kidney area

SUSU & PRODUK SUSU DARI CHINA DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE

petikan ini diambil dari laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

KENYATAAN AKHBAR SUSU DAN PRODUK SUSU DARI CHINA DISYAKI TERCEMAR DENGAN MELAMINE
Merujuk kepada laporan akhbar yang berikut :-
i. The Star (Checking For Kidney Stones & China Milk Scandal
Spills Over, 19 September 2008)

ii. The Sun (China Formula Scare Spreads to Ice Cream,
Yoghurt, 19 September 2008)

iii. New Straits Times (12 More Arrested in Tainted Milk
Scandal, 19 September 2008)

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menegaskan bahawa Malaysia tidak mengimport sebarang susu dan susu tepung formula bayi dari Negara China.
Berhubung dengan pencemaran melamine di dalam produk susu di Singapura dan Hong Kong, Malaysia mengimport produk susu dari Negara China tetapi bekalan susu diperolehi dari Australia dan New Zealand. Ini merupakan syarat oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar
dalam mengeluarkan permit bagi produk susu yang diimport dari Negara China oleh kerana risiko penyakit kaki dan mulut pada ternakan lembu di negara tersebut.

Oleh yang demikian, KKM ingin menegaskan sekali lagi bahawa situasi ini adalah terkawal dan pengguna tidak perlu khuatir akan keselamatan produk makanan yang dijual di negara ini.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan larangan mengimport iaitu tindakan Pemeriksaan Tahap 6 (Auto Rejection) melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) kepada semua susu tepung formula bayi, susu dan produk susu dari Negara China.

Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan juga ingin menasihat semua pakar perubatan dan pegawai perubatan agar sentiasa berjaga-jaga dan memantau gejala masalah buah pinggang
seperti bayi menangis tanpa sebab ketika kencing, kencing berdarah,dan tekanan darah tinggi pada bayi. Keadaan ini adalah jarangberlaku. Sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanak-kanak perlulah melaporkan kepada KKM dengan segera.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan aktiviti penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan di setiap
pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yangmasuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.


Pengarah
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kementerian Kesihatan Malaysia
19 September 2008

Wednesday, September 17, 2008

TiDaK KeRuaN

hari ni 17 September 2008...aku nak BERPINDAH BALIK pada 25hb ni....maknanya lebih kurang seminggu lagi la tinggal masa.packing pon masih belom beres lagi.banyak sehh barang.sampai tak reti mak nak mengemas.huhuhuhhuhuuh. dalam dok kalut packing barang, jauhhhhhhhhhh di sudut hati timbul perasaan tak keruan.ada banyak benda yang mengganggu benak aku.

1. aku ni dah 4 thn lebih buat keje admin, tup tup nak kena pi lab,ishhhhh bimbang jugak,maklumla dah lama tak main ngan lab punya toys.harap2 staff kat sana okla,maklumla nak kena blajo balik kan.

2. perkara yang kedua ni yang paling buat aku kacau, kesian kat haris n hanis nak kena bertukar 'sekolah' baru.
haris- dia dah suka sangat kat sekolah skrg. dah hafal semua nama kawan dia.dok cakap ngan aku 'mama kawan aghis nama nabil, syuhada, daniel,aina bla bla bla". sayu plak bila fikir dia kena berpisah ngan kawan-kawan dia.sekarang ni, kalau pi amik petang-petang, dia tak puas lagi main ngan kawan2, dia ngamuk lam keta. 'mama nak kolah,nak gi belakang (suh aku pusing),taknak gi depan'. kadang tu sampai ke rumah nangis.memang terbalik 360 darjah berbanding masa mula2 aku hantar dia kat taska tu setahun setengah yang lalu.

hanis- emmm fikirkan si hanis lagi aku haru.hanis ni juara nangis.nasibla taska ni ok,layan jerk perangai si hanis.kalau pi sekolah baru,tahan ke diorang dengan perangai anak aku ni weh.huhuhuhhuuh.

3. balik report duty ni dah dekatttt sangat ngn raya.macam mana la aku nak survey taska untuk budak berdua ni.aku n hb dh decide memang takmo letak dorang umah bbsitter.tapi kat kota bharu susah skit nak carik taska coz kat sana rumah taman tak banyak.biasa pon ramai yang letak umah bbsitter.nak cari taska pon kena banyak benda kena consider.haris pon dah masuk 4 tahun thd depan (dah besarrr anak bujang aku!!!).so aku ingat nak carik Islamic Montessori,rasanya sesuai utk haris sebab aku nak haris minat kepada bahasa Al-Quran dari awal. Aim aku biarla anak bujang aku ni boleh jadi tahfiz, Insyaallah.

4. aku akan berjauhan ngan hb utk jangka masa yang aku taktau sehingga permohonan tukar dia diluluskan.isk isk isk.macammana la ek.mesti rindu nanti.huhuhuhuhuhuh.anak-anak pon manja sesangat ngan dia.hanis pon dah pandai,takleh tengok abah menyemart n bukak pintu,terus tarik seluar abah,nak ikut sama.aku nak kena handle hanis n haris sensorangla.nasibla dok ngan parents aku buat sementara waktu.

5.packing barang pon tak settle lagi.aku pon pening camner,nak kemas sekarang,barang macam nak guna lagi. tau dak,weekend ritu aku dah masukkan semua barang dapur yang amaaat jarang digunakan dalam kotak mcm periuk belanga, steamer etc.so barang dapur dah settle la satu kotak.tup2 petang tu hb kuar pi beli lauk utk masak time berbuka, dia bawak balik ikan siakap suh aku masak steam (aku dahla tak penah buat,main belasah jerla buat),makanya aku terpaksa keluarkan semula steamer aku.kalau macam ni bila la nak settle aku packing barang.

After all, macam-macam mana pun,aku kena hadapi menda ni dan kena optimis (terutama perkara n0 1-4). sebab perpindahan ni sebenarnya membawa banyak kebaikan untuk aku dan family.

Monday, September 8, 2008

Bulan rahmat

Masa drive pagi tadi,dok fikir aku nak pindah bulan2 pose ni,sakit jugak. dalam dok fikir2 tu baru aku perasan semenjak dua menjak ni banyak menda yang baik terjadi kat aku dalam bulan Ramadhan & Syawal.

Tahun 2004 - syawal - aku selamat diijabkabul dengan cik abe aku

Tahun 2005 - ramadhan - aku selamat melahirkan putera sulung

Tahun 2007 - syawal - aku selamat melahirkan puteri kesayangan

Tahun 2008 - ramadhan - dapat bertukar balik kampung

Semoga ramdhan tahun ini terus membawa keberkatan dalam hidup aku..aaamin

Wednesday, September 3, 2008

Ahlan Ya Ramadhan

Alhamdulillah hari ni dah 3 hari umat islam berpuasa.kat johor rini baru mula kerja sebab dapat cuti double, cuti MERDEKA & cuti AWAL RAMADHAN.

dua hari yang dah berlalu, Alhamdulillah ok.takderla aku melepek sangat walaupun hanis kuat sangat nenen.dua hari cuti, aku masak jer juadah untuk berbuka.masak simple2 jerk.

Menu 1 Ramadhan:
Nasi putih
tomyam campur
ikan tenggiri masak merah
Bubur caca

Menu 2 Ramadhan:
Nasi putih
sup sayur
ikan percik
sira pisang

tak sangka rupanya haris suka sangat ikan percik.semalam,sekerat ikan tu abis dibantainya.hujung minggu ni hb mintak masak ikan percik lagi.heheehehehhe.
hari ni nampaknya juadah dari baazar ramadhan ler.dah sampai umah 6 lebih,mana nak sempat masak dah.



***************************************************************************
menjawab soalan cik lola

resepi ikan/ayam percik

- perap ikan/ayam dengan garam + kunyit.pastu bakar
- kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia,lengkuas,kunyit,belacan (x letak x per)
- tumis bahan kisar sampai wangi
-tambah santan, serai yg diketuk,asam keping,gula melaka,garam secukup rasa
-kalau rasa pekat,tambah air skit
-dah masak kuah percik, siramkan pada ikan/ayam pastu bakar sekejap lagi sekali
taraaaaa dah masak percik korang.

cubala, sure terangkat.heheheheehhe

Friday, August 29, 2008

strawberry chocolate

Malam tadi masa melayan budak2 tu sambil tengok tv.haris cakap ngan aku

mama, nak stlowbelly.

hah??stlowbelly.

ha'ah, stlowbelly cekelat

stlowbelly tu apa haris?

stlowbelly la mama,stlowbelly cekelat.

amboiii amboiiii anak teruna aku ni.mana la dapat tau pasal stlowbelly cekelat ni.ingatkan ct nurhaliza jer minat strawberry chocolate.anak teruna
aku pon minat jugak.phew!

Doa Termakbul

Pagi tadi masa aku dok bz ngadap pc, aku nyer col panggil aku ke depan.pastu muka senyum2 kata kat aku, pastu kata 'akak mesti suka', 'akak mesti suka'. confuse gak aku apa pasalla budak ni pepagi ni beria sangat.aku pon ke depan kat mesin fax, tengok ada surat dari Kementerian Kesihatan Malaysia. tajuk surat berbunyi begini:

PEMBERITAHUAN PERTUKARAN/ PENEMPATAN PEGAWAI bla bla DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

ayat yang membuatkan buntang biji mata aku berbunyi macam ni plak:

Sukacita dimaklumkan bhw J/kuasa bla bla bla telah meluluskan pertukaran puan dari Jabatan Kesihatan negeri Johor ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan Kelantan

what? 3 kali aku baca surat tu macam tak percaya.yerla,sebelum ni dua kali dah aku dapat surat cinta bitau yang permohonan pertukaran aku TIDAK diluluskan.so aku pon mcm tak harap sangat dah.lagipun dalam keadaan gawat macam ni, kotla pertukaran dibekukan.

sampai ke petang ni,aku masih rasa tak percaya.nak kata seronok,memang seronok.saper tak seronok weh dapat balik kampung sendiri.cuma aku rasa terkejut sikitla sebab aku kena lapor diri berkuatkuasa 1 september 2008. fikir-fikir macam sayang dan sedih plak nak tinggal johor.aku kat johor ni dalam 4 tahun setengah.masa datang tu masih anak dara,skang dah ada anak dua pun.heheheehehhe.

Aku harap pertukaran aku ni,banyak membawa kebaikan untuk aku dan keluarga.banyak menda kena revise balik.parents aku pun sangatla gembira dengan pertukaran aku ni.