Wednesday, September 17, 2008

TiDaK KeRuaN

hari ni 17 September 2008...aku nak BERPINDAH BALIK pada 25hb ni....maknanya lebih kurang seminggu lagi la tinggal masa.packing pon masih belom beres lagi.banyak sehh barang.sampai tak reti mak nak mengemas.huhuhuhhuhuuh. dalam dok kalut packing barang, jauhhhhhhhhhh di sudut hati timbul perasaan tak keruan.ada banyak benda yang mengganggu benak aku.

1. aku ni dah 4 thn lebih buat keje admin, tup tup nak kena pi lab,ishhhhh bimbang jugak,maklumla dah lama tak main ngan lab punya toys.harap2 staff kat sana okla,maklumla nak kena blajo balik kan.

2. perkara yang kedua ni yang paling buat aku kacau, kesian kat haris n hanis nak kena bertukar 'sekolah' baru.
haris- dia dah suka sangat kat sekolah skrg. dah hafal semua nama kawan dia.dok cakap ngan aku 'mama kawan aghis nama nabil, syuhada, daniel,aina bla bla bla". sayu plak bila fikir dia kena berpisah ngan kawan-kawan dia.sekarang ni, kalau pi amik petang-petang, dia tak puas lagi main ngan kawan2, dia ngamuk lam keta. 'mama nak kolah,nak gi belakang (suh aku pusing),taknak gi depan'. kadang tu sampai ke rumah nangis.memang terbalik 360 darjah berbanding masa mula2 aku hantar dia kat taska tu setahun setengah yang lalu.

hanis- emmm fikirkan si hanis lagi aku haru.hanis ni juara nangis.nasibla taska ni ok,layan jerk perangai si hanis.kalau pi sekolah baru,tahan ke diorang dengan perangai anak aku ni weh.huhuhuhhuuh.

3. balik report duty ni dah dekatttt sangat ngn raya.macam mana la aku nak survey taska untuk budak berdua ni.aku n hb dh decide memang takmo letak dorang umah bbsitter.tapi kat kota bharu susah skit nak carik taska coz kat sana rumah taman tak banyak.biasa pon ramai yang letak umah bbsitter.nak cari taska pon kena banyak benda kena consider.haris pon dah masuk 4 tahun thd depan (dah besarrr anak bujang aku!!!).so aku ingat nak carik Islamic Montessori,rasanya sesuai utk haris sebab aku nak haris minat kepada bahasa Al-Quran dari awal. Aim aku biarla anak bujang aku ni boleh jadi tahfiz, Insyaallah.

4. aku akan berjauhan ngan hb utk jangka masa yang aku taktau sehingga permohonan tukar dia diluluskan.isk isk isk.macammana la ek.mesti rindu nanti.huhuhuhuhuhuh.anak-anak pon manja sesangat ngan dia.hanis pon dah pandai,takleh tengok abah menyemart n bukak pintu,terus tarik seluar abah,nak ikut sama.aku nak kena handle hanis n haris sensorangla.nasibla dok ngan parents aku buat sementara waktu.

5.packing barang pon tak settle lagi.aku pon pening camner,nak kemas sekarang,barang macam nak guna lagi. tau dak,weekend ritu aku dah masukkan semua barang dapur yang amaaat jarang digunakan dalam kotak mcm periuk belanga, steamer etc.so barang dapur dah settle la satu kotak.tup2 petang tu hb kuar pi beli lauk utk masak time berbuka, dia bawak balik ikan siakap suh aku masak steam (aku dahla tak penah buat,main belasah jerla buat),makanya aku terpaksa keluarkan semula steamer aku.kalau macam ni bila la nak settle aku packing barang.

After all, macam-macam mana pun,aku kena hadapi menda ni dan kena optimis (terutama perkara n0 1-4). sebab perpindahan ni sebenarnya membawa banyak kebaikan untuk aku dan family.

6 comments:

Rizza said...

kemas jgn tak kemas.. heheh

take care!!

mamaDhea said...

huhu... penat beb pindah randah nih.. aku dh byk kali pindah randah time skolah dlu.. wlpon bkn aku yg mengemas.. hehehe

anyway, gud luck.. kiranyer nnti kita serupa laa beb.. aku pn handle 2 anak sensorang.. mana bole buat, buat ler.. tak bole ko ignore je mane yg kurang penting.. hahaha..

farah225 said...

k. rizza n sya,
thanx

tula aku pon serik gak pindak randah sebab aku pon dari kecik setiap 5 thn mesti pindah.bapak aku pon gomen gak.

tula,kena pandai2la aku nnt nak handle budak dua org tu.ko pon dok ngn parents kan.

maya amir said...

huhuh... tak keruan ek farah..nak aku tolong pack brg dak? pasni takleh jumpe dahh..uhhuh..ko take care ek..dont forget to update blog eh...

knv said...

wuih! kak ana baca pun letih la jugak! anyway, happy packing. selamat puasa dan hari raya. maaf zahir batin. hihihihi!

farah225 said...

maya,
timakasihla nak tolong.takperla aku pack sikit2.sebenarnya aku tak yah bimbang sangat sbb barang akan d'angkut lepas raya.tupun angkat sampai simpang renggam dl.kalau hb dpt pndh,br angkut sekali arung balik kelate.

Insyaallah aku akan update blog tp taktau nak cakapler coz sana aku dok lab.banyak keje sikit.sini keje ngadap pc pon,syndrom M tu selalu ada.hehehehe

kak.ana,
thanx.selamat hari raya maaf zahir batin gak.