Saturday, April 4, 2009

La Hot Spring


Kejadian ni dah sebulan berlalu,tapinyer tak sempat nak post sebab baru sempat upload gambar.hehehehe. sebulan yang lepas kitaorang ke la Hot Spring.abah ada buat program kat sana,kitaorang biasala,jadi ekor.heheheehhe.

dulu-dulu aku pernah pegi, sekali jer,tupun masa kecik-kecik dulu. La Hot Spring terletak di Kampung La, Hulu Besut. Air dia memang panasla.biasa orang datang kat sini berendam untuk sembuhkan penyakit kulit dan lenguh-lenguh sendi. Air panas La dikatakan mengandungi natural sulphur. Orang kata kalau letak telur dalam tu memang masakla telur. Masa pergi hari tu tak ler pulak mencuba rebus telur kat situ.

Air yang keluar dari celah-celah batu memang panas & menakung di dalam kolam seperti gambar kat bawah

Nampak tak kelam berasap dari kolam tu?? Memang panas air dia, aku ambik masa 15 minit warm up, baru boleh rendam dua2 belah kaki.my mom boleh rendam sebelah jerk. Lupa pulak nak bawa termometer.rasa-rasanya 50 degree suhu dia sampai kot. ntah ntah lagi tinggi

dari takungan kolam kat atas, disalurkan ikut celah-celah batu ke tajungan ke-2. yang ni kurang sikit tahap kepanasan dia.tupun setakat rendam sampai ke pinggang.tak mampu dah rendam satu badan

Seterusnya air dari takungan ke-2 mengalir turun pada batu (kat tempat aku menyandar).yang ni memang best.memang sebijik cam sauna. sauna free punya la. air tadi seterusnya bercantum dengan aliran sungai yang sangat sejuk (kat bahagian kaki aku). Sungguh indah ciptaan Allah kan!

kanak-kanak riang ini sangat seronok menghayati Alam Ciptaan Allah yang sungguh indah ni.puas la ajak naik,taknak naik.sampai biru bibir mulut pun masih berdegil nak berendam

1 comment:

Anonymous said...

wah! mabeles! la is la bonita ;p