Wednesday, April 1, 2009

demam rindu

last week mr.hb janji nak balik hujung minggu lepas tu nak sambung cuti isnin dan selasa (kelantan cuti keputeraan sultan @ disebut pujomo = puja umur). tup tup hari jumaat call,tak dapat balik weekend sebab kena pi KL.aduhh frust sungguh sebab kebetulan ofis abah aku ada buat family day kat sweet beach resort aku dah mintak abah booking satu bilik untuk aku.
walaupun mr.hb tak dapat pegi, pagi isnin tu, kitaorang pergi juga.bawa haris n hanis ikut tok ayah, wan n cik su.masa nak pergi tu dah rasa macam badan hanis panas.ehhh... budak ni macam nak demam jerr.dahla nak gi pantai ni.sampai kat sana,dia asyik tidur jer.malam pon ngamuk,tak berapa nak tidur.rasanya sebab dia nak tumbuh gigi kot.
Pagi semalam mr.hb sampai.kitaorang dari sweet beach tu terus menyinggah rumah PIL.resort tu pulak ke rumah PIL dalam 3km rasanya.mr.hb dah tunggu kat situ.hanis seronok sangat jumpa abah dia.tak nak turun,asik nak berdukung ngan abah.nak mandi ngan abah,nak pakai pampers ngan abah,baju suh abah pakaikan.mama nak tolong ditolak mentah-mentah.tak heran dah ngan mama.malam tadi dah kebah demam.tak sempat bawa pegi klinik.memang rindu sangatttlaaa kat abah tu.Jumpa abah terus hilang rinduu yer.
Pesanan untuk sahabat2, adik2, sepupu sepapat yang tengah melalui PJJ (terkesan ngan entry cik nelcy)
Jangan sedih-sedih(pujuk hati sendiri).
Saya amat memahami perasaan kalian
Bukan hanya anda seorang yang sedang melalui saat sukar ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita terutama nak melayan karenah anak-anak genius yang sedang membesar seorang diri memang mencabar.
Semoga kita dapat bersama dengan orang yang kita cintai secepat mungkin.Insyaallah.

2 comments:

mamaDhea said...

sebijik sebijan mcm anak2 aku.. klu ayah dia balik, sikit tak heran dgn aku.. sabaq aje laa..

tp nak buat mcm mana, keadaan yg memaksa kita berkorban sampai mcm ni kan.. semoga kita tabah menghadapi..

aku pon terkesan dgn entry nelcy semlm.. sob sob sob..

farah225 said...

sya,
aku suka banget kalau budak2 dok lenjan abah dia sebabbb mama buleh rehatttt.heheehheeh.kurang sket stress aku.

yerrrr..keadaan memaksa.tapi aku gatai.dah elok2 dok sama2 kat johor mintak transfer.