Wednesday, April 22, 2009

braces-debond


Pagi semalam saya ada temujanji dengan doktor orthodontik saya. Saya sampai di klinik ortho jam 10.15 pagi dan setelah menunggu hampir sejam setengah,barulah tiba giliran saya.
Masuk je di bilik rawatan, saya ditanya oleh nurse sekiranya saya ada apa-apa masalah dengan gigi dan braces saya sementara doktor pakar ortho sedang merawat pesakit lain. saya mengadu tentang gusi saya yang berdenyut-denyut di kawasan 'space' yang telah tertutup selama seminggu. nurse tersebut menyatakan itu adalah keadaan biasa di mana sel-sel di kawasan berkenaan masih aktif untuk merapatkan gigi tersebut.
Lima minit kemudian, doktor datang pada saya dan melihat keadaan gigi saya.oohhhhh,sebelum tu saya diberikan cermin untuk menilik gigi saya itu dan doktor memberi komen:

''oh...good...gigi awak dah sama.semua space dan tertutup. next visit bolehla kita debond"

dengan spontan aku menjawab, "yerker doktor? itu yang saya nak dengar, kalau doktor tak bagitau pun,memang saya nak tanya bila boleh bukak braces ni".

doktor bertanya lagi : "awak dah puas hati? kita kena tanya pemunya projek (tuan punya gigi) jugak. kami di sini hanya kontraktor.

saya membalas lagi: "Alhamdulillah saya dah puas hati,lagipun dah lama sangat dah doktor, dari bujang sampai saya beranak dua tak bukak2 lagi."

untuk pengetahuan,saya memulakan rawatan ni masa saya di tahun akhir di UKM.start pasang braces sebelum saya berkahwin pada November 2004. Kira-kira 4 tahun setengah.

doktor berkata lagi: "ok,kalau awak dah puas hati, next visit kita boleh debond, hari ni kita tak buat apa-apa,so rawatan dah selesai la."

cehhh, punyala saya menuggu sejam lebih, takder apa-apa rawatan dibuat pun.tapi gembira jugak sebab doktor bagi perkhabaran yang baik.hehehehehe.

Next visit adalah pada 24 Jun 2009. Braces akan dibuka,walaubagaimanapun, kena pakai retainer pulak supaya gigi tu tak bergerak semula.

Kenapa saya pakai braces? Bukan untuk cantikkkkk sebab masa tu saya dah kekasih hati so tak bimbang sangat.heheehheheh. Sebenarnya sebab masalah kesihatan di mana gigi rabbit saya yang dua batang kat depan tu duduk bertenggek antara satu sama lain,bila saya minum ais or makan aiskrim sungguhla sakit berdenyut-denyut.sungguhla seksa.tu yang sebok nak pakai braces.

Rupa-rupanya pakai braces lagi seksaaa wehhh!!! tiap kali selepas temujanji dengan doktor, mesti seminggu saya kena makan bubur or makanan yang berkuah.sakit sampai tak boleh nak menggigit.seksaa memang seksa!!!

Nasihat saya kepada mereka yang TERINGIN nak pakai braces sebab nak cantik,lupakan niat baik anda melainkan anda jenis yang sanggup merana untuk cantik, anda boleh teruskan niat anda itu.





9 comments:

MS said...

ku yang membaca pun tumpang terseksa.

anyway takpe jap lg gg mu akan cantik berseri he he

farah225 said...

aku sebenarnya malu nak jumpa korang ritu sbb gigi ku biru.hehehehh

Ms Lola said...

Oh, aku mmg berniat nak pakai bracdes sbb ada gigi jarang. Nanti lama2 ada pergerakan gigi bagai... makin melopong lah gigi2 ku

farah225 said...

cik lola,
kalau nak pakai jangan tangguh2, bil gusi dah dewasa(bukan tua okay!) lagi sakit weh! dr aku ckp,aku better datang masa umo muda remaja(16-18)tp nak buat camno dah terlambat!

mamaDhea said...

farah,
aku pon mmg ada niat nak pakai braces.. tp ongkosnya, err, mahal kan?

cmane prosedur utk pasang braces ni sebenarnye?

knv said...

bila dah bukak braces jgn lupa amik gambo gigi cantik tersusun yea...

:)

Anonymous said...

ngehehe..sebenarnyerkan...ari tuh masa aku jumpa hang..serius aku taksub rel besi kat braces hang tu warna biru beb! hihihi...mak jakuns gilos..sbb partner mak kat opis ni pakek gak braces..tp di punyer warna kuning!!!! ngeeee

farah225 said...

mamadhea,
kalau buat kat gomen murahla tapinyer kena 'beratur' panjang ler.aku dl, waiting list jer dah dekat setahun.kalau private tu harga dia memang boleh buat bayar down payment keta:)

kak non,
bila doktor kata nak debond, terus terpikir naperla aku tak amik gambar masa mula2 nak pakai dulu.

madam,
so hang dok tenung kat gigi aku la masa dating ritu?aku tak suka yang color2 sebenarnya.masa kt jb dl dr kat sana suka yg color natural jer.tapi kat kelantan ni suka yg color2.ko tau anak buah hb penah sound "tudung mak de sedondon la" aku ingat sedondon ngan baju.dia kata takkkkk....errr sedondon ngan gigi.isk isk isk sabor jerla aku.

Anonymous said...

farah,
kahkahkah...anak buah hang mmg keji..kahkahkahkah...ya ampon!