Wednesday, February 13, 2008

boss oh boss

ermmm.. dah lama aku tak update blog aku nih!! seminggu dua ni memang bizi tahap gabanzzzz (bak kata kak niza).minggu lepas bos aku cuti seminggu,so kena ganti dia,manyak menda nak kena settle, plak tu, tiap kali cuti dia cuti panjanggggggg, ada jerk big problem yg datang.nasib aku la labu,ongat dia coti,bolehler aku berfoya-foya.ermmmmmmmmmmmmm.....minggu ni plak ada meeting pegawai kanan,dok bz prepare laporan pulak. rini bos pi meeting tu,so bolehla aku berfoya-foya sikit.heheheheheh.

mula2 skali, bos i mintak maaf.bukan niat nak mengata bos tapi nak luahkan perasan.buleh??
bos aku ni memang tersangat baikkk orangnya.mula2 dia datang sini (2 thn lepas) masa tu aku selalu segan ngan dia.sangatla sopan orangnyer,kalau dia mintak kita buat apa2 leh cakap "farah,sorry, boleh tak u buat ni". uisssshhh segan weii,bos mintak maaf ngn kita.dah kita ni anak buah dia,arahkan jerla,takyah main sorry2.heheheehhe. pastu bos aku ni jenis FAMILY MAN.apa2 hal pon, family first.so aku syukur sangat sebab dia faham keadaan aku,jarang ler dia mintak aku outstation.thanx boss.:)

but, lately, aku rasa cam bengang jerk ngan dia.skang ni memang banyak keje giler.pastu plak big boss dah bertukar so cara kerja dah bertukar jugaklah. memang aku tengok boss aku pon manyak tension tapi...aku tak suka la cara dia kerja tu, macam cincai jerk. skang words yg slalu kuar dari mulut dia "LANTAKLA" , " KITA DAH AMIK TINDAKAN". aku bagi contoh ek, last week ada satu aduan,so dia mintak aku issue surat soh officer kt district amik sampel then hantar ke satu lab kt jb ni, aku dh call lab tu, bitau nak anta sampel tp lab tu kata takleh analyse so aku bitau jerk kat dia, dia kata "u tulis je nama lab tu, lantakla, yg penting kita kita dah amik tindakan". huhuhhuhuhuhu,nape la bos aku macam tu. dia kira dah lepas tanggungjawab dia bila big big bos tanya.

lagi satu, dia suka nak amik tindakan terburu-buru.pastu bila timbul masalah baru la haru.kami yang kecik2 ni jugak yang tension.kerja pon macam tak sistematik.

oleh kerana dia ni 'family man', time balik pon kena on the dot. pukul 4.30 dah nak chow (dia masuk kul 7.30am). kitaorang balik sampai kol 6.30 pon tak kisah (sepatutnya blk kol 5.30pm).pastu dah balik umah siap call order itu ini.

hari ni plak, dia tgh meeting ngn big bos n big big bos, dah baper kali dok call, order itu ini lagi.heheheeheheh.boss kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......

sekian, sesi aku mengumpat boss aku.sorry banyak2 yer boss, boss jangan tension2 nanti kami pon tension sama.pehtu janganla kita buat keje asal siap, tak syiokkk ar lagu tu.k.

No comments: