Thursday, January 1, 2009

Al-Fatihah

Petang semalam dalam pukul 4.30pm,aku masih kt ofis.adik aku call,bagitau atuk aku dah tenat sangat.acelly atuk aku ni dah lama sakit,sakit tua.tapi start hari sabtu lepas agak tenatla.lepas dapat call,aku bergegas solat asar terus balik.sampai kat rumah atuk dalam kul 5.10 pm.Masa aku sampai tu,mak aku,makcik2 pakcik dah bengkak-bengkak mata,dok ajar atuk aku mengucap.sepupu-sepupu semua pakat dok baca yaasin.

Dalam pukul 5.50pm.keadaan dia makin tenat.akhirnya 6.oo pm 3 Muharam 1430 bersamaan 31 Disember 2008,atuk aku kembali ke rahmatullah. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Damailah bersemadi di sana.

Jenazah selamat dikebumikan malam tadi jam 9.45pm.selepas pengebumian,hujan turun selebat-lebatnya seperti turut memahami kesedihan hati anak cucu Ustaz Muhammad Sibawaih.

No comments: