Wednesday, December 31, 2008

handbag aku hilanggg...uwaaaa!!!

aku tengah sedih giler nih!
handbag aku kena curik.anak sapola yang dok pandai nak mencurik handbag aku tuh.

citer dia macam ni,25hb hari tu,majlis perkahwinan adik aku.hari sebelum tu abah aku pesan dah,semua beg2 n barang berharga simpan kat bilik dia,nanti dia akan kunci pintu bilik. peringatan tu dibuat ekoran daripada berita mengenai insiden kehilangan barang berharga di beberapa majlis kenduri macam tu. pagi tu,aku dok sebok simpan duit hantaran adik aku,kuarkan dari bekas yang pengantin lelaki bawak,susun elok2 dan masuk sampul kasi abah aku simpan.berhati-hati la kunun! hantaran adik aku tu selamat la abah aku sorok.

handbag aku pulak,aku simpan lam almari kat dalam bilik aku.almari tu tak berkunci.aku cam tak sangka la boleh kena curi sebab bilik tu sepupu2 aku dok kuar masuk.maksudnya aku percayala.nak dijadikan cerita,bilik aku tu,memang dekat dengan pintu dapur belakang.so saper yang curik tu memang senang la nak lari.memang pintu terbuka luas la untuk dia.

memang s*al saper yang amik sebab memang MENYUSAHKAN hidup aku.dalam handbag tu ada purse.so korang taula,kalau lam purse semua pengenalan diri ada kat dalam tula.yang hilang nyer, mykad aku,mykid bebdudak,lesen memandu, 2 kad ATM, 1 kad kredit aku.yang aku sedih sangat,tula handbag yang paling mahal aku beli.huhuhhuuh.tapi nak wat camner,redha jerla.mungkin nak dapat handbag yang lagi cantik kot.muhahahahahha.

6 comments:

Rizza said...

memang cam tu le biase nye bile ade majlis kenduri kendara... ade je org2 yg mengembil kesempatan

beringat2 la ye...

mamaDhea said...

kitorang pon klu ade wat kenduri kendara ni sume brg berharga simpan satu tempat.. wlpon yg dok kuar masuk tu sedara mara kita jugak.. kang tak pasal jd gaduh tuduh menuduh pulak..

hehe..bole laa minta hubby beg baru.. ;P

Mommy Harith Hannah said...

dalam sedey2 tue, sempat juga buat lawak yer... ekekeke...

yelah, ader chance mintak handbag baru... maybe lagi best dari yg dah hilang tue... ;)

farah225 said...

mamadhea & mummy hnh
gituler kekdahnya.nampaknya ada rezeki dpt handbag baru.heheheehh.

Ms Lola said...

Ya,... kalau handbag hilang ni mmg nyusahkan org jah! Hish, mintak simpang

farah225 said...

pg td call Jab Pendaftaran sbb ritu lupa nak buat mykid Haris n Hanis.jawapan sungguh ler menguciwakan.mykid hanya dikeluarkan sekali sahaja dalam hidup.so kena tunggu buat mykadla.maknanya,mak kena usung birth cert la pas ni,kalau nak ke mana-mana.memang mengong sungguh le saper yg curik handbag aku tuh.