Tuesday, December 16, 2008

anakku pergi sekolah

balik kerja petang semalam, mak aku bagitau yang sepupu aku dah pi daftar anak dia kat tadika zhilal an-nur, tadika yg aku nak antar haris jugak.sebenarnya dah lama nak pegi,tapi tak sempat,3 minggu lepas aku call, staff kat situ cakap dah boleh hantar bln 12 ni,untuk sesi taaruf (orientasi- tadika pon ada orientasi yer!). Pembelajaran bermula jam 0830am - 1130am.

malam tadi aku pon pi la rumah sepupu aku nak menanyala apa yang patut.dia bitau yang anak dia (nama muslim-best fren haris skrg) dah register.dah siap beli uniform skali.masa depa tunjuk pakaian seragam tu,si muslim sebok dok buat keluar kasut dan beg sekolah dia.semangat cakap nak gi sekolah.depa tanya haris,nak pegi sekolah tak.si haris ni tunduk-tunduk malu nak jawab.

bila balik rumah,aku tanya dia, 'haris nak sekolah?"
dia angguk.aku cakapla 'kalau nak pegi sekolah,esok kena bangun awal la'.
dia angguk so kami pon sama-sama masuk tidur.
pagi tadi,seawal pukul 6 pagi dia dh bangun.aku tanya lagi 'haris nak sekolah?'. dia angguk.
aku pulak yang rasa semangat dan teruja.heheehehhe.
pukul 7.30 am aku tanya lagi nak pergi sekolah ke tak, dia jawab 'taknak'.nak duk ngan wan.
ah sudah,tadi cakap nak pegi.ni taknak pegi pulak.
tiba-tiba muslim naik kat rumah aku,dah siap pakai uniform baru,pakai bag sekolah.
haris apalagi,dan dan tu jugak ajak mandi, terus pakai baju cari beg sekolah dia.aku cakap telefon abah dulu bagitau haris nak pergi sekolah. Berikut perbualan di antara anak dan abah

haris: hello,abah,aris nak g sekolah
abah: ok,hris pegi sekolah elok2.nanti abah abah balik kita pegi beli beg
haris: abah beli doh kae beg ko haris (kecek kelate)
abah: aaa.takperla kalu dh ada beg,nnt kita pegi beli kasut
haris: ok.haris nak gi dah ni.
abah: ok babai.

sampai kat sekolah,haris ok jer.sama2 turun ngan muslim.pastu sepupu aku tu terus balik lepas serah anak dia kat cikgu.aku nak buat urusan pembayaran yuran dulu.tiba-tiba jer anak buah aku tu melalak tak hengat.jerit nak balik,nak balik.haris dah hijau biru dah muka dia masa tu.aku pujuk-pujuk cakap nanti blaja ngan cikgu.nampak ok sikit.pastu aku cakap kata nak keluar sekejap nak tengok adik kat luar (mak aku ikut bawak hanis skali). dia angguk.aku terus keluar,settlekan pembayaran yuran terus balik.

Pukul 12 tadi,aku call rumah,tanya mak aku camner haris balik sekolah.dia kata ok jer.hepi jerk.excited nak pakai uniform sekolah dia.harap esok okla jugak.nak pergi sekolah.

nota: macam tak percaya anak aku dah sekolah.sekejap jer masa berjalan.dah 'dewasa' dah aku.kuang kuang kuang.

6 comments:

mamaDhea said...

terer seyy haris kecek kelate... hihi :D

farah225 said...

weh bukan setakat terer.pekat melikat dah.kalah mama.heheeheheh

Ms Lola said...

ala baiknya haris.. kalau anak aku, kalau ada org teroffer 2 kali, dia tak beri peluang. dia amik jugak offer tu!

Ms Lola said...

btw, ko patut letak translation skek kat ayat-ayat kelantan. Aku td melahu dlm bbrp saat jugak la nak digest ayat haris tu! hahaha

farah225 said...

weh cik lola,ko kan panda kecek kelate.heheeheheh.ok nnt aku letak translation utk kebaikan semua pihak.hehehehhe

p/s: hari ni mcm tk baper nak gi sekolah.aku mintak cik na dia tolong hantar.sekolah masuk 8.30am.aku janji kalau dia pi sek,aku beli color pencil ptg karang.:)

Fauziah said...

salam farah. u dah pindah kelantan yer? tak sempat nak small gath kat jb... hehehe...

anis dah berjalan? anak i belum lagi tapi dah berpaut2. masih nak tegapkan kaki untuk berdiri.