Tuesday, May 12, 2009

Selamat Hari Ibu!

Selamat Hari Ibu untuk semua yang telah bergelar ibu,mama,mak,mommy,ma. Rasanya belum terlambat untuk saya menitipkan ucapan ini kerana bagi saya setiap hari adalah istimewa dan setiap hari adalah hari ibu (cewahh..ayat cover sebab tertinggal keretapi).

Teristimewa untuk MA saya,
Dikaulah RATU di hatiku
Terima Kasih atas KASIH SAYANG dan PENGORBANAN yang dicurahkan
Sesungguhnya DARJAT seorang IBU sangat TINGGI
Bila dah bergelar ibu ni, baru long tahu camner beratnya tanggungjawab itu
tetapi kasih sayang seorang ibu itu IKHLAS dan diberikan tanpa SYARAT.
I LOVE U MA.........

di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat sekalian...
walau dimana kita berada terutama yang memang tinggal berjauhan dengan parents, rajin-rajinlah balik kampung menjenguk mereka. Bila meniti penghujung usia, tiada apa lagi yang diharapkan oleh mereka,hanya satu, ingatan dan kasih sayang anak-anak. Adakah kita merasa cukup tanggungjawab kita dengan mengirim RM 200 , RM 500, hatta RM 1000 sebulan? kemudian kita hanya balik menjenguk mereka sekali setahun? tupun masa hari raya.nasib ada hari raya, kalau tak, rindunyerr ibu dan ayah dengan kasih sayang anak cucu.

orang terdekat dengan saya pernah kata macam ni
" aku takper anak tak balik jenguk pun,asal hantar duit cukup bulan-bulan"

kalau diperhalusi, apakah maksudnya jika parents kita mengucapkkan kata2 begitu sedangkan kita tau mereka memang tidak memandang material dan harta mereka pun dah melebih2 malah memang boleh diberikan kepada anak2 sebagai pusaka sekiranya mereka tiada nanti?

Allah itu Maha Adil dan Maha Pengasih dan Penyayang. Kita juga mempunyai anak dan kita adalah sebagai role model mereka. Apa yang anak-anak akan fikir sekiranya mereka melihat ibu bapa mereka amat susah untuk balik kampung? Mesti terfikir di benak mereka yang balik kampung itu tak penting kan? Tidak mustahil bila sampai giliran kita, keadaan sama akan berlaku, kita menghitung bila la anak cucu nak balik jenguk atuk & nenek yang dah tua ni...ke tak panjang umur nak tengok wajah anak cucu yang dirindui.

Walau sesibuk mana pun kita, ingatlah ibu ayah kita di kampung. Inilah masa untuk membalas jasa mereka, ketika mereka masih ada (walaupun jasa itu tak terbalas). Jika mereka telah meninggalkan kita, baru kita tersedar, masa itu sudah terlambat.

3 comments:

mamaDhea said...

selamat hari ibu farah.. ;)

farah225 said...

slmt hari ibu utk ko jugak k.:)

Anonymous said...

wah....selamat belated hari ibu buleh nyah? :p
btw, aku hari2 dok ngadap ibu aku nyah...kes dok sejengkal drpd umah mak la ni..wakakaka