Thursday, May 7, 2009

saya juga tengah pulun

Semasa blog tour sebentar tadi saya terjumpa posting ini.
Kebetulan saya juga sedang berbuat perkara yang sama,bukan setakat buat tapi tengah pulun.

Mamadib hang ok lagila,tinggal 5 hari lagi.saya????kedua-dua jari di tangan saya masih tidak cukup lagi untuk menghitung berapa hari lagi saya harus mengganti.kena tambah jari di kaki lagi baru cukup.

Kenapa begitu banyak???

Begini ceritanya. Ditakdirkan Allah saya dijangka bersalin anak sulung saya pada 17 Oktober (lbh kurang 13 ramadhan) pada tahun 2005. Tapi bb comel saya tu excited sangat nak tengok dunia, maka pada 6 Okt 2005 (bersamaan 2 ramadhan) telah keluar tanda-tanda dia nak keluar.maka bermula hari itu saya tidak berpuasa.Walaubagaimanapun, dia kuar pada 4 ramdahan. Bila dihitung, saya kena ganti puasa sebanyak 29 hari. Ditambah pulak puasa tahun 2004 sebanyak 6 hari ( saya berkahwin bulan syawal-nov 2004). Jadi total adalah 35 hari

Pada tahun 2006, saya telah menggantikan 5 hari (kalau tak silap,lupa tapi ada tanda dalam diari). saya tak mampu nak berpuasa lebih sebab saya ni jenis hipo dan ditambah pulak menyusukan anak. Mak memang melepek kalau puasa, memang macam kain buruk nyah!!!

Pada tahun 2007 (awal tahun) saya disahkan mengandung lagi.owhhh saya memang fobia jika terkena bulan ramadhan lagi.bila check,kena akhir ramadhan.ok la jugak.tupun, masih bimbang jika si comel yang kedua ini serupa macam abangnya excited nak tengok dunia jugak.Tahun 2006 saya mampu menggantikan puasa 5 hari jugak (dah kena bayar fidyah). Pada 27 ramdhan saya kena admit sbb bb tak berapa gerak,dah masuk hospital doktor VE maka dengan sendiri terbatalla puasa. Baby hanis kuar pada 2 syawal.tetapi 3 hari terakhir saya memang tidak berpuasa.

Tahun 2008 saya ada 28 hari yang perlu diganti. Situasi 2008 sama seperti 2006.maka tahun ini juga saya tak mampu nak mengganti banyak hari. Saya mampu mengganti 6 hari sahaja. Tahun 2009 saya dah ganti sebanyak 8 hari.Maka saya ada 13 hari lagi yang perlu dihabiskan. Saya perlu pulun walaupun sampai tergolek tahun ni sebelum 22 Ogos sebab tak sanggup nak bertambah lagi tahun. ni

Semalam paling teruk.Pukul 11.30am saya rasa memang tak bermaya.muka pon seposen dah.yang paling terjejas saya lansung tak boleh fokus pada kerja saya,halusinasi,tenggelam dalam dunia sendiri. Nasibla tak masuk lab semalam,kot tak ngan solvent2 kat lab tu saya teguk.saya hampir-hampir nak berbuka (masa tu rasa macam umo 7 tahun masa baru mula-mula belajar puasa).Hanya Allah sahaja yang tahu.Memang rasa macam kain buruk la.Saya tahan juga, kalau tak,sampai bila pun tak habis gantinya.

Saya baru selesai menanak nasi untuk dijadikan bekalan sahur pagi esok.menu biasa sahur saya: nasi putih+telur goreng, milo panas,air suam.semalam saya tak sempat nak jamah kurma sbb dah nak imsak. pagi nanti saya nak telan kurma sebanyak boleh agar boleh bertahan sampai petang. Semoga Allah memeri kekuatan saya untuk mengharungi perkara ini.

3 comments:

MS said...

slamat mengganti puasa beb.
ingat kurma-kurma ha ha

saya memang wajibkan makan kurma banyak2 untuk menambahkan tenaga.

btw hari ni tak puasa uwaaaaa terbabas tidur, tak berani puasa takpa sahur

farah225 said...

weh aku td pon tersedar 5.20.nasib sempat goreng telur n buat milo secawan.aku abis makan,ngam2 orang nak azan subuh.uhuhuhhuhu

maya amir said...

mmg kene pulun tu beb.. all the best:)

p/s : camne jumpe farah ari tu beb?