Tuesday, June 24, 2008

Solid Food For Baby Hanis

Bb Hanis dah genap 8 bulan minggu lepas.Dia start makan masa umur 6 bulan.so far aku memang enjoy masak untuk dia sebab dia memang berselera makan.minum susu banyak, makan pon banyak.
Antara resepi makanan Bb hanis:

masa mula-mula start solid, aku masak bubur kosong,memang laju la.hari 1st dia boleh habis 5-6 sudu (sudu KFC).kira banyakla tu utk permulaan.dia makan bubur kosong ni lebih kurang seminggu.

minggu kedua, aku tambah carrot lam bubur dia,yang ni pon dia laju.pastu try letak kurma.kurma ni dibuang kulit dan biji.kali ni lagi laju.rupanya dia suka yang manis.

minggu seterusnya,aku tambah buah-buahan lam bubur.dek 'kerajinan' aku campur jer semua dalam bubur.tak sempat nak asingkan puree buah dan bubur nasi.hehehehe.antara buah yang biasa aku letak epal, pear, pisang (pisang biasa buat masa weekend sbb kalau hantar nursery, mesti dah bertukar jadi hitam,tak selera nak makan).buah-buahan ni dipotong dan dicampurkan ngan bubur yang telah dimasak, kira fresh la, lepas tu baru blender.so kira gilir2:
1. bubur nasi+epal+kurma
2. bubur nasi+pear+carrot/potato
3. bubur nasi+pisang
beras pun aku selang seli beras biasa dengan beras perang.

dalam dua tiga minggu lepas, aku dah tambah ikan bilis dan sayur-sayuran hijau dalam bubur dia.ikan bilis tu campak jer terus masa nak tenggek bubur tu.buat macam tu bilis tu lagi lembut berbanding goreng (tanpa minyak) pastu blend.kalau dah masuk lam bubur terus nanti blend dah hancur.
kali ni, dah bertambah sikit ramuan untuk buat bubur:
bubur nasi + ikan bilis + sayuran (sawi/bayam/celery/carrot) + buah (pear/epal/pisang/anggur etc) - dia suka yang rasa manis2 :).

4 comments:

cysev3n said...

aku belum try bagi zeri bubur + buah lagi.. balik2 ikan bilis, carrot.. so far, dia dah jemu dgn ikan bilis.. kah kah kah.. aku nak buat ayam plak lepas ni..

tp tang buah tu, pernah la potong2 lai, epal.. suap..

farah225 said...

weh,aku penah dengar kalau carrot hari2,overdose pon bahaya gak.
ni kisah benar, tp org tuala,hari2 minum carrot susu,lama2 badan dia jd kuning, pi jumpa dr, dr kata overdose.

aku pon belum cuba ayam.nanti ar dl.aku ni terlebih 'rajin'.tu yg campak semua lam bubur dia.hehehehe

Rizza said...

wow,...masing2 wat experimen ye

hehhe tak tau le betul tak tu hari2 carrot
yg aku pernah buat...hari2 bubur + sayur2 termasuk carrot... (brokoli, couliflower, carrot)..hehhhe dah lepas setahun tu baru le aku bagi ayam..hhehhehe nasib le labu..... sekarg ni...semua sayur dia bedal.... ayam ok, daging pun ok..ikan bilis pun bedal.....hehheh
rajin2 le masak ye...hahhahha hehheh

Crazee Choc's said...

Pagi td aku buat bubur letak isi ikan + celery (siap di blend)