Friday, May 23, 2008

Sweet 17

hepi birthday to me:)

hepi birthday to me:)

Alhamdulillah semalam genap umur aku 17 tahun.oopppsssss.tu sepuluh tahun dulu.silap daaaa.sekejap jer masa berlalu.rasanya baru celebrate birthday yg ke 17.heheheheehhe.

pagi-pagi semalam, bangun tido, hb wish hepi birthday, semoga panjang umur, murah rezeki dan semoga menjadi ibu yang baik. aku jawab balik, Insyaallah,dengan bantuan abang:).terima kasih abang.

actually janji ngan hb, nak amik half day semalam n dia pun nak balik awal sebab dia jaga exam budak2. nk pi celebrate le kononnya.tapi sampai petang aku keje luar.so tak sempat nak balik awal.dah petang sampai rumah, plan nak dinner tempat yang special sikit tapi tempat tu jauh plak dari rumah so postpone weekend ni sebab tak larat nak pergi jauh-jauh. hubby ajak pegi beli kek dan celebrate kat rumah.so kami pegi amik budak2, pegi angsana, beli kek terus balik rumah.just potong kek rumahla.hb kata,hadiah lambat sikit yer.tak kisahla,bang,janji ada.kih kih kih.

aku memang bertugas baca suratkhabar pagi utk cari isu yg berkaitan dengan jabatan.tup2 terjumpa satu artikel berkenaan hari lahir yang ditulis oleh Ustaz Zawawi Yusoh yang bertajuk Muhasabah Usia - Erti sebenar majlis sambutan hari lahir.

Antara petikan yang membuat aku terpukul.
Sambutan hari lahir sangat penting. Pentinganya bukan kerana majlis hari jadi dengan kek tapi kerana UMUR SEMAKIN MENINGKAT.

Makin meningkat umur maknanya makin banyak umur. Makin banyak umur ertinya makin kurang umur, ertinya MAKIN DEKAT DENGAN MATI.

Tidak salah bergembira dengan majlis itu, tetapi sepatutnya tarikh itu dijadikan peluang untuk bermuhasabah umur bertambah, duit bertambah, anak bertambah, semua bertambah, tetapi sudahkah AMAL SOLEH bertambah? bagamaina dengan SOLAT? makin khusyuk atau masih melayang?
dushhhh.sungguh terpukul .

Di sebalik sambutan hari lahir pengajaran yang sangat penting ialah betapa berharganya MASA dan KEHIDUPAN. Masa itu adalah kehidupan. Sesiapa yang membuang masa sebenarnya sedang membunuh kehidupannya sendiri. Masyaallah.

Akhir sekali, bukan tidak boleh ketawa dan gembira ketika menyambut 'birthday'. Boleh, tetapi jangan sampai terlupa dosa yang sudah kita calari dan kotori.

Selamat hari lahir supaya lahirkan jiwa yang baru dengan cita-cita dan cinta (memang dalam mood bercinta sebab baru habiskan AYAT-AYAT CINTA)

Ya Allah Ya Tuhanku,
Ampunkanlah dosaku, dosa ibu bapaku dan keluargaku.
Berkatilah umurku
Limpahkan rahmatmu pada aku, ibu bapaku,keluargaku dan anak-anakku.
Suburkanlah jiwa kami dengan iman dan taqwa kepadamu Ya Allah.
Aamin Ya Rabbal Alamin.

5 comments:

cysev3n said...

let me the first to wish you selamat hari lahir, semoga murah rezeki, panjang umur + diberkati ALLAH sentiasa hendaknya.. amiin.

farah225 said...

tima kasih cik yan:)

mado_ct said...

hepi belated besday.... hadiah dari aku.nak ke?? hehehhe..

TQ belikan tudung yang teramat2 la cantik..nanti 2minggu lagi mak aku nak pos brg bulehla selit2 tudung tu sekali.

knv said...

happy birthday dik!

the very best wishes for you!

farah225 said...

ct
thanx 4 d wishes.kalu nak kasi hadiah buleh jugak.hehehehe.kata nak pakai raya tudung tu:)

sis ana,
thanx.:)

erm lamanya tak memblogkan diri.mak bz banget skrg ni.huhuhuhuh