Wednesday, May 14, 2008

Abah Ada Magic??

Pagi tadi hangin sungguh aku satu badan. hubby pegi awal kul 6.00am sebab ada aktiviti pagi.masa tu haris n hanis tengah tido. so aku pon macam biasala,buat kerja rutin, cuci botol, masak bubur hanis n settlekan kerja-kerja umah yang lain. hanis bangun awal plak hari ni, tapi okla dia tak mengamuk,sengih jerk,mesti dah puas tido, maklumla tido awal malam tadi.

tengok jam dah kul 7.30am.haris tengah tido lagi.puas la aku kejut,tapi taknak bangun.kesian jugak,tapi nak buat cammana,nak kena kerjakan.

dia terjaga jugak tapi mengamuk la.ditambah pulak mata takleh bukak sebab sakit mata (conjunktivitis).oh ya! aku n bb hanis pon baru baik sakit mata.sakit seh! berdenyut-denyut macam nak tercabut bijik mata.hanis ler buat balik dari taska.sian kecik-kecik,kena sakit mata.
ok back to citer abang haris, dalam ngamuk-ngamuk tu macam2 dia mintak,nak ultraman la, nak seluar lain la, nak coklat ler.sabar jerla aku melayan.yerla takkan nak berkasar pagi-pagi.buat spoil mood aku,lagi kesian kat haris,dahla kena pegi sekolah pastu kena marah-marah lagi.tupun terpukul jugak sekali.huhuhuhhu.dah tak larat nak layan,aku ugutla.mama pegi sekolah ngan adik jerla.aku pon keluar rumah, nyorok belakang pintu.dia punya melalak,satu blok boleh dengar. bila aku masuk,pujuk baik-baik,tak jalan juga. tiga empat kali aku keluar masuk. tengok-tengok jam dah pukul 8.00am. sabar jerla.aku masuk kul 8.30am.dah taktau nak buat apa,aku call hubby, bitau haris ngamuk-ngamuk taknak pegi sekolah. hubby mintak aku pass handphone kat haris.aku letak le hp kat telinga harus.terus diam,dengar jer, abah dia cakap kat dia.lepas tu zuppppp berdesup bangun berdiri kat pintu, pakai seluar ready nak gi sekolah.

pastu berjalan turun tangga elok jerk.turun tu,gerimis plak turun,aku pun buat macam kelam-kabut,cakap hujan kena cepat-cepat masuk kereta.nasib ok,dia dengar kata.sampai sekerat jalan,tanya mana abah dia,aku cakap abah ada kat sekolah tadi abah pegi isi minyak.terpaksa la menipu,kalau tidak,amuk lagi.sampai kat sekolah, ummi dia dah ready tunggu,sebab sekarang ni, memang amuk tiap2 pagi.dannnnn semalammm buat kesekian kalinya kami berkonvoi lagi ke taska bawa anak sorang satu.sabarrrrrrr jerlah.

dah sampai ofis,aku pun call la hubby
aku: abang cakap apa ngan haris? lepas cakap ngan abah terus berdesup bangun
hb: abang kata, jom turun, abah ada kat kereta ni,tunggu kat bawah (tipu lagi!!!)
aku: patutla dia berdesup.macam MAGIC jerk!!!!

yang ni memang akui, hubby aku memang pandai sangat ambil hati anak dia.aku perhatikan haris memang sangat rapat dengan dia.dia pandai psiko.heheehehhe

3 comments:

cysev3n said...

magic la tu.. keh keh keh.. nasib dia tak ngamuk tengok abah dia takde kat bawah tu kan..

laki aku kata, aku garang yaamatz.. sbb tu budak2 takut.. ntah laa..

farah225 said...

tula weh,aku bimbang gak kot ngamuk tanak masuk lam keta.nasib ok.

it me said...

ha ha

abah adib pun ada magic
kalau datang angin si adib dan aku pun datang angin kus2
abah dia laa tempat adib mengadu

nak cakap dgn abah..
bila lepas cakap dengan abah dia
adib akan salam aku dan kata
" lain kali mama jangan buat lagi tau' terus ok