Wednesday, June 3, 2009

semakin jatuh cinta




Bulan ni, genap bulan ke 9 aku bertugas di tempat baru (9 bulan jugaklah PJJ ngan mr.hb). Alhamdulillah, aku amat menyukai dan jatuh cinta dengan kerja-kerja aku sekarang.Memang totally different dengan kerja dekat johor dulu coz dulu aku buat kerja admin.
Kerja sekarang banyak menggunakan ilmu matematik + statistik + kimia + food science yang aku blaja dari sekolah hinggalah ke universiti.
Mula-mula berasap jugak kepala..mana nak ingat camner nak kira molariti, normaliti dan juga basic2 kimia cam rumus M1V1=M2V2 (yang slalu guna) maklumla dah tak guna hampir 5 tahun. perghhhhhh....tergagap-tergagap.....nak tunjuk taktau sangat pon tak boleh..maklumla, kita officer kan.heheheheheh.
Kerja kat lab jugak banyak involve dengan Quality Managemrnt System macam ISO 9001:2000 dan ISO 17025. Banyak menda baru yang boleh blaja. Cuma satu jer yang kurang seronok,tak sempat dan tak boleh (internet asyik problem) nak bertenet kat ofis.kihkihkih.

berhibernasi

aku sekarang tengah berhibernasi coz internet kat ofis memang wenggggg sesangat.dah dekat tiga minggu lansung tak dapat.panggil vendor, vendor kata ok, mungkin telekom yang problem.telekom pulak kata depa nyer part ok.pastu kat HQ pulak banyak cekadak nak urus prosedur nak betulkan semua masalah ni.
kat rumah ada, tapi..... baru je aku on pc,sebelah abang, sebelah adik datang bertenggek.nak tengok ultramanla, kapal terbangla macam-macam.memang tak sempatlaaa bertenet...