Saturday, January 9, 2010

cita-cita?

semalam korang tengok buletin utama tak?
berita pasal PM & Datin Seri Ro*m*h pi melawat tadika PLUS

Berita tu mula-mula macam takder apa yang istimewa. pastu tunjuk la Pak Jib n his madam dok beramah mesra ngan kanak-kanak kat situ.

Madam pon bertanyala. soalan pertama:
Saper paling pandai kat sini?
beriala adik2 tu angkat tangan

soalan kedua:
saper nak jadi perdana menteri?
semua pakat dok angkat tangan

soalan ketiga? aku yang dengar pon rasa nak ketawa:
saper nak jadi ISTERI perdana menteri?
yang adik2 pompuan pon angkatla tangan.nasib tadak lelaki yang angkut.

Aduhhh,adakah menjadi ISTERI perdana menteri boleh disematkan dalam hati sebagai suatu cita-citakah?.macam kelakar pon ada.

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Yang Memberansangkan

Semalam haris dah mula 'bersekolah' di Tadika Islam Bakti, Kubang Kerian.
Aku sangat risau + bimbang kejadian tahun lepas berulang lagi.Harap-harap tahun 2010 ni dia nak pergi sekolah hingga ke hujung tahun laa..

Memula sampai dia dah kasi gempak, dia kata ''mama, haris tak nak turun la'. ah sudah belum apa- apa lagi dah tak nak turun. aku cakap "takleh, mama dah park kereta, pakai selipar, amik beg cepat kita turun'. Nasib dia akur. Turun, kereta, pergi kat cikgu dia, salam dan cium pipi aku terus masuk dengan selamba. Fuhhh...lega...Sebenarnya proses memujuk untuk ke sekolah ni memang ambil masa yang lama, start dari bulan 11 hari tu.Macam-macam cara dah kitaorang pujuk, Alhamdulillah berhasil:)

Masa nak pergi amik, aku rasa nervous macam nak pi interview. Takut dia cakap "mama haris taknak pi sekolah esok". Mak aku dok marah kat aku,jangan dok fikir yang negatif, doa dipermudahkan. Betul juga cakap mak aku. Alhamdulillah, masa amik dia, tengok dia sangat positif.Seronok bercerita cikgu tanya besar nanti nak jadi apa, nak main gelongsor kena beratur, makan nasi + jemput2. Dannn yang paling positif, dan paling mak tak tahan dia cakap "mama, haris kawan ngan budak perempuan, tak kawan ngan lelaki, nama kawan haris elly". wah wah wah advance sungguh anak jantan sorang ni.

Hari ni lagi dia teruja nak pergi sekolah sebab mama dah belikan uniform sekolah- baju melayu warna pink. Tak sabar-sabar nak pakai malam tadi. Bagus Muhammad Haris Ikram...semoga semangat ni kekal hingga ke hujung tahun yer sayang!!

Saturday, January 2, 2010

cuti-cuti Malaysia- bukit gambang waterpark

Untuk menutup tirai tahun 2009, aku n family mengambil kesempatan cuti sempena Hari Krismas ke Kuantan. bertolak hari Jumaat (25/12/2009) dan bermalam di Grand Continental Kuantan (dekat dengan Megamall Kuantan). Aku dah plan nak shopping sebab time ni kan tengah Year End Sale n Sale untuk Krismas:)

Sampai kat bilik hotel, terus selak langsir....pandang bawah tengok ada swimming pool.Ya Allah,mengamuk si haris n hanis nak mandi tolae (pelat + kelantanese- Kolam la tu). Masa tu abah diorang belom sampai dari Johor, so tak kuasa mama nak turun pi kat pool bawak korang berdua k.Tak pasal-pasal mama yang lemas, iyala mama ni tak reti berenang. Nasibla kat bilik ada bath tub. Pujuk punya pujuk, nasibla makan pujuk dua.Berendamla dua orang orang tu kat lam bath tub.heheheehhe. Sabar-sabar yer esok kita pi berendam kat kolam. Malam tu kitaorang pi makan kat seafood restaurant kat Tanjung Lumpur.

Pagi esoknya, lepas breakfast, kitaorang bertolak ke

Sampai jer,terkejut sungguh,punyala ramai manusia, ribu-ribuan.tempat parking sekejap jerk penuh.Mula-mula dah rasa nak balik, panjang giler beratur nak amik tiket. Tunggu dalam setengah jam,Alhamdulillah, dapat masuk.Terloncat-loncat haris n hanis dapat masuk dalam.Tak sabar-sabar nak terjah.Sampai jer kat kolam (cocoa beach) haris terus terjuan sampai abah tak sempat nak salin baju.hanis mula2 takut lepas tu taknak naik..sampai sejuk2..kecut-kecut tangan








Pukul 3.30 petang bertolak balik ke G.Cont Hotel.sampai dalam kul 4. Kul 5.30 masing-masing dah terkulai layu keletihan. Haris n Hanis lena sampai ke pagi. Malam tu aku sempat lagi pi merayau kat Megamall kuantan ngan my mum. Sempatla rembat kasut sepasang, seluar selai.tupun masa tu Parkson dah nak tutup.

Esoknya sempat lagi pusing Teluk Cempedak dan terus bertolak balik ke Kelantan. Petang tu kitaorang berenti lagi kat pantai Penarik, setiu menikmati kereopok lekor, sotong, udang, ikan celup tepung.nyum nyum nyum. Seronok sangat sebab tengok haris n hanis teruja dan gembira dapat cuti-cuti malaysia. Tahun depan nak gi mana pulak yer??