Saturday, January 2, 2010

cuti-cuti Malaysia- bukit gambang waterpark

Untuk menutup tirai tahun 2009, aku n family mengambil kesempatan cuti sempena Hari Krismas ke Kuantan. bertolak hari Jumaat (25/12/2009) dan bermalam di Grand Continental Kuantan (dekat dengan Megamall Kuantan). Aku dah plan nak shopping sebab time ni kan tengah Year End Sale n Sale untuk Krismas:)

Sampai kat bilik hotel, terus selak langsir....pandang bawah tengok ada swimming pool.Ya Allah,mengamuk si haris n hanis nak mandi tolae (pelat + kelantanese- Kolam la tu). Masa tu abah diorang belom sampai dari Johor, so tak kuasa mama nak turun pi kat pool bawak korang berdua k.Tak pasal-pasal mama yang lemas, iyala mama ni tak reti berenang. Nasibla kat bilik ada bath tub. Pujuk punya pujuk, nasibla makan pujuk dua.Berendamla dua orang orang tu kat lam bath tub.heheheehhe. Sabar-sabar yer esok kita pi berendam kat kolam. Malam tu kitaorang pi makan kat seafood restaurant kat Tanjung Lumpur.

Pagi esoknya, lepas breakfast, kitaorang bertolak ke

Sampai jer,terkejut sungguh,punyala ramai manusia, ribu-ribuan.tempat parking sekejap jerk penuh.Mula-mula dah rasa nak balik, panjang giler beratur nak amik tiket. Tunggu dalam setengah jam,Alhamdulillah, dapat masuk.Terloncat-loncat haris n hanis dapat masuk dalam.Tak sabar-sabar nak terjah.Sampai jer kat kolam (cocoa beach) haris terus terjuan sampai abah tak sempat nak salin baju.hanis mula2 takut lepas tu taknak naik..sampai sejuk2..kecut-kecut tangan








Pukul 3.30 petang bertolak balik ke G.Cont Hotel.sampai dalam kul 4. Kul 5.30 masing-masing dah terkulai layu keletihan. Haris n Hanis lena sampai ke pagi. Malam tu aku sempat lagi pi merayau kat Megamall kuantan ngan my mum. Sempatla rembat kasut sepasang, seluar selai.tupun masa tu Parkson dah nak tutup.

Esoknya sempat lagi pusing Teluk Cempedak dan terus bertolak balik ke Kelantan. Petang tu kitaorang berenti lagi kat pantai Penarik, setiu menikmati kereopok lekor, sotong, udang, ikan celup tepung.nyum nyum nyum. Seronok sangat sebab tengok haris n hanis teruja dan gembira dapat cuti-cuti malaysia. Tahun depan nak gi mana pulak yer??

No comments: