Wednesday, April 22, 2009

braces-debond


Pagi semalam saya ada temujanji dengan doktor orthodontik saya. Saya sampai di klinik ortho jam 10.15 pagi dan setelah menunggu hampir sejam setengah,barulah tiba giliran saya.
Masuk je di bilik rawatan, saya ditanya oleh nurse sekiranya saya ada apa-apa masalah dengan gigi dan braces saya sementara doktor pakar ortho sedang merawat pesakit lain. saya mengadu tentang gusi saya yang berdenyut-denyut di kawasan 'space' yang telah tertutup selama seminggu. nurse tersebut menyatakan itu adalah keadaan biasa di mana sel-sel di kawasan berkenaan masih aktif untuk merapatkan gigi tersebut.
Lima minit kemudian, doktor datang pada saya dan melihat keadaan gigi saya.oohhhhh,sebelum tu saya diberikan cermin untuk menilik gigi saya itu dan doktor memberi komen:

''oh...good...gigi awak dah sama.semua space dan tertutup. next visit bolehla kita debond"

dengan spontan aku menjawab, "yerker doktor? itu yang saya nak dengar, kalau doktor tak bagitau pun,memang saya nak tanya bila boleh bukak braces ni".

doktor bertanya lagi : "awak dah puas hati? kita kena tanya pemunya projek (tuan punya gigi) jugak. kami di sini hanya kontraktor.

saya membalas lagi: "Alhamdulillah saya dah puas hati,lagipun dah lama sangat dah doktor, dari bujang sampai saya beranak dua tak bukak2 lagi."

untuk pengetahuan,saya memulakan rawatan ni masa saya di tahun akhir di UKM.start pasang braces sebelum saya berkahwin pada November 2004. Kira-kira 4 tahun setengah.

doktor berkata lagi: "ok,kalau awak dah puas hati, next visit kita boleh debond, hari ni kita tak buat apa-apa,so rawatan dah selesai la."

cehhh, punyala saya menuggu sejam lebih, takder apa-apa rawatan dibuat pun.tapi gembira jugak sebab doktor bagi perkhabaran yang baik.hehehehehe.

Next visit adalah pada 24 Jun 2009. Braces akan dibuka,walaubagaimanapun, kena pakai retainer pulak supaya gigi tu tak bergerak semula.

Kenapa saya pakai braces? Bukan untuk cantikkkkk sebab masa tu saya dah kekasih hati so tak bimbang sangat.heheehheheh. Sebenarnya sebab masalah kesihatan di mana gigi rabbit saya yang dua batang kat depan tu duduk bertenggek antara satu sama lain,bila saya minum ais or makan aiskrim sungguhla sakit berdenyut-denyut.sungguhla seksa.tu yang sebok nak pakai braces.

Rupa-rupanya pakai braces lagi seksaaa wehhh!!! tiap kali selepas temujanji dengan doktor, mesti seminggu saya kena makan bubur or makanan yang berkuah.sakit sampai tak boleh nak menggigit.seksaa memang seksa!!!

Nasihat saya kepada mereka yang TERINGIN nak pakai braces sebab nak cantik,lupakan niat baik anda melainkan anda jenis yang sanggup merana untuk cantik, anda boleh teruskan niat anda itu.





Saturday, April 4, 2009

La Hot Spring


Kejadian ni dah sebulan berlalu,tapinyer tak sempat nak post sebab baru sempat upload gambar.hehehehe. sebulan yang lepas kitaorang ke la Hot Spring.abah ada buat program kat sana,kitaorang biasala,jadi ekor.heheheehhe.

dulu-dulu aku pernah pegi, sekali jer,tupun masa kecik-kecik dulu. La Hot Spring terletak di Kampung La, Hulu Besut. Air dia memang panasla.biasa orang datang kat sini berendam untuk sembuhkan penyakit kulit dan lenguh-lenguh sendi. Air panas La dikatakan mengandungi natural sulphur. Orang kata kalau letak telur dalam tu memang masakla telur. Masa pergi hari tu tak ler pulak mencuba rebus telur kat situ.

Air yang keluar dari celah-celah batu memang panas & menakung di dalam kolam seperti gambar kat bawah

Nampak tak kelam berasap dari kolam tu?? Memang panas air dia, aku ambik masa 15 minit warm up, baru boleh rendam dua2 belah kaki.my mom boleh rendam sebelah jerk. Lupa pulak nak bawa termometer.rasa-rasanya 50 degree suhu dia sampai kot. ntah ntah lagi tinggi

dari takungan kolam kat atas, disalurkan ikut celah-celah batu ke tajungan ke-2. yang ni kurang sikit tahap kepanasan dia.tupun setakat rendam sampai ke pinggang.tak mampu dah rendam satu badan

Seterusnya air dari takungan ke-2 mengalir turun pada batu (kat tempat aku menyandar).yang ni memang best.memang sebijik cam sauna. sauna free punya la. air tadi seterusnya bercantum dengan aliran sungai yang sangat sejuk (kat bahagian kaki aku). Sungguh indah ciptaan Allah kan!

kanak-kanak riang ini sangat seronok menghayati Alam Ciptaan Allah yang sungguh indah ni.puas la ajak naik,taknak naik.sampai biru bibir mulut pun masih berdegil nak berendam

Friday, April 3, 2009

nak sayang abah

malam tadi pergi hantar mr.hb kat stesen bas.biasa haris pergi dengan tok ayah dia jer.sebab kalau aku ikut nanti hanis mengamuk start dari abah dia turn kereta sampai ke rumah nak ikut abah. malam tadi,kebetulan hanis tidur so aku menggatal la nak ikut jugak.

sampai kat stesen bas, mr.hb dukung haris pegi beli gula-gula (umpan la tu!). lepas beli gula2,abah dia nak letak balik dalam kereta. aku cakap ngan haris

"haris, salam, sayang (read:cium) abah"

tiba-tiba dia buat muka merajuk taktau pasal apa.puas suruh salam dan sayang abah dia.taknak jugak.abah dia ambik beg, tok ayah pun terus jalan kereta.

tiba-tiba dia mengamuk

"nak sayang abah, haris nak sayang abah"

" tadi mama suruh sayang abah taknak,abah dah pergi baru nak sibuk sayang"

haris ngamuk sampai rumah nak sayang abah dia.ahhhh...tersentuh jugak naluri keibuaan aku.hati menangis tengok anak bersedih kena tinggal (mama pon sedih jugak wehh!). nak nangis malu pulak kat abah aku.

aku pun terus call mr.hb.bagitau anak dia mengamuk nak sayang dia.abah dia pun kiss la dari jauh muaahhhh.suruh haris balas.dia balas kata

"haris taknak sayang talipon,haris nak sayang abah". setengah jam jugak nak bagi reda.

aku bagitau mr.hb.nak kena beli hp 3G nampak gayanya macam gini. al-maklumlah mama n abah tak canggih,pakai talipon pun yang cikai jerk.....



p/s: tukar signature baru.heheeheh.takdok khoje....

Thursday, April 2, 2009

merajuk

anak dara comel aku tu kuat sungguh merajuk

tak kena sikit, merajuk, hempas2 badan,baling-baling barang
semalam abah dia mintak air,aku pun bawakla cawan berisi air nak kasi kat abah.

dia pun sibuk jugak "air, air'

aku menonong jer kasi kat abah dia air tu.
apalagi......berguling-guling..siap hempas-hempas badan.

abah dia panggil 'hanis, meh sini mainum air ngan abah'
sua kat mulut dia.terus senyap.

memang tak boleh disekat anginnya.
mama kena teliti sikap anak nombor dua ni.
dah tau peel,senang nak handle.
so sesaper anak nombor DUA, tolong share character anda plssss!!!

cuti

semalam aku masuk bilik boss, bawak borang suh dia sign nak mintak cuti
biasa dia tanya, nak cuti kenapa (ehhh suka atila kan cuti nak buat apa)
semalam dia tak tanya,sign borang aku tapi senyum semacam jerk

aku keluar bilik dia ,citer kat opismate, depa kata bos tak ikhlas tu bagi cuti
ahhhhhh aku kira apa.asal dia sign,ikhlas tak ikhlas belakang kira
tahun ni cuti aku ada 34 hari lagi.nak simpan buat apa kan
dah mr. hb mintak aku cuti,katanya nak spend masa sama-sama.
mana lagi penting???? family ker kerja? bagi aku, family first okkay!!!

Wednesday, April 1, 2009

demam rindu

last week mr.hb janji nak balik hujung minggu lepas tu nak sambung cuti isnin dan selasa (kelantan cuti keputeraan sultan @ disebut pujomo = puja umur). tup tup hari jumaat call,tak dapat balik weekend sebab kena pi KL.aduhh frust sungguh sebab kebetulan ofis abah aku ada buat family day kat sweet beach resort aku dah mintak abah booking satu bilik untuk aku.
walaupun mr.hb tak dapat pegi, pagi isnin tu, kitaorang pergi juga.bawa haris n hanis ikut tok ayah, wan n cik su.masa nak pergi tu dah rasa macam badan hanis panas.ehhh... budak ni macam nak demam jerr.dahla nak gi pantai ni.sampai kat sana,dia asyik tidur jer.malam pon ngamuk,tak berapa nak tidur.rasanya sebab dia nak tumbuh gigi kot.
Pagi semalam mr.hb sampai.kitaorang dari sweet beach tu terus menyinggah rumah PIL.resort tu pulak ke rumah PIL dalam 3km rasanya.mr.hb dah tunggu kat situ.hanis seronok sangat jumpa abah dia.tak nak turun,asik nak berdukung ngan abah.nak mandi ngan abah,nak pakai pampers ngan abah,baju suh abah pakaikan.mama nak tolong ditolak mentah-mentah.tak heran dah ngan mama.malam tadi dah kebah demam.tak sempat bawa pegi klinik.memang rindu sangatttlaaa kat abah tu.Jumpa abah terus hilang rinduu yer.
Pesanan untuk sahabat2, adik2, sepupu sepapat yang tengah melalui PJJ (terkesan ngan entry cik nelcy)
Jangan sedih-sedih(pujuk hati sendiri).
Saya amat memahami perasaan kalian
Bukan hanya anda seorang yang sedang melalui saat sukar ini.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita terutama nak melayan karenah anak-anak genius yang sedang membesar seorang diri memang mencabar.
Semoga kita dapat bersama dengan orang yang kita cintai secepat mungkin.Insyaallah.