Sunday, February 8, 2009

Tadika Zhilal An-Nur

t-shirt tadika Zhilal An-Nur.
baju ni sepatutnya pakai hari khamis jer.

Ni acelly baju seragam tadika, tapi haris tak suka sebab
butang dia sampai atas. dia pakai sekali ni jer.




mama: haris sekolah mana?
haris: tadika zhilal-annul (sambil malu-malu)
mama: bukan annul, annur la
haris: haris sekolah tadika zhilal annul

setelah berulang kali ditegur,masih macam tu jugak.heheheh.


Alhamdulillah semenjak sekolah ni,nampak dia dah boleh ikut.

3 minggu lepas dia balik bagitau
" mama, usolli ............ (lepas tu mulut kumat kamit sebut tak keluar bunyi macam tak konfiden).
" owh, cikgu ajar haris solat ker?" usolli fardu zuhri............?" dia angguk

2 minggu lepas pulak,bagitau
"mama, cik gu ajar "samiAllahulimanhamidah"
Alhamdulillah.anak mama dah pandai solat la? dia angguk.

Kat sekolah dia pakai buku siri bacalah anakku dan Iqra'

Buku siri 1 dah separuh dia boleh ikut.
Iqra' pulak dan boleh baca 'Aaa' , 'Baa' , "Taa" , "Tsaa"
p/s: ni 1st entry bergambar aku. cikgu CY3, naper tulisan aku turun bawah.acelly aku nak letak gambar kt bawah.












Saturday, February 7, 2009

Haris Ada Abah!

Aktiviti petang kat kampung ni, biasanya kitaorang (family aku,makcik2 pakcik2 aku n sepupu) akan dok lepak kat tangga belakang umah aku.yang lelaki biasanya riuh dok main carom.budak-budak pulak dok sibuk main basikal,kejar-kejar dan macam-macamlah.yang perempuan biasalaa.....
Petang semalam masa dok melepak, haris and d gang ada sama lepak kat atas tangga.tup tup handphone ku berbunyi.rupanya mr hubby yang call.saja tanya kabar katanya (padahal rindu).lepas cakap ngan aku, dia nak cakap plak ngan anak dia.lepas jer conversation dua beranak itu, haris dengan nada seperti menunjuk cakap ngan gang2 dia "haaa,haris ada abah". sedih jugak aku mendengar kata-kata itu.
owh sungguh kesian anakku.
haris,haris memang ada abah.abah dok jauh,abah pegi kerja.sama-sama kita doa abah dapat tukar cepat2 balik kelantan.nanti kita dok sama-sama ok.