Wednesday, December 31, 2008

handbag aku hilanggg...uwaaaa!!!

aku tengah sedih giler nih!
handbag aku kena curik.anak sapola yang dok pandai nak mencurik handbag aku tuh.

citer dia macam ni,25hb hari tu,majlis perkahwinan adik aku.hari sebelum tu abah aku pesan dah,semua beg2 n barang berharga simpan kat bilik dia,nanti dia akan kunci pintu bilik. peringatan tu dibuat ekoran daripada berita mengenai insiden kehilangan barang berharga di beberapa majlis kenduri macam tu. pagi tu,aku dok sebok simpan duit hantaran adik aku,kuarkan dari bekas yang pengantin lelaki bawak,susun elok2 dan masuk sampul kasi abah aku simpan.berhati-hati la kunun! hantaran adik aku tu selamat la abah aku sorok.

handbag aku pulak,aku simpan lam almari kat dalam bilik aku.almari tu tak berkunci.aku cam tak sangka la boleh kena curi sebab bilik tu sepupu2 aku dok kuar masuk.maksudnya aku percayala.nak dijadikan cerita,bilik aku tu,memang dekat dengan pintu dapur belakang.so saper yang curik tu memang senang la nak lari.memang pintu terbuka luas la untuk dia.

memang s*al saper yang amik sebab memang MENYUSAHKAN hidup aku.dalam handbag tu ada purse.so korang taula,kalau lam purse semua pengenalan diri ada kat dalam tula.yang hilang nyer, mykad aku,mykid bebdudak,lesen memandu, 2 kad ATM, 1 kad kredit aku.yang aku sedih sangat,tula handbag yang paling mahal aku beli.huhuhhuuh.tapi nak wat camner,redha jerla.mungkin nak dapat handbag yang lagi cantik kot.muhahahahahha.

Tuesday, December 16, 2008

anakku pergi sekolah

balik kerja petang semalam, mak aku bagitau yang sepupu aku dah pi daftar anak dia kat tadika zhilal an-nur, tadika yg aku nak antar haris jugak.sebenarnya dah lama nak pegi,tapi tak sempat,3 minggu lepas aku call, staff kat situ cakap dah boleh hantar bln 12 ni,untuk sesi taaruf (orientasi- tadika pon ada orientasi yer!). Pembelajaran bermula jam 0830am - 1130am.

malam tadi aku pon pi la rumah sepupu aku nak menanyala apa yang patut.dia bitau yang anak dia (nama muslim-best fren haris skrg) dah register.dah siap beli uniform skali.masa depa tunjuk pakaian seragam tu,si muslim sebok dok buat keluar kasut dan beg sekolah dia.semangat cakap nak gi sekolah.depa tanya haris,nak pegi sekolah tak.si haris ni tunduk-tunduk malu nak jawab.

bila balik rumah,aku tanya dia, 'haris nak sekolah?"
dia angguk.aku cakapla 'kalau nak pegi sekolah,esok kena bangun awal la'.
dia angguk so kami pon sama-sama masuk tidur.
pagi tadi,seawal pukul 6 pagi dia dh bangun.aku tanya lagi 'haris nak sekolah?'. dia angguk.
aku pulak yang rasa semangat dan teruja.heheehehhe.
pukul 7.30 am aku tanya lagi nak pergi sekolah ke tak, dia jawab 'taknak'.nak duk ngan wan.
ah sudah,tadi cakap nak pegi.ni taknak pegi pulak.
tiba-tiba muslim naik kat rumah aku,dah siap pakai uniform baru,pakai bag sekolah.
haris apalagi,dan dan tu jugak ajak mandi, terus pakai baju cari beg sekolah dia.aku cakap telefon abah dulu bagitau haris nak pergi sekolah. Berikut perbualan di antara anak dan abah

haris: hello,abah,aris nak g sekolah
abah: ok,hris pegi sekolah elok2.nanti abah abah balik kita pegi beli beg
haris: abah beli doh kae beg ko haris (kecek kelate)
abah: aaa.takperla kalu dh ada beg,nnt kita pegi beli kasut
haris: ok.haris nak gi dah ni.
abah: ok babai.

sampai kat sekolah,haris ok jer.sama2 turun ngan muslim.pastu sepupu aku tu terus balik lepas serah anak dia kat cikgu.aku nak buat urusan pembayaran yuran dulu.tiba-tiba jer anak buah aku tu melalak tak hengat.jerit nak balik,nak balik.haris dah hijau biru dah muka dia masa tu.aku pujuk-pujuk cakap nanti blaja ngan cikgu.nampak ok sikit.pastu aku cakap kata nak keluar sekejap nak tengok adik kat luar (mak aku ikut bawak hanis skali). dia angguk.aku terus keluar,settlekan pembayaran yuran terus balik.

Pukul 12 tadi,aku call rumah,tanya mak aku camner haris balik sekolah.dia kata ok jer.hepi jerk.excited nak pakai uniform sekolah dia.harap esok okla jugak.nak pergi sekolah.

nota: macam tak percaya anak aku dah sekolah.sekejap jer masa berjalan.dah 'dewasa' dah aku.kuang kuang kuang.

Monday, December 15, 2008

kecik lagi

Ini adalah perbualan di antara seorang mama dan seorang anak yang sudah petah menjawab. Perbualan ini adalah semasa si mama memakaikan diapers pada si anak. Anak ini telah berumur 3 tahun 2 bulan dan tahun depan akan menjejaki usia 4 tahun dan bakal disekolahkan (betui ka penggunaan tatabahasa ni?)


Mama: haris, takyahla pakai pampers lagi.haris dah besar
Anak: haris nak pakai pampersla mama.haris kecik lagi
Mama: perasan kecik.dah besar dah.dah nak sekolah
Anak: haris kecik lagi. haris taknak sekolah
Mama: tak payahla hisap susu dalam botol lagi.orang besar tak isap susu
Haris: haris kecik lagi.haris nak isap botol.

b
ertuah betul anak teruna ini.macam mana nak menyedarkan yang dia dah 'besar' di mana orang besar takyah pakai diapers,isap botol dan kena pegi sekolah.so kengkawan,sila bantu si mama ini menyelesaikan masalah beliau.

Thursday, December 11, 2008

Jeles

Adik hanis sangatla pandai jeles ngan abang Haris.
masa abah dorang balik raya ritu, bila nampak jerk abah dorang terus dua-dua melompat nak berdukung ngan abah. bila abah dukung abang haris,adik terus bergolek2 dan menunjal-nunjal kaki tanda tak puas hati.abah pon letak abang,nak dukung adik, abang pulak bergolek-golek marah abah dukung adik.last2 abah dukung dua-dua.seronok la.siap tepuk2 tangan lagi dua beradik tu.

aku cakap,tu baru dua orang,sorang kanan sorang kiri.besok kalau bertambah lagi,nak dukung celah mana lagi.heheeheheheh.

hanis lagi empat hari nak cukup satu tahun 2 bulan.
dah faham sangat dah orang cakap apa2.kalau aku cakap jom pi mandi/salin diapers.terus menonong pi bilik air,selak baju.tak payah nak dukung2 lagi dah.
kalau tertinggi sora sikit ngan dia terus nangis,tau sangat orang marah dia.
skang ni semua orang dah tak larat nak 'kutip' dia semenjak dah dapat kaki ni.

abang pulak,semenjak jauh ngan abah ni,manja semacam jerk.menyampah mama.marah sikit tak boleh.tapi dia selalu buat perangai nak suh orang marah dia.

ada anak dua orang pon aku rasa dah penat giler.stressss.aku memang tabik orang yang ada anak ramai,kena pulak setahun sorang.memang kagum sungguh.