Monday, November 17, 2008

4th Anniversary

Today is our 4th Anniversary.

Sekejap jer masa berlalu.rasa baru semalam jer aku diijabkabulkan dengan orang yang aku sayang tu.

Untuk abang yang dicintai dan dirindui,(PJJ kan sekarang)

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Kita Yang Ke 4
Terima Kasih kerana setia mencintai dan menyayangi sayang
Semoga perkahwinan yang kita bina ini diberkati Allah dan
Berkekalan ke Akhir Hayat.
Sesungguhnya sayang bahagia menjadi isteri abang.
I Love Ue So Much.

Tadi aku call dia nak wish,dia pon wish gak kat aku then ayat last skali yang aku tak tahan
"semoga dapat anak ramai". kih kih kih.sabor jerla laki aku ni.

Wednesday, November 12, 2008

taknak pegi sekolah

start minggu ni haris tak pegi sekolah lansung.ini adalah kesan daripada pakcik makcik dia ada kt rumah minggu lepas dan juga abah dia yang balik pada weekend lepas.

semalam dia sanggup duduk dengan sepupu aku yang sebelum ni dia taknak duduk sebab taknak pegi sekolah. Tih dia balik petang semalam so hari ni bangun pagi2, celik mata cakap ngan aku "mama taknak sekolah nak duk ngan tih". bila aku dah siap2,datang kat aku salam cium tangan terus turun bawah main anak sepupu aku.sabarjerla. nampak gaya tahun ni tak nampak jalan dia nak gi sekolah la sebab mak aku pon dah start cuti sekolah lusa.

Yang aku bimbang, bila sekolah bukak tahun depan, mesti berchenta pulak aku nak pujuk dia ikut aku pegi sekolah,kalau tak saper nak tunggu/jaga dia kat rumah.

Aku plan tahun depan aku nak anta tadika islam kat area umah aku.tahun depan haris dah 4 tahun so dah boleh masuk tadika tu.

Tuesday, November 11, 2008

rumah oh rumah

aku sebenarnya dah tak sabar nak ada rumah sendiri.

ritu dok tgk adv rumah yang nak dijual sambil bincang-bincang ngan hubby n parents pasal ni.

tup-tup abah offer suh buat rumah kat atas tanah dia.cuma dia mintak kami bayar baki cagaran rumah tu sbb dia ada cagar rumah tu sebab buat pinjaman.oklah tu,sbb baki cagaran tu hanya 1/4 dari nilai tanah tu.

lepas tu bincang ngan hubby, kalau dia dapat transfer next year,so maybe next yearla impian kami untuk ada rumah sendiri akan tercapai.Insyaallah.

Saturday, November 8, 2008

Hanis @ 13 months

hari ni genap 13 bulan usia Nurhanis Imtiaz,puteri cilik aku tu.

mama nak ucap tahniahhhhhhh kat hanis sebab hanis dah berjalan dengan jayanya.2 minggu lepas aku cakap ngan dia, mama challenge hanis.abang haris dulu berjalan masa umur genap 13 bulan.tup tup minggu lepas terus dia berani nak jalan.tapinyer, masa mula2 dia start jalan tu,mesti dia nak tarik something cam handbag, bantal kecil dan apa2 jerla yang dia boleh balancekan badan dia.dua tiga hari lepas,dah ok,dah boleh berjalan tanpa apa-apa bantuan.syabassss betae! hehehe.

baru tumbuh sebatang gigi kat bawah..tapi.... punyala sakit sebab dia asik dok gigit n*pp*e bila menyusu.bila kita jerit,marah kat dia,dia selamba jerk siap gelak-gelak lagi.nakal sungguh anak dara mama ni.

dah kenal orang sangat dah.dah clear panggil mama dan abah.hubby balik malam tadi,sampai pagi tadi.dengar suara abah terus melilau cari.bila nampak abah dia,terus nak dukung.aku hulur tangan nak dukung dia,terus tak layan..

Tuesday, November 4, 2008

curang

skang ni satu Malaya dok heboh citer pasal rumahtangga Norman Hakim dan Abby Abadi.aku bukannya nak komen pasal masalah depa tapi tadi aku ada tengok TV9, rancangan semanis kurma yang dihostkan oleh Ustazah Bahyah n suami dengan tetamu jemputan penyanyi Nora n suami. Tajuk yang dibincangkan "Suami Keluar Ikut Pintu Depan, Isteri Keluar Ikut Pintu Belakang". Senang citer, suami curang isteri pon curang.

Macam-macam masalah kecurangan dapat didengari melalui panggilan telefon oleh pendengar.ada kata tak tahan ngan suami yang curang walapupun dah cuba jadi isteri yang terbaik, ada yang kata dia curang jugak sebab nak balas dendam kat suami yang curang, ada yang kata suami yang curang taknak cerai dia tapi tak kisah dia tak curang juga dan menyuruh lagi isteri berlaku.Masyaallah.... macam taktau dosa pahala. Taktau apa akan jadi pada institusi kekeluargaan kalau perkara ni berleluasa. takut pulak aku rasa tengok senario macam ni.

Ya Allah,
Lindungilah rumahtangga kami
Kurniakanlah kebahagian berkasih sayang antara kami sehingga akhir hayat
Aamin

Sunday, November 2, 2008

seronok ker?

Dah genap SEBULAN aku bertugas di tempat baru.
parents aku, kawan-kawan/ofismate kt jhr/ofismate baru kt kelantan semua pakat dok tanya seronok ker kerja tempat baru.

mestilah SERONOK.banyak sebab yang membuatkan aku seronok dapat balik kat kampung sendiri (awas! penilaian hanya dalam masa satu bulan), antaranya:

dapat menggembirakan ma dan abah aku sbb mereka tidak lagi kesunyian tinggal berdua tapi sekarang dok kalut melayan cucu.rumah ni yang sebelum ni sepi dah bising balik balik.dulu riuh ngan akami adik beradik.skang ni dengan haris dan hanis pulak. cuma aku jerk kadang-kadang rasa sunyi sebab hubby jauh.huhuhuhuhuu.hubby balik 2 minggu sekali.

dapat berjimat dan boleh saving banyak skit.yerla,sewa rumah dah lepas sebab dok ngan parents kan.minyak keta hubby dan duit tol memang save giler2 sbb takyah ulang alik 80km sehari. (dah tak sabar nak buat rumah sendiri nih!).duit kat ma n abah pon boleh up skit la daripada kebiasaan.

kat tempat kerja pulak, memang seronok gak sebab staff very supportive dan sungguh mengujakan walaupun kat sini cabaran besar skit.Almaklumler aku dah lama tak buat analisis, almost 5 years.tup tup kena revise balik basic chemistry, such as Normality, Molarity, nak prepare solution etc.apa yang belajar dari zaman sekolah sampaila uni kena study balik la.tapi aku ambil semua ni sebagai cabaran sbb aku rasa satu kepuasan dapat apply apa yang aku belajar dulu kat tempat kerja sekarang.

hubungan officer ngan staff pon ok. semua kat sini hampir sebaya dalam lingkungan 25-40 tahun.so jiwa pon samala.kitaorang kat sini panggil kak, n abang macm tu jerk.takdak dok protokol puan, encik.cuma kat bos jerk panggil puan.
p/s: bos aku pompuan,jenis yang berangin/moody jugak kadang-kadang.hehehehhe