Friday, January 25, 2008

3 bulan

14hb ritu,genapla bb hanis 3 bulan.sekejap jerk masa berlalu. Alhamdulillah setakat hari ni aku masih lagi mampu exclusive BF bb hanis. aku dah berjaya mengharungi 1/8 daripada perjalanan BF. semoga aku diberi kekuatan untuk mencapai target aku tu, Insyaallah.

k, untuk perkembangan bb hanis plak, hanis dah pandai mengiring.acelly dari umo 2bln setengah gitu dia dh pandai ngiring.weekend ritu dia meniarap skali.nak tunjuk kat aku la tu.pastu abah dia suruh meniarap dia dh malas.heheehehhe.rugi abah tak sempat tengok. Isnin ritu,bawak hanis gi klinik utk injection n timbang. hari tu mmg aku bengang giler ngn hb.appoitment klinik kul 4. dia leh sampai kat umah kul 4.30.buleh macam tu? sampai klnik kul 4.45pm. nurse tu dh kemas2 barang dia.diorang sound gakla kat aku,naper lewat.aku bitau jerla hb aku br balik.heheheeh.nasib diorang terima lg tp muka masing2 dah masam dah.sabor jerlah,sebab salah aku yg lewat kan.so terus pi bawak hanis timbang. berat hanis skrang 5.4 kg. berat hanis naik dalam 2kg lebih dari berat lahir dia.
masa lahir: 3.1kg
1 bulan: 4.1kg (naik 1000g)
2 bulan : 4.9kg (naik 800g)
3 bulan : 5.4 kg (naik 500g)

lepas timbang, masuk jumpa nurse kat dalam, tanya kot der apa2 masalah, tanya bb minum susu apa, aku jawabla 'susu mak dia'. nurse kata kalau boleh bg sampai umo 2thn bla bla bla jangan kasik bg makan sehingga umo 6 bln bla bla bla tupun mcm ckp laju2 jer sbb nak kejar masa.lepas tu terus pi inject, masa inject nangis gak la kejap.sian hanis.aku pujuk2 senyap. bagi nenen taknak,dah kenyang la tu.masuk lam keta br nak nenen.nurse kat klinik pesan suh bg syrup PCM terus bila balik,nak elak demam.tapi dah smpai umah,bb tido lak so dh malam baru bagi.tengok2 malam tu bb demam,so esoknya mama terpaksa amik cuti dengan jayanya.heheheeh.

Thursday, January 17, 2008

Fuhhhhhh....tensionnnnn!!!!

pagi2 buta tadi aku tersedar, haris mintak susu.maka aku dengan malasnya membukak mata dan ke dapur buat susu dia.tengok jam br kul 4.00 pg.oh masih awal lg.terus smbg tido,tp sebelum tu aku sempat kunci jam kul 5.15.banyak keje nak bt pg ni,pinggan dalam sinki yg dinner semalam tak sempat basuh sbb hanis dah mintak susu.botol susu pon lom basuh.aku pon tido la dengan lenanya.sedar2 jam bunyi kul 5.15.kebetulan hanis tengah nyusu. ermmm..tunggula kejap lagi.pastu alarm hp hubby lak bunyi.dia bangun.aku ingatkan baru kul 6.ghopa2 nyer dah 6.30am.kelam kabut toksah citerla aku.bangun..berdesup dari katil,terus masuk dapur,cuci pinggan, rendam botol susu. terus pi mandi n solat subuh.dah settle yang tu,tengok jam dah kul 7.00 am.terus pam susu,nak cukupkan bekal hanis.Alhamdulillah,hari ni 5 minit dpt 5oz. hb pon keluar pi keje (sorry yer bang,hr ni tak sempat air!). masa ni,budak dua orang tu tengah tido.
dah siap pam susu masuk dapur,cuci botol n siapkan bekal ebm utk hanis.tengok jam lagi,dah kul 7.15am.baju lak belum iron (biasa aku iron baju time weekend, utk seminggu sekali harung tp weekend ritu hb ada function so aku kena ikut,makanya aku tak sempat la nak iron bj,terpaksa iron tiap2 hari).baru jerk aku amik baju nak pi iron,hanis dah jaga,aku pon amik dia,letak sebelah tempat aku iron baju. tengah2 aku dok iron baju tu, haris plak jaga,mintak aku tido ngn dia,mana boleh,dah lewat dah.huhhuhuhuhuhu.mmg tang2 tu jugak aku rasa nak berenti keje.apa lagi...ngamukla dia bila aku tak layan.aku pon terus siapkan iron baju.dah settle,baru aku pujuk dia,ajak pi toilet,salin diapers yg dah berat giler tu.mula2 dia refuse, dah pujuk2 baru ok. keluar toilet,dia ngamuk mintak susu lagi,aku pon pi la buat.nasib adik baik. pastu pujuk dia pakai diapers.sambil tu aku bukak cd otomen nak kasik dia ralit.Alhamdulillah strategi aku menjadik. aku pun masuk bilik nak tukar baju.tiba tiba..........uwaaaaa terus menitik air mata aku tengok air kencing haris atas lantai dan......kena baju yang aku iron tadi......huhuhhuhuhu. (silap aku jugak tak hang baju tu!!!) terus mulut aku bebel 'haris tak kesian kat mama ker,dahla mama lambat,haris plak melambatkan keje mama" bla bla bla sambil tangan membersihkan air kencing tu. (biasa pandai plak dia bagitau nak kencing n yak!).pagi ni sajer jer nak duga kesabaran aku. pastu,aku bukak wardrobe aku,terpaksa la carik baju yang takyah iron. (kalau tau camtu, baik pilih baju tu awal2!!). terusla aku bersiap2. dah siap2, aku amik hanis n nak susukan dia tapi dia reject, heran jugak.check punya check,rupanya hanis yak! banyak lak tu. pi la cebok hanis plak.pastu baru susukan dia.tengok jam dan 7.55 am. aku masuk keje kul 8.30am. perjalanan ke ofis lam 15-20 min bergantung pada traffic. hanis plak baru syiokkk nenen.terpaksa la aku stop jugak.siannnn hanis.lagi sekali rasa nak berenti keje.huhhuhhu.rasa terkilan jugak tapi bila memikirkan kat taska nanti dia minum aku jugak,sejukkk sikit hati.
haris pon dah ok,turun bawah,masuk dalam keta semua ok.sampai taska kul 8.03 minit.mula2 haris taknak turun,pujuk punya pujuk baru ok.pastu terus gi ofis.sampai kt ofis plak,dah 8.25am.so aku parking kt bawah (parking bos2) lu sebelum gi kt tempat parking yg khas utk orang2 macam aku.tpaksa blok keta orang sbb nak kejar punch clock sebelum berdetik ke pukul 8.30am. lepas punch,aku igt nak tarik nafas lu,sebelum pi alih keta,tengok2 keta yg aku blok tadi, nak kuar, cepat2 lak aku turun nak alih keta.sebelum turun aku sempat ajak PA big bos (big boss pi kl-ada meeting) (bos aku pun outstation gak!) pi bfast.heheehehehhe.apalagi,alang2 alih keta,aku alih ke kedai feveret kitaorang.heheheehhe.release tension gitu. balik ofis,lega!!!! sambung keje.
memang haru giler aku rasa pagi ni!!!!

so moral of d story:
1.kalau jam dah bunyik, terus bangun,jangan nak lepak2 lagi
2.iron le baju awal2 (aku ingat nak upah orang dtg umah aku iron baju utk sebulann gitu!)
3. kalau kuar toilet, terus pakaikan haris diapers, kalau tak......
tu jerla, yg aku dpt fikir bt masa skrg!

lapor pulak perut ni! nak g makan dulu la.

Tuesday, January 8, 2008

Otomen

ma, nak tomen!
ma, nak tomen!
mula-mula aku tak faham,mendala anak teruna aku nak.masa tu tgh cuti pantang kat kelantan.ghopa2 nyer nak ULTRAMAN! Cu dia dok bagi tgk kot youtube.dah ajar skali tu, sehari tiga empat kali ler dok layan tomen kat youtube tu,sampai org lain dah takleh guna pc.dia tido baru boleh org lain guna.huhuhuhuh.sehari sebelum balik JB, aku bawakler haris pi tgk Ayah Di kat ward (camner keadaan ayah D, dah lama aku tak cal tanya kabar), masa lalu kat mart kat hospital tu dia tunjukla kat patung spiderman (ma, tomen, ma).taknak gerak selagi tak dapat menda alah tu, mak aku (wan haris) pon belikanlah untuk dia.bukan main suka la dia.ke mana-mana asik dok usung tomen dia tu!. dlm keta on d way ke JB ritu pon dok peluk tomen diala.ok jugak,takderla dia bosan ngn perjalanan yang jauh.skang nampaknya makin pandai, siap2 dirikan tomen dia, pastu lawan2 lagi.heheeheheh.kalau ada pistol,siap tembak lagi tomen tu, pastu cakap "ooooo....jatuh tomen". satu lagi, pantang tengok iklan ultraman kat tv (segala yg rupa cam ultraman, semua dia panggil ultraman),mulala wat action,,tapi...bila dah abih iklan,mulala ngamuk.hhuhuhuhhu.kalau tak silap aku,hari sabtu kul 11, citer justirizer,ermmm memang dia minat giler,siap tunggu lagi,maklumla awal pagi dah iklan tak henti2 kan. seminggu dua ni plak, balik nurseri wat action kat aku, 'ma,otomen taro", fuh pandai taro2 la plak. ni mesti blaja ngan kawan2 kat sekolah ni (budak2 cepat balaja -sebut cam iklan colgate kayu sugi tuh!)
semalam balik nurseri abah, beli cd ultraman, aku kurang berkenan ler bab ajar dia rajin nengok cd2 cam ni, nasibler, citer tu panjang so dia cam agak bosan,so aku pujuk dia tengok cd lagu doa kanak-kanak, nasib dia nak.heeheeh.siap joget2 lagi kalau dgr cd lagu tu:)

Wednesday, January 2, 2008

Azam 2008

erm.....selamat Tahun Baru...semoga kedatangan tahun baru ni akan membawa lebih makna pada aku n family serta mendapat rahmat lebih rahmat dan keredaan Allah s.w.t dan dengan harapan agar dimurahkan REZEKI dan diampunkan DOSA2 yg telah lalu..amin ya rabbal alaminn...Insyaallah.

mcm biasa, awal tahun semua orang pasang azam baru.so azam n pelan tindakan aku utk tahun 2008 ni:

1. nak memantapkan lagi family fiancial.camner?
i. aku nak pastikan semua hutang piutang diselesaikan tahun ni (x tmasuk hutang kereta)
ii. nak tingkatkan lagi simpanan dan buat potongan gaji utk hanis, ma& abah skali dlm TH
iii. nak tmbh pelaburan kat ASB bermula Januari.
iv. nak amik polisi insuran (education) utk haris n hanis.

2.Nak jadi isteri dan ibu yang terbaik utk hb dan n my kids:
i. nak Bf hanis sepenuhnya sehingga 2 tahun
ii. nak start ajar Haris mengaji Al-Quran dan membaca
iii. nak kurangkan perangai hot temper aku nih (sian hb aku slalu jd mangsa).
iv. lebih sabar ngn karenah anak2

3. Nak jadi employee yang lbh cemerlang:
i. mempunyai perancangan kerja yang tersusun
ii. meningkatkan lagi self motivation
iii. rajin membaca utk mempertingkatkan ilmu terutama mengenai isu-isu terkini

semoga azam aku ni dapat ditunaikan pada thn 2008 dan kehidupan aku sekeluarga lebih gembira dan bahagia.

ni dpt msg dr ma aku semalam. SEMOGA:
12 bln mendatang penuh kebahagian
365 hari penuh dengan keberkatan
8760 jam penuh dengan kasih sayang
525000 saat penuh dengan senyuman :)

semoga doa seorang ibu dimakbulkan.aminnn

Tuesday, January 1, 2008

Cayang Hanis!

erm masa amik Hanis last week, carer kat taska cakap
'kak, hanis dah pandai senyum ek?"

erm hanis ni masa dalam hari pon, kalau kita panggil nama dia mmg cepat tersenyum.skrg lagi la, tengok muka aku n hb pon terus senyum.manis sungguh cik mek molek ni.kalau kita berbual ngan dia sebokla dia nak menjawab oooooooo....eeeeeee....senyum pastu ooooooo...eeeeee lagi.bila cakap 'adik dok elok2 yer kat taska',terus cebik cebik cam nak nangis.nak bitau aku yang dia taknak pi taska la tu.huhhuhuhuu.

dua tiga hari ni, rindu sangat nak tengok senyuman Nurhanis Imtiaz.dia tak baper nak senyum sebab tak sihat.bunyi macam ada kahak, pastu mata pon bertahi jerk.dah pi klinik weekend ritu..dr kasi ubat cair kahak.malam2 tak baper nak tido...nangis...nampak cam tak selesa..lepas kasi ubat tu baru nampak lena.malam tadi kul 12 lebih baru tido. Haris pon slalu tanya "Hanis, nape nis" bila dengar adik dia nangis. sayang sangat la tu kat adik dia.aku doa moga Hanis cepat sembuh..nanti boleh ler selalu senyum kat aku lagi...

haaaa...lagi satu perkembangan Hanis.aku noticed dah 3 minggu anak dara aku ni blaja2 mengiring.tak lama lagi boleh meniarapla tu.

Mutiara Kata

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik, Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan, Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk, Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda, Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup, Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita, Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan, Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

bersyukurla dengan apa yang dimiliki!